Tuesday, 3 February 2009

USTAZ AZIZAN VS KEDAH

Tak ada ceta apa pun. Hari ni Nobisha dalam blognya 'ceta' pasal Kedah dan MBnya. Dia orang Kedah, dia kata MBnya 'cenge'. Betul ke......... Saja 'copy and paste' balik, komen saya dalam blognya berhubung dengan isu tersebut sebagai rujukan.

TUAN

Saya orang Kedah, rumah lepas tol Alor Setar utara, 100 meter dari rumah Utz Azizan. Nak mengadu dekat dia, tuan kata dia cenge, pikiaq pikiaq balik mengadu dekat tuan la. Harap sangat sangat tuan dapat ulas dan kupas pasal perkara ni. Bukan paksa, tapi harap sangat sangat.

PERTAMAnya pasal SAMPAH

La ni orang dah pakat dok bersembang pasal PAS tak kutip sampah. Kita kata keja kutip sampah bukan keja PAS tapi keja MBAS. Depa kata betuoi la keja MBAS tapi pasal pa PAS tak bagi tau dekat MBAS. Depa kata lagi PAS duk di bawah MBAS ka, atau MBAS duk bawah PAS.

Betuoi juga depa kata tu. Bukan betuoi jugak, betuoi sungguh.

Rakyat bukan peduli pun pasal ekonomi ka, pentadbiran ka, kalau depa dengaq, depa angguk belum tentu depa paham. Depa tak kisah, janji benda elok...... Tapi bila sampah tak kutip, lebih teruk dari dulu, tak kan depa nak kata PAS ok, UMNO tak ok berkait dengan sampah ni.

Jangan main main pasal sampah ni, dia merupakan penilaian oleh rakyat secara langsung dan jelas. Budak sekolah pun nampak masalah ni..... Takut takut isu ni jadi duri dalam daging PRU akan datang. Kita dok pulun pasal benda lain yang kita anggap besar, tapi kita lupa pasal isu sampah yang kita anggap kecik.

KEDUAnya pasal KUARI TANAH DEKAT GUNUNG JERAI

Saya sungguh sungguh sensitif pasal alam sekitar, habag betuoi. Kalau pi mandi dekat Gunung Jerai pun saya bawa plastik sampah banyak banyak, semua suku sakat yang ikut saya suruh kutip sampah dulu sebelum mandi. Saya tak faham orang kita boleh mandi dengan sampah keliling depa.

Balik pasal kuari.... bila lalu dekat Gunung Jerai dibahagian hujungnya dekat simpang nak pi Tanjung Dawai terpampang didepan mata kuari tanah. Heran sungguh macamana depa lulus kuari ni.

Sedangkan Gunung Jerai merupakan nadi pelancongan kepada tanah besar Kedah. makin lama kuari ni makin besar, ibarat gigi yang kena makan ulat. Hodoh sungguh. Berserabut kita tengok.

Kalau mana mana calon nak bertanding pilihanraya kawasan ni, dan berjanji nak tutup kuari ni, saya sokong dan saya sponser setakat mampu. Sungguh. Saya tak peduli parti apa pun.

Tolongla, tutup kuari ni.... Tak kan kita tak faham, keliling Gunung Jerai merupakan kawasan air terjun dan kawasan bersejarah. Saya tak mau cakap lebih lebih. Tolongla tutup... Saya jadi makin tak 'berasa' nak lalu kawasan tu.

KETIGA pasal BALAK.

Walaupun ni cerita lama, saya nak cakap pi la. Kenapa balak kita tak berazam untuk haramkan terus. Utz Azizan kata dia nak tebang juga kalau tak dak duit. Ya la kita kata dia ugut saja, tapi kalau tak dak duit jugak, saya nampak dia tebang sungguh.

Utz Azizan kata, tak tebang balak nak makan apa. Bila dia kata macam tu saya rasa bersalah pulak pasai sokong PAS. Sebab pa, sebab PAS 2 x 5 dengan UMNO. UMNO tebang balak, PAS pun tebang balak. Nak beza sikit pun mungkin sapa tebang banyak, sapa tebang tak banyak.

Saya nak cadang pi la, depa nak dengaq tak mau dengaq depa punya pasai, janji depa baca... Apa kata hutan ni kita jadikan 'hutan angkat' kepada syarikat korporat.

Katala kita nak 200 juta, kita cari 200 syarikat, satu syarikat 1 juta. Syarikat ni kita bagi guna semua kemudahan milikan negeri seperti stadium, hotel dll secara 'free' ataupun macamana kita sama sama pikiaq.

Ni contoh saja, banyak lagi kita boleh buat, dari dok pikiaq siang malam nak potong balak je. Kalaula Utz Azizan boleh buat perkara ni barulah hebat sungguh. Sungguh, barula nampak PAS cerdik, UMNO tak berapa cerdik. Setakat la ni nampak lebih kurang saja.

Kerajaan persekutuan pun KENAPA tak haramkan terus pembalakan.

Memang nampak mustahil kerana kita nampak macamtu. Tapi pernah dak kita terpikiaq nak balak hutan ni sampai bila. Tak kan nak tunggu habis kot. Ianya merupakan produk pelancongan yang negara lain tak dak. Kena pikiaq tu.

Ada lagi ni, tapi tak pa la.

Baguih Utz Azizan cenge, tapi kena bertempat. Biaq kita cenge lepas dengaq pendapat, takut kita cenge bila orang nak mula bagi pendapat. Kita 'off' awai awai lagi. Lama lama orang cemuih. Kita dok syok sendiri kata pentadbiran kita baguih.

Walau apapun setakat ni nampaknya Kedah Ok lagi, tak tau la esok esoknya KO pula. Yang penting setakat hari ni kita nampak depa jujur, tu yang penting.

http://nobisha.blogspot.com/2009/02/menteri-besar-kedah-yang-cenge.html

No comments: