Tuesday 25 November 2008

BAHASA MELAYU MELAWAN BALIK

Isu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah mengelirukan ramai rakyat jelata. Cendekiawan, pencinta dan pejuang bahasa terus meningkatkan kritikannya dan sekarang telah merebak di kalangan generasi muda, penulis dan mahasiswa.
Promoter bahasa Inggeris sedang memperluas propagandanya untuk mempengaruhi fikiran dan sikap rakyat dengan berceramah di sana sini, dan menggunakan RTM dan media supaya bahasa Inggeris terus dikekalkan dalam Sains dan Matematik sehingga memfitnah bahawa mereka yang membangkang menentang ilmu dan bahasa ilmu (Inggeris). Buat apalah kelirukan rakyat yang tidak berdosa kerana tidak ada sesiapa yang begitu bebal menentang bahasa Inggeris .
Apa yang ditentang menggunakannya sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah kerana penggunaan bahasa Melayu telah terbukti sangat-sangat berjaya selama ini menanamkan ilmu pengetahuan kepada berjuta pelajar hingga ada yang menjadi pensyarah serta Professor yang bukan sedikit jumlahnya. Kerana ada seorang yang mengigau , jutaan orang disusahkan.
Ini semua menjadi beban kepada Barisan Nasional yang merosot teruk sokongan terhadapnya pada PRU 2008, sehingga 5 negeri jatuh ke tangan PKR. Takkanlah kerajaan BN hendak tambah lagi kesulitan bagi menghadapi waktu tiga empat tahun ini dengan kemelut yang tak menentu dalam ekonomi, perpecahan dalaman parti, krisis kepercayaan, protes ISA, politik wang , rasuah, dan inflasi. Kata orang " the centre is breaking".
Tidak semua orang di Malaysia ini suka nak masuk campur persaingan politik. Rakyat hendakkan kestabilan supaya aman dan senang mencari nafkah. Bukan kestabilan ekonomi saja, tetapi kestabilan pertumbuhan kebudayaan kerana hidup ini bukan untuk perut yang lapar saja, tetapi harus ada maruah, harga diri, maruah bangsa, dan siapa kita dalam hubungan dengan siapa yang lain. Bahasa Melayu itu memberi takrifan siapa dia Melayu-Islam di Malaysia ini, dan bahasa kebangsaan bagi sesiapa yang menjadi warganegara Malaysia.Seorang penyair dan pemikir Jerman Johann Gottfried Herder (1744-1803) pernah berkata tentang bahasa ibunda dalam tulisannya, " A True Poet Must Write in His Own Languge.":
" It was the first language impressed on us, and that in our tenderest years , when through the medium of words we absorbed the world of ideas and images, which become a treasure house for the poet. In his mother tongue , therefore, he must be able to reflect with extreme facility and find expressions and the wealth of images and colours which are indispensible to the poet; here he must find the thunderbolts and lightening flashes which he hurls as the envoy of gods. Our mode of thinking is, as it were,implanted in it, and our soul and ear and organs of speech are moulded in it. In what medium then shall I be better able to express myself than in my mother tongue?" (Classical Readings from German Literature, 1969 , hal.45) .
Tegasnya dia berkata, bahasa , puisi, dan pemikiran pada dasarnya bersatu, dan dengan sifatnya demikian tak boleh dipisahkan . Bahasa bukan saja alat perhubungan, dan untuk mengucapkan fikiran, tetapi dengan daya kuasanya sebagai bahasa ibunda , membentuk fikiran dan perasaan. Professor dan penyair Filipina, Gemino H. Abad pula menyatakan,
" The common usage of language is the common living of people speaking and thinking in that language in their own place and time.Language is the community of living , and so, it is never static; a people or a culture dies with its own language" ( In Ordinary Time, hal. 165).
Pengarang dan penyair tulen yang menulis dari lubuk perasaan dan hati untuk mengucapkan sanubari dan fikirannya tak mungkin menulis dengan bahasa lain, selain daripada bahasa yang telah menjadi tanah dan watan rohaninya sejak menyusu di tetek ibunya. Bahasa yang berkata dalam mimpi, dalam angan-angan , dendam dan murkanya. Dia juga akan melawan balik dengan bahasanya sebagaimana yang ditunjukkan oleh penyair muda Nassury Ibrahim:


SELOKA NASIB MELAYU

Aduhai malang nasibmu Melayu

dagang lalu disangka walirupanya

dagang mencari pitisada tanah dilaburkan

anak sendiri hidup menumpang

ada bahasa dibuang-buangkan

bahasa penjajah juga dipandang

kerana anak lemah Inggeris

seluruh ilmu hendak diInggeriskan

aduhai malang nasibmu Melayu

ada pemimpin asyik bersengketa

hidup rakyat tidak terbela

orang lain berjalan lurus

engkau berjalan bengkang-bengkok

aduhai malang nasibmu Melayu

bahasa orang diwajibkan di universiti

bahasa sendiri kurang dipercayai

Saturday 15 November 2008

KOMEN PASAL KUOTA TANAH KEDAH

Berikut merupakan komen saya dalam blog Nobisa. bila baca baca balik, elok juga saya 'copy' dan 'paste' disini sebagai rujukan.

TUAN

1. adakah pernah kajian yang teliti dibuat bahawa melayu tidak mampu memenuhi kuota 30% apatah lagi 50%.

2. isu di sini ialah pemaju yang menguruskan proses penjualan rumah. apabila pembeli melayu ingin membeli rumah, pemaju mengatakan kuota melayu telah habis. apabila tempoh tawaran telah tamat pemaju pun melaporkan kepada kerajaan bahawa kuota melayu tidak ada pembeli dan dibuka kepada orang lain.

3. sepatutnya kerajaan negeri menguruskan penjualan kuota melayu bersama dengan pemaju. barulah situasi sebenar dapat diketahui.

4. kenapa tanah rezab melayu yang dibangunkan, tidak menghadapi masalah pembeli. bukankah semua pembelinya melayu.

5. untuk pengetahuan pihak tuan saya ambil contoh dua kawasan 'elit' baru yang wujud. taman mutiara dialor setar, kesemuanya orang melayu. djitra disekitar padang golf darulaman heights, majoritinya melayu. kenapa melayu mampu beli, jawapannya kerana pemajunya 'melayu'.

6. jika kuota 30% melayu dan 70% bukan melayu. situasi ini tidak mendorong orang melayu membeli rumah disitu kerana faktor anjing terutamanya yang akan mendominasi kawasan tersebut. tentu ini juga pertimbangan tuan bila membeli rumah.

7. bukankah kuota sekurang kurangnya 50% melayu ini merupakan usaha yang murni bagi memalaysiakan bangsa malaysia. tidak akan ada lagi kawasan yang dikatakan kawasan cina dan sebagainya suatu hari nanti.

8. saya bercakap disini atas pengalaman saya berurusan dengan satu pemaju yang menjual rumah 'free hold'. situasinya seperti dinyatakan diatas. ....berbeza pula apabila saya berurusan dengan pemaju bukan melayu yang menguruskan rezab melayu, layanan mereka sangat baik sedangkan harganya sama.

9. saya kecewa apabila bangsa kita sendiri percaya bahawa kita tidak mampu, sedangkan pendapat tersebut merupakan tanggapan yang belum dibuat kajian mendalam.

10. untuk pengetahuan tuan saya merupakan peniaga yang mempunyai beberapa rangkaian. pejabat utama saya terletak disatu kawasan deretan kedai yang kesemuanya melayu. dan kawasan ini menjadi kebanggaan orang melayu alor setar. ini membuktikan bahawa orang kita boleh memilikinya kerana pemajunya melayu.

11. satu lagi yang menyebabkan pemaju berat hati menjual kuota melayu adalah kerana diskaun yang terpaksa diberi. sebagai peniaga lebih baik mereka menjualnya pada harga penuh.

12. satu lagi yang menyebabkan orang melayu tidak mahu membeli kuota melayu baik kedai mahupun rumah ialah kerana kedudukannya yang tersorok dan tidak strategik. tak percaya pergi intai intai dekat pemaju.

13. dalam situasi yang berlaku ini saya langsung tidak menyalahkan orang bukan melayu jelasnya orang cina. boleh dikatakan 100% pembekal saya adalah orang cina dan mereka banyak membantu dari segala segi.....apa yang saya persoalkan adalah kita orang melayu yang mempunyai kuasa membuat polisi, tetapi membuat polisi yang menjahanamkan orang melayu sendiri.

http://nobisha.blogspot.com/2008/11/mampukah-melayu-beli-rumah-kuota-50.html#comments

Sunday 9 November 2008

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN: MENCARI KEJERNIHAN FIKIRAN

BahaZain.Thursday,6November2008

Tadi siang saya diundang menghadiri wacana, " DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN DALAM SUASANA LIBERAL KEBUDAYAAN MASA KINI". Ini adalah kali kedua saya menghadiri pertemuan tentang topik yang pada dasarnya sama.

Pada mulanya saya agak enggan menghadirinya kerana jauh dari rumah ke Shah Alam, tetapi membayangkan mungkin ada fikiran-fikiran yang berharga dilontarkan untuk saya hadham saya gagahi juga. Selama dua jam itu saya tekun mendengar dan malah dijolok untuk berbicara saya enggan kerana saya bertujuan menyelami perasaan dan fikiran hadirin tentang isu budaya ini.

Rata-rata yang hadir adalah tokoh penulis negeri dan ada juga ilmuwan dan budayawan, sekitar 30-40 orang. Apabila semua yang hadir adalah Melayu, maka orang tidak segan silu mencurahkan perasaan hatinya, kekesalannya terhadap pemimpin politik Melayu, darjat kebudayaan Melayu yang terabai, dan kegetiran terhadap bukan Melayu yang tidak bertimbang rasa, dan sebagainya.

Rintihan diluahkan oleh bukan peribadi biasa, tetapi nama-nama yang dikira tokoh, dan ada pula yang secara bersopan mengungkapkan pandangan alternatif. Malangnya tajuk wacana itu sendiri terbiar tak terpecahkan. Apakah yang dimaksudkan dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan Suasana Liberal Kebudayaan Masa Kini ? Dalam pemaparan blog saya beberapa ketika dahulu ( ) saya telah menyentuh bahawa Dasar Kebudayaan Kebangsaan itu lebih merupakan metos daripada satu dokumen yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan atau telah diluluskan oleh Kabinet.

Ia satu keputusan dan pernyataan yang dibuat pada Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 yang dihadiri oleh ramai seniman, dan dipersetujui oleh budayawan, pegawaidan malah Kementerian Kebudayaan. Jadi dasar itu lebih pada kepercayaan orang yang hendak percaya saja walaupun kandungannya cukup penting. Pada penghujung pertemuan barulah seorang pegawai daripada Kementerian Kebudayaan menjelaskan bahawa dia sendiri tidak jelas batas dan ruang dasar itu, dan mengaku ia lebih merupakan satu pernyataan sahaja.

Supaya saya tidak berasa berdosa kerana dari awal lagi meragukan konsep dan status dasar itu saya turut menyatakan fikiran saya bahawa kita sebenarnya berbicara dalam gelap kerana mempercayai bahawa dasar itu benar-benar wujud. Di negara lain dasar kebudayaan ini hanya terbatas dalam perimeter tertentu, yakni dunia kesenian material dan bukan material (seperti bangunan warisan lama, istana, kota, monumen, dan seni muzik, bahasa, sastera, seni rupa serta persembahan, dll).

Jadi lebih jelas ruang lingkup konsep dan programnya; dan tidak menyentuh kebudayaan dalam erti umum , iaitu cara hidup, sistem sosial, dan sistem nilai-budaya yang amat luas itu. Hari ini pelbagai wacana, perbincangan, pertemuan dan kongres diadakan oleh masyarakat Melayu kerana berasa tertekan dengan situasi politik semasa. Melayu seolah-olah berada dalam krisis.

Apakah ini kebimbangan, keadaan emosi atau memang betul-betul nyata ? Ramai antara kita tak memikirkan sebab musababnya , bagaimana boleh terjadi begitu. Secara mudah ada yang melihat bahawa masyarakat Melayu sedang dihadapkan dengan ancaman dan gugatan daripada masyarakat bukan Melayu. Dari sejarah, kita mengetahui bahawa selama ini Menteri Kebudayaan itu semuanya dipegang oleh ahli politik Melayu. Jadi kalau kita tidak berpuas hati dengan keadaan kebudayaan kebangsaan, kita hendak salahkan siapa.

Apakah semua ini terjadi selepas Pilihan Raya ke-12, dan sebelumnya semua bagus-bagus belaka? Itulah apakala Melayu diberi kekuasaan , lalai menggunakan kekuasaan. Lihat di bawah dua Perdana Menteri Melayu, bahasa yang menjadi asas penting kebudayaan kita itu sedang menuju kehancurannya. Ini bukan kerja Lim Kheng Yik, Ong Kah Ting atau Samy Vellu. Marilah kita menjernihkan fikiran dan hati kita.

Apa yang saya dapat rumuskan daripada pertemuan petang ini, ialah ramai antara kita tidak berfikir secara rasional, kritis, dan berhemat menghuraikan situasi dan masalahnya. Kita mudah terpesona dengan pidato yang keras dan tegar. Kita wajar beremosi bagi memperkukuh pendirian, tetapi harus dibarengi dengan metode berfikir yang betul berasaskan maklumat dan pengetahuan. Kalau tidak kita akan kalah dengan lawan, selain daripada tak berjaya mengemukakan cadangan-cadangan yang boleh diterima oleh masyarakat pelbagai bangsa atau pemimpin.

Kehidupan kebudayaan ini, walaupun aspek keseniannya, sangatlah kompleks dan rumit. Faktor-faktor persekitarannya (kepelbagaian etnik, teknologi komunikasi moden, sistem pasaran bebas, seni tradisi dan seni avant-garde, kebebasan seniman, lalu lintas unsur budaya antarabangsa, hegemoni media Barat, dan gelombang komoditi serta budaya Cina baru, dll), harus dihurai kesan positif dan negatifnya , potensi dan risikonya dalam membicarakan pembentukan kebudayaan kebangsaan. Satu penilaian kritikal perlu dilakukan oleh kerajaan dan kita yang prihatin terhadap jatidiri dan negara.

Wednesday 5 November 2008

PENGUSAHA STESEN MINYAK MENIPU PENGGUNA



betul ka cerita ini. kita telah ditipu. betul ka. cuba kaji tengok di sini http://pahangdaily.blogspot.com/2008/11/info-pahang-rakyat-diseru-supaya.html cepat baca dan terus pi 'praktis', manatau mustajab.....jangan pula kita yang dikatakan 'bijak', boleh diperbodohkan oleh mereka yang tak berapa cerdik.