Tuesday 28 October 2008

APA SUDAH TERJADI KEPADA MAT GLAMOUR?

Tentu kita semua masih ingat tentang seorang budak berusia 14 tahun yang terpaksa berhenti sekolah untuk menyara adik-adiknya seramai 8 orang. Pasti kita belum lupa kepada kisah yang kononnya 'menyayat hati' dan tidak mendapat simpati dari masyarakat tempatan di Titi Bakong, Yan, Kedah yang mula tersiar pada 6 September 2008 yang lalu.

Kini sudah lebih sebulan berlalu dan kehidupan Mat Glamour atau Mohd. Norsharul Amri bin Anuar telah berubah sama sekali. Wang dan sumbangan mencurah-curah datang dari berbagai pihak membuat Mat menjadi seorang 'hartawan' sekarang. Ibunya dan adik-adiknya tidak susah lagi.

Apa yang dikehendaki semuanya dapat dibeli dengan wang yang puluhan ribu dalam akaun.Hendak memiliki handset, sudah ada handset, malah yang berjenama pula. Begitu juga ibunya dan adik-adiknya, mempunyai handset seorang satu.

Ibunya sudah beberapa kali 'rebounding' rambut dan ke sana ke mari dengan jeans dan berbaju T ketat dengan tanpa tudung. Rantai leher dan gelang tangan yang tidak terkira lagi hebatnya.

Terima kasih kepada para dermawan yang telah mengubah kehidupan Mat sehingga melebihi kawan-kawannya yang dulu senang sedikit darinya.Tetapi Mat dan adiknya hanya berubah tentang gaya hidup tetapi masih tetap dengan keadaan yang sama dari segi persekolahan.

Mat dan Mastuti Norsiti Atika tetap juga tidak ke sekolah seperti yang diharapkan. Dalam seminggu kadang-kadang Mat tidak pergi langsung. Kalau pergi pun hanya sehari. Adiknya juga menurut jejaknya.Setiap hari boleh dilihat Mat dengan basikalnya, merayau-rayau di Titi Bakong dan pekan Yan.

Kadang-kadang pergi sekolah, banyaknya tidak pergi sama sekali. Adiknya dilihat memakai pakaian seragam tetapi tidak sampai ke sekolah.Sebenarnya dari dulu lagi saya katakan bahawa Mat tidak ke sekolah bukan kerana tidak ada wang. Bukan kerana miskin. Bukan juga kerana hendak menjadi kelindan lori menyara adik-adiknya. Dia memang tidak mahu bersekolah. Bukan kerana kemiskinan tetapi kerana sikap.

Sia-sialah sumbangan yang diberikan oleh berbagai pihak kerana Mat tidak perlukan wang. Mat dan keluarganya tidak berubah sama sekali. Sebenarnya Mat berkehendakkan pakar motivasi supaya boleh mengubah sikapnya itu. Itulah yang Mat dan keluarganya perlukan, bukannya harta. Selagi sikap Mat tidak berubah, banyak mana wang pun tidak akan berjaya mengubah Mat.

Sebelum ini pun pihak sekolah telah memberi macam-macam bantuan kepada Mat. Bantuan wang KWAPM turut diberikan sebelum berita tentangnya heboh dahulu. Sebelum ini pun berbagai bantuan diberikan oleh orang-orang perseorangan di kawasan ini. Selain itu, biasiswa juga turut diberikan kepadanya walaupun adiknya juga telah mendapat biasiswa tersebut.

Bayangkan apa akan jadi kepada Mat setahun lagi? Tahun hadapan dia akan menduduki PMR. Pihak sekolah tidak dapat berbuat apa-apa sebab dia tidak hadir ke sekolah untuk mengikuti program-program peningkatan akademik yang dianjur oleh pihak sekolah. Sama-samalah berdoa untuk kejayaan Mat.

Sunday 26 October 2008

MUKHRIZ HANYA MENANG SORAK

APABILA Dr Mahathir Mohamad menggesa ahli-ahli Umno menyingkirkan penyokong Abdullah Ahmad Badawi daripada parti itu, sasaran utamanya adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Mahathir bukan ahli Umno, sama ada beliau masuk Umno atau berada di luar Umno, keadaan tidak akan berubah. Mahathir tidak 'menyalak' untuk kepentingan dirinya, yang jelas beliau bekerja keras untuk membantu anaknya, Mukhriz.

Walaupun Mukhriz mendahului jauh dalam pencalonan Ketua Pemuda Umno, Mahathir sedar bahawa pencalonan sebesar itu tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi.

Khairy dalam interbiunya di akhbar The Sun mengakui sebelum bapa mertuanya berundur beliau adalah calon 'favourite' tetapi selepas Abdullah mengumumkan pengunduran beliau sudah menjadi 'calon underdog.'

Mahathir tahu budaya Umno. Beliau mengakui, walaupun menerima pencalonan dua pertiga dalam tahun 1987 untuk jawatan Presiden Umno, beliau hanya menang tips 43 undi mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

Justeru sudah tentu Mahathir takut igauan buruknya berulang kepada anaknya dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda.

Mukhriz bukannya calon terbaik untuk menerajui Pemuda Umno. Beliau tidak mempunyai karisma atau keterampilan. Sebelum ini pun beliau tidak aktif berpolitik. Yang aktif, abangnya Mokhzani, bekas Bendahari Pemuda Umno.

Mukhriz menerima pencalonan besar dari pemuda bahagian hanya kerana 'hate politic' - politik kebencian, pihak tertentu dalam Umno terhadap Abdullah dan anak menantunya.

Manakala seorang lagi calon, Mohamad Khir Toyo mempunyai peluang yang amat kelam. Pertarungan Ketua Pemuda ialah antara pengaruh Abdullah dengan Mahathir. Ianya pertarungan Khairy-Mukhriz.

Kail milik Khir Toyo, hanya sejengkal sahaja, tetapi beliau berangan untuk menduga lautan yang dalam. Hakikatnya Khir boleh mencuba, tetapi beliau tidak termasuk dalam senarai. Level Khir hanya setakat Selangor sahaja. Itu pun tidak terdaya berhujah dengan Hasan Ali dan Teresa Kok.

Kelebihan pada Khairy dan Mukhriz ialah mereka merupakan warisan politik 'pedigree' (salasilah). Umno bukannya parti golongan marhaen, mereka mewarisi perjuangan aristokrat - bangsawan.

Najib Razak, Hishammuddin Hussein juga merupakan warisan aristokrasi dalam Umno. Oleh sebab itu, golongan yang suka main dengan penyapu macam Khir Toyo, tidak berapa disukai.

Berbalik kepada pemilihan Ketua Pemuda, pemilihan dibuat melalui perwakilan. Empat orang wakil pemuda bahagian. Ketua dan Naib Ketua menjadi perwakilan secara automatik, manakala dua lagi dipilih oleh perwakilan.

191 bahagian Umno didarab dengan empat bermakna ada 764 orang perwakilan, tidak termasuk Exco Pemuda.

Diakui Mukhriz mendahului dengan pencalonan yang besar. Setakat ini apabila nama Mukhriz diumumkan sebagai calon, perwakilan akan bersorak bertepuk tangan. Manakala apabila nama Khairy disebut, ada yang menyambutnya dengan 'boo'. Itu respon dari 'floor'. Respon ini tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk undi.

Jika Khairy hanya menerima pencalonan daripada 40 bahagian, hampir pasti semua undi 'solid' kepada beliau. Sudah pasti Mukhriz tidak akan mendapat undi sebesar pencalonannya.

Sebahagian besar Ketua Pemuda dan Naib Ketua pemuda bahagian adalah rakan-rakan rapat Khairy. Ada yang mengatakan mereka ini sudah di'bela' oleh Khairy sekian lama.

Walaupun pencalonan daripada bahagian mereka dimenangi oleh Mukhriz, apakah rakan-rakan Khairy ini akan mudah memberikan undi kepada Mukhriz? Sudah tentu tidak!

Inilah kebimbangan Mahathir sebenarnya. Mahathir tahu anaknya hanya akan 'menang sorak', maka beliau akan terus 'menyalak' untuk mempercepatkan kejatuhan Abdullah.

Pada ketika ini, keikhlasan dan kejujuran sokongan orang-orang Umno sangat-sangat dipertikai dan disangsikan, sama ada oleh Khairy mahupun Mukhriz.

Kesangsian ini wujud kerana prinsip sokongan mereka berpaksikan kepada kuasa dan wang, bukan pada merit dan karisma. Mereka sanggup membuang prinsip Walaupun sehingga 'kampung tergadai'.

Khairy harus sedar, walaupun merit dan karisme ada padanya, kuasa sudah tiada. Mahu tidak mahu saki baki pengaruh Abdullah dalam Umno masih diperlukan untuk menampung kempennya.

Jika hayat politik Abdullah tidak sampai Mac 2009, Khairy juga harus bersedia untuk 'bungkus' lebih awal.

Oleh itu, semua yang berada ditampuk kuasa harus beringat, sehebat mana, selicik manapun anda berpolitik, sedarlah kata pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua'._

Saturday 25 October 2008

2 x 5 = 5 x 2

Saya mendapat banyak laporan berkenaan dengan politik wang dalam Umno. Demikianlah keadaan sehingga Dato' Seri Dr Rais Yatim mencadang secara sinis supaya jawatan-jawatan Majlis Tertinggi ditender. Dato' Seri Shahidan Kassim amat marah dan akan tender sebanyak RM1 untuk Rais. Bila makan cili rasa pedas.

Saya diberi tahu wang banyak digunakan. Dahulu cuma ketua pemuda bahagian sahaja dapat. Ini menyebabkan pemegang jawatan lain dalam pergerakan enggan bekerjasama. Sekarang semua mendapat sogokan dan hasilnya amat memuaskan bagi penyogok.

Ketua-ketua Bahagian dan ahli jawatankuasa juga dijemput ke Kuala Lumpur untuk berjumpa orang tertentu. Mereka di arah supaya mencalonkan orang-orang tertentu untuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi. Juga pencalonan Ketua Pemuda. Berkesan atau tidak akan kita lihat daripada pencalonan yang dibuat.

Tetapi cawangan dan ahli biasa pun sudah pandai. Mereka menawarkan sokongan mereka jika sekian-sekian banyak dihulur.

Mereka yang menang boleh jadi Yang Berhormat, ahli Exco, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, pengerusi syarikat-syarikat Kerajaan dan juga dapat kontrak berjuta Ringgit.

Ahli biasa yang memberi sokongan dengan undi mereka dapat apa? Dengan kesedaran akan soal ini maka penyokong dan pengundi pula berpendapat mereka juga harus dapat nikmat daripada pemberian undi mereka. Maka mereka akan menunggu sogokan sebelum memberi undi mereka.

Amalan rasuah dalam Umno di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelek dan muak dengan Umno, orang Umno dan pemimpin Umno. Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

Orang ramai melihat Umno sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.

Dalam pilihan raya umum 2004, rakyat memberi sokongan padu kepada BN. Ini adalah kerana rakyat percaya benar yang kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional akan menjadi lebih baik daripada yang terdahulu.

Antara 2004 dengan 2008 mereka dapat lihat pemerintahan Abdullah dengan rasuah yang berleluasa dan keruntuhan ekonomi. Mereka juga lihat peranan yang dimainkan oleh keluarganya dan kroni mereka dan juga sikap ahli-ahli kabinet. Apa yang mereka lihat meyakinkan mereka bahawa pemerintahan ini tidak baik. Hasilnya ialah keputusan pilihan raya ke-12.

Mereka kecewa bahawa Abdullah bukan sahaja tidak membetulkan keadaan tetapi sebaliknya menafikan kekalahan dan penolakan oleh pengundi, termasuk yang terdiri daripada ahli-ahli dan penyokong Umno dan lain-lain parti komponen.

Saya percaya orang ramai amat kecewa melihat mainan wang dalam Umno sekarang. Wang akan mengalir dengan banyak dan laju semasa dan selepas pencalonan. Rumah terbuka oleh kementerian sedang diadakan dengan menggunakan duit Kementerian. Semasa rumah terbuka kempen untuk pencalonan diadakan.

Menjelang pemilihan bulan Mac 2009 lebih banyak lagi acara dan sogokan boleh diadakan. Kemuncak akan tiba apabila wakil ke Mesyuarat Agung tiba di Kuala Lumpur untuk bersidang. Kata orang melihat kepada jawatan-jawatan yang dipertandingkan tiap seorang wakil boleh dapat hingga RM20,000.

Ada yang berpendapat tidak apa menerima sogokan tetapi tidak semestinya mengundi penyogok. Jangan percaya iman penerima begitu kuat sehingga tidak merasa terhutang budi. Lagipun duit yang diterima adalah duit haram. Yang menerima akan menanggung dosa.

Terimalah. Pedulikan jika semua orang tahu. Apa salahnya. Dosa, dosalah. Tetapi seperti disebut di atas apabila pengundi pilihanraya umum sudah benci dan bosan dengan Umno mereka akan undi parti lawan untuk kalahkan Umno. Selepas kalah tidak ada lagi jawatan Perdana Menteri, Menteri dan lain-lain. Tidak akan ada lagi kontrak, AP dan lesen.Tidak akan ada lagi nikmat! Semua pihak akan merana, akan dihina oleh orang. Dan Umno akan habis riwayatnya. Mereka yang betul-betul sayang kepada Umno akan kutuk pemimpin dan ahli Umno.

Inilah akhirnya musibah yang akan diterima kerana tamak, kerana rasuah di kalangan pemimpin dan ahli Umno.

Thursday 23 October 2008

BANJIR DIUTARA SEMAKIN BURUK.

ALOR STAR: Banjir di Kedah, Perak dan Pulau Pinang semakin buruk dengan hampir 3,000 mangsa dipindahkan sehingga petang semalam, manakala sekurang-kurangnya empat kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Paya Terubong, Air Itam, Pulau Pinang.

Hujan lebat sejak beberapa hari lalu juga menyebabkan 4,400 hektar sawah di empat wilayah Mada Kubang Pasu, Pendang, Kota Sarang Semut dan Perlis, ditenggelami air. Kebanyakan sawah itu sudah mempunyai anak padi berusia sebulan dan ada yang baru ditabur benih.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara di sini berkata, paras air beberapa sungai yang mengalir dari kawasan tadahan di daerah Padang Terap, dilaporkan semakin meningkat berikutan hujan lebat sejak petang kelmarin. "Kita menjangka jumlah mangsa banjir akan bertambah, terutama apabila air di hulu Sungai Kedah mula turun dan melimpah sekali gus menyebabkan kawasan di daerah Kota Star dan Kuala Kedah antara yang mengalami risiko banjir tinggi," katanya.


1. Jangan kita terlepas pandang. isu ini merupakan persoalan 'survival' golongan marhain yang perlu dipandang secara sangat serius. Ianya merupakan masalah setiap tahun dan apakah langkah yang telah diambil dengan bersungguh-sungguh untuk mengatasinya. setidak-tidaknya mengurangkannya.

2. Masalah banjir ini terutamanya dikawasan utara bukanlah isu terpencil yang sekali sekala berlaku. saban tahun cerita yang sama dilaporkan, cuma tarikhnya yang berubah.

3. Kalau ianya berlaku dipusat-pusat bandar seperti di kuala lumpur dan shah alam contohnya, langkah segera yang melibatkan jumlah wang yang banyak tentunya telah diambil. walaupun jika dikira keluasan kawasan yang terlibat jauh lebih luas dan besar berbanding dipusat bandar. apatah lagi jika dikira kesusahan yang terpaksa diharungi oleh mereka yang memang telah susah.

4. mungkin suara mangsa banjir ini menceritakan tentang kesusahan banjir ini nampak biasa sahaja, mungkin kerana kesusahan telah mendarah daging dalam hidup mereka. cuba bandingkan dengan reaksi penduduk bandar yang dilanda banjir, hampir 'separuh mati' datuk bandar dikerjakan mereka.

5. dilihat 'pesta' banjir diutara pada tahun ini tidak se'glamour' tahun-tahun yang sudah. laporan laporan yang disiarkan pun sekadar melepas batuk ditangga. suara keresahan mereka yang susah makin terpinggir dalam hidup kita.

6. mungkin laporan banjir tidak dapat memanggil khalayak ramai untuk menonton apatah lagi membaca apatah lagi menyelaminya. mungkin itulah realitinya masyarakat hari ini. ataupun berita tenggelam banjir tahun ini, telah ditenggelamkan berita politik umno yang lebih bahaya dari bahaya banjir. mungkin.

7. mana pimpinan politik tidak kiralah parti apa pun. bukankah mereka selalu mencanangkan mereka pejuang rakyat. masa inilah peluang keemasan mereka untuk mengotakan janji tersebut bagi membuktikan rakyat tidak tersalah pilih mereka. ataupun hanya sekadar retorik pilihanraya.

8. sejumlah 5 bilion boleh diluluskan segera bagi menampung kesusahan orang kaya di BSKL. untuk orang miskin dan susah ini, tentulah peruntukannya lebih lagi. mungkin itulah sebabnya peruntukan lambat diumumkan lagi. kita tunggu dan lihat.

Wednesday 22 October 2008

MUSA MAHU GENERASI MUDA DALAM KEPIMPINAN UMNO


Generasi muda diperlukan bagi membantu memulihkan semula penyakit tua Umno yang kini sudah menginjak usia 61 tahun, kata bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam.

Katanya, penyakit tua Umno kini tidak boleh lagi dibaiki atau dirawat golongan tua kerana Umno kini memerlukan muka baru yang lebih muda untuk mengembalikan semula Umno serta keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Penyakit tua ini tidak boleh diperbaiki oleh orang tua-tua, jadi maksud saya mereka yang hendak bertanding pada pemilihan Umno Mac depan, yang ingin memegang jawatan-jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada golongan muda yang mempunyai idea-idea yang baru," katanya kepada pemberita pada persidangan akhbar.

Biarpun ramai yang beranggapan untuk memulihkan Umno, kombinasi antara generasi tua dan muda merupakan satu tindakan yang bijak, namun Musa berpendapat dalam keadaan Umno yang sudah berusia 61 tahun adalah lebih baik generasi muda mengambil alih parti itu sepenuhnya. "Kalau kita lihat dalam senarai peringkat tertinggi, kita melihat calon Presiden dan Timbalan Presiden, yang senior dan yang berpengalaman menjadi pilihan, tapi pada saya tidak mengapalah itu pilihan mereka, tetapi jawatan lebih bawah daripada itu saya lebih suka golongan muda yang mengambil bahagian," katanya.

Musa berkata Umno harus sedar bahawa sokongan rakyat terhadap parti itu kini telah menurun berikutan isu-isu yang ada kaitan dengan persepsi rakyat."Persepsi rakyat ialah Umno begitu lama berkuasa dan pada pendapat mereka dari hasil pilihan raya Mac lalu, ada kelemahan-kelemahan yang begitu serius yang Umno tidak dapat mengatasinya termasuk isu rasuah dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata generasi kini merupakan orang terpelajar yang boleh berfikir dan tidak mahu lagi menerima amalan rasuah serta mendambakan akauntabiliti serta kredibiliti yang baik pada seorang pemimpin."Orang sekarang bukan seperti dahulu, macam zaman saya, kini kebanyakan masyarakat, orang terpelajar yang tidak mahu amalan rasuah, apa juga yang diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin jika pemimpin tersebut tidak ada kredibiliti, jika imej mereka tidak diterima maka apa jua yang diperkatakan pemimpin itu tidak mahu mereka terima," katanya.

Sementara itu, Musa yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri turut mengulas mengenai proses pemilihan pemimpin yang sedang berjalan dan menyifatkan cara pemilihan calon yang dibuat berasaskan ukuran lama. Setakat ini tiada seorangpun calon yang hendak bertanding dengan jelas menyebut bahawa sekiranya dipilih maka pemimpin itu akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani kesan akibat krisis ekonomi dunia, jelasnya.

Menurut Musa, ini membuktikan anggota Umno sibuk berebut kuasa untuk kepentingan diri sedangkan yang sepatutnya mereka fikirkan ialah masalah rakyat dan cara bagi mengatasinya.


1. Sangat menarik dan memberangsangkan pandangan Tun Musa. Harus diperhalusi semua pihak terutamanya oleh pimpinan umno.

2. Beliau juga berpendapat lagi, selama ini Umno lebih memfokuskan secara dalaman sahaja, tetapi kurang melihat kepada persepsi rakyat keseluruhannya.

3. Lebih penting juga BAGAIMANA PENGISIAN YANG HARUS DILAKUKAN BAGI MENARIK MINAT GOLONGAN MUDA.

4. Umno seharusnya dilihat sebagai satu wadah perjuangan yang diimpikan oleh golongan muda. Tidak cukup setakat aktiviti-aktiviti 'ad-hoc' untuk seronok-seronok sementara sahaja.

BAGAIMANA PENGISIANNYA? Tanggungjawab besar menanti mereka yang dipilih Mac nanti, demi kelangsungan parti, samada masih releven atau tidak.

Tuesday 21 October 2008

KENAPA PENCALONAN BAHAGIAN TIDAK DIGUNAPAKAI SEBAGAI KEPUTUSAN MUKTAMAD



Sekarang demam pemilihan dalam umno telah hampir 'kebah'. Setiap bahagian umno sibuk dengan pencalonan masing-masing dalam proses mancari pemimpin mereka yang paling 'afdal' yang dirasakan paling sesuai bagi memimpin mereka.

Persoalannya ialah, adakah suara setiap bahagian ini akan selari dan seiring dengan pemilihan bulan Mac yang akan datang. Kenapakah pencalonan bahagian ini tidak digunapakai sebagai keputusan muktamad pemilihan pimpinan umno. Manakala perhimpunan bulan mac ini eloklah hanya sekadar perhimpunan untuk meraikan mereka yang telah dipilih.

Bukankah pencalonan bahagian ini merupakan suara akar umbi yang paling tepat dan merupakan gambaran yang diinginkan akar umbi. Sekiranya ada usaha melobi melalui bahagian tidak kiralah samada melalui politik wang, janji projek dan sebagainya, dirasakan keberkesanannya agak terbatas. Ini kerana skopnya yang besar dan luas meliputi seluruh bahagian diseluruh negeri.

Terdapatnya banyak laporan pencalonan bahagian dimana suara pimpinan bahagian dan ahli-ahlinya tidak selari, tetapi akhirnya suara ahli yang dipilih. Masalahnya ialah apabila pengundian dibuat pada perhimpunan Mac nanti, perwakilan bahagian yang beberapa orang itulah yang akan membuat pengundian semula. Pada peringkat inilah usaha melobi ataupun politik wang oleh calon jika dilakukan akan berjaya dengan cemerlang dan gemilangnya.

Ini kerana perwakilan yang jumlahnya lebih kurang 2500 orang inilah akan menentukan pimpinan parti. Seolah-olahnya pencalonan bahagian tidak berguna. Bukankah pencalonan bahagian adalah sia-sia dan membazir masa jika suara perwakilan pada Mac nanti tidak sama dan selari dengan pencalonan akar umbi.

Satu lagi yang dirasakan perlu diubah ialah jarak masa antara mesyuarat bagi pancalonan setiap bahagian ini tidak boleh terlalu jauh. Paling molek sekiranya dijalankan serentak. Ini bagi mengelakkan keputusan pencalonan satu-satu bahagian digunakan sebagai 'inspirasi' pencalonan bahagian lain. Ini terutamanya pencalonan bahagian presiden dan timbalan presiden yang bakal digunakan oleh bahagian lain atas alasan selari dengan pucuk pimpinan. Kaedah dan caranya boleh diperhalusi kemudian.

Pencalonan oleh bahagian ini menjadi sangat penting apabila sistem kuota mula diperkenalkan sejak peristiwa pemilihan tahun 1987 dulu. Dirasakan sistem ini elok, tetapi haruslah diperkemaskan sebagai pemilihan oleh bahagian tetapi bukannya pencalonan untuk layak bertanding sahaja. Pencalonan oleh bahagian eloklah digunapakai sebagai proses pemilihan yang muktamad.

Lihatlah pada peristiwa tahun 1987 dimana Dr Mahathir menerima pencalonan lebih 2/3 daripada bahagian. Lojiknya tentulah beliau tidak ada aral yang melintang lagi. Tetapi bila pemilihan dibuat seperti yang termaklum Dr Mahathir nyaris-nyaris tewas tersungkur.

Bagi kali ini pemilihan pimpinan ketua pemuda paling sengit terutamanya antara Khairy vs Mukhriz. Gambaran awal menunjukkan Mukhriz ada 'dihati' ahli pemuda. Tapi yakinlah Khairy tidak akan berpeluk tubuh dengan senyuman manja dengan 'signal' yang pemuda bahagian berikan. Tentunya usaha melobi akan dilakukan dengan apa cara sekalipun.

Percayalah kita bahawa sistem yang diamalkan ini sebenarnya menyemarakkan politik wang menjadi lebih membarah dan bernanah. Yang menang pencalonan akan berusaha untuk menterjemahkan pencalonan itu kepada kemenangan sebenar dengan apa cara sekalipun. Yang tewas pencalonan, tapi layak bertanding juga akan berusaha dengan apa cara sekalipun, supaya kemenangan dipihaknya.

Semua dan segalanya ini apa lagi kalau tidak dengan wang. Makanya politik wang akan dapat dihapuskan. Jawapannya tentulah sangat-sangat mustahil, akan hanya merupakan retorik sampai bila-bila.

Eloklah pemilihan dua kali ini yang tidak berapa cerdik ataupun dalam bahasa yang mudahnya 'bodoh' ini dihentikan supaya matlamat perjuangan umno kembali dilandasannya seperti yang difalsafahkan dalam perlembagaan perjuangannya demi kelangsungan umat melayu seperti yang dinyanyikan pimpinan atasan.

Sunday 19 October 2008

UMNO HANYA MENANTI PAKU TERAKHIR


Ahmad Lutfi Othman Sun Oct 19, 08 4:13:19 pm MYT

SEMAKIN dekat Najib Razak dengan takhta dan teraju kuasa, makin banyak pula dakwaan negatif yang dihalakan kepadanya. Tidak cukup dengan tanggapan rasuah tentang pesawat perang, kapal selam kini pembelian helikopter pula.

Memang segala tuduhan itu belum dapat dibuktikan, namun Najib yang sejak lama sukar dilihat bersih terpaksa bersilat menangkis segala tohmahan itu.

Sudah beberapa kali beliau menyanggah, terutama atas kapasiti Menteri Pertahanan, malah bersumpah di masjid pun Najib sanggup, malangnya, tidak ramai yang bersedia untuk menerima penjelasan beliau, malah sebahagian mencurigainya.

"Retak di permulaan jalan". Hubungan Abdullah Badawi dengan Najib bukan "retak di tengah jalan", seperti hubungan Mahathir dengan Musa Hitam ataupun Anwar Ibrahim. Jika Musa dan Anwar dianggap pasangan serasi bersama Mahathir di awal perlantikan mereka sebagai timbalan perdana menteri, semua tahu Najib sejak awal mula bukan pilihan Abdullah.

Najib terpaksa dipilih kerana Dr Mahathir Mohamad memberi tekanan kuat kepada Abdullah. Dalam bahasa Mohamad Sabu, Abdullah seolah-olah "kahwin paksa" dengan Najib. Muhyiddin Yasin yang dianggap regu sesuai Abdullah ketika itu, tiba-tiba kini menjadi hujung tombak kumpulan yang menentangnya.

Johor yang sepatutnya kuat membela Abdullah (di sana ada Musa Hitam, Shahrir A Samad) bertukar menjadi pendesak utama untuknya melepaskan jawatan dalam kadar segera. Itulah yang paling menghibakan Abdullah. Mahathir pula mengingatkan Najib bahawa dalam Umno sendiri ramai yang sedia menjatuhkannya.

Mitos lama berakhir. Dan ini bukan perkara pelik. Selama ini - sebelum pilihan raya 2008 - yang berpotensi menjatuhkan pemimpin Umno adalah orang Umno juga, pembangkang hanya berkuku di Kelantan dan sesetengah kawasan di Kedah dan Terengganu.

Debar pemilihan Umno lebih kencang geloranya berbanding pilihan raya umum. Merebut menjadi calon pilihan raya mewakili Umno-BN adalah cabaran sengit yang mesti dilalui terlebih dahulu. Ramai yang tersungkur dalam pemilihan bahagian disebabkan cantas-mencantas, politik wang atau kerana terlalu baik untuk Umno!

Walaupun kalah agak teruk dalam pilihan raya 2008, dan hilang teraju kuasa di Kedah, Perak dan Selangor, keghairahan untuk merebut jawatan tidak pernah padam. Buktinya, ada mesyuarat bahagian Umno terpaksa dikawal oleh anggota FRU, dan ini berlaku di Kelantan, negeri yang mana peluang parti itu untuk kembali berkuasa begitu tipis.

Namun begitu, Umno seolah-olah masih dilihat lubuk emas yang menjanjikan kemilau peluang membina kekayaan dan anak tangga mendaki kerjaya politik lebih tinggi. Namun, tanggapan itu kini umpama fatamorgana.

Umno adalah milik masa lalu, bukan aset masa depan. Nostalgianya mungkin sarat dan ia sendat pula dengan kenangan manis. Tetapi, berdepan realiti dan cabaran mendatang, Umno kelihatan tiada tempat.

Imiginasi anak muda tak tersentuh, harapan orang tua tak tersampai. Korupsi membusung. Fikir penggiatnya, sementara ada habuan duniawi yang berbaki lebih baik cepat-cepat direnggut. Hilang segala idealisme, pupus segala cita-cita luhur. Malah, tanpa negeri seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang, pengikat sokongan mudah terlerai.

Usaha dekati pengundi Melayu. Bagaimanapun, dari segi kerusi di Parlimen, Umno memang nampak di hadapan, masih meninggalkan penguasaan PAS dan KeADILan, terutama dalam konteks mewakili kawasan Melayu. Gabungan wakil Melayu PAS-KeADILan belum dapat menyaingi Umno, ya ... tidak sampai separuh pun jumlahnya.

Kalau pada 1999 Umno diselamatkan oleh sokongan bukan Melayu, kini sokongan Melayu turut kritikal. Setiap minggu penghijrahan ahli-ahli Umno ke dalam Pakatan Rakyat melimpah ruah.
Terbaru kes di Kampung Baru Plentong Tengah, Masai, Johor. Lebih 200 ahli Umno menyertai PAS dengan menyerahkan borang sendiri kepada Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Rakyat sudah merasai "nikmat perbezaan" selepas ratib tahyul "hanya Umno dapat memerintah negara ini" dimusnahkan. Terdedah bagaimana rasuah, salahguna kuasa dan nepotisme menjalar dalam setiap urat nadi dan denyut jantung pemerintahan Umno-BN dahulu.

Dan Pakatan Rakyat seharusnya mampu menawarkan jalan keluar, mengangkat golongan terpinggir, membela masyarakat bawahan, menunaikan amanah dan janji, berkhidmat demi rakyat, selain pemimpinnya terus mengekalkan kesederhanaan.

Saya kerap menekankan agar PAS khususnya, lekas-lekas mengisi posisi Umno, terutama dalam konteks psikologi politik orang Melayu, memperteguhkan akar sokongan, manakala wakil-wakil rakyatnya menyumbang yang terbaik. Misalnya di Selangor dan Perak, tidak boleh dibiarkan Umno menguasai terus kerusi-kerusi di kawasan majoriti Melayu.

Tiada jalan mudah. Berbanding KeADILan sebagai parti berbilang kaum, PAS perlu merobohkan tonggak kekuatan Umno yang selama ini terbina dengan kepalsuan dan ilusi. Pastinya tiada jalan mudah kerana BN masih menguasai sumber Persekutuan tetapi sekiranya rakyat dapat melihat perbezaan jelas antara PAS dan Umno di negeri-negeri Pakatan, masyarakat Melayu semastinya mahukan pemimpin yang jujur dan boleh dipercayai untuk menjaga negara tumpah darah mereka.

Najib boleh saja memasang impian menjadi Presiden Umno, seterusnya Perdana Menteri, menjelang Mac 2009. Najib mungkin ada strategi atau pendekatan ajaib bagi memulihkan imej Umno-BN yang tercemar teruk itu.

Zaman beredar, musim berlalu, jika Pakatan menunjukkan teladan terbaik dan itulah yang nampak serius diusahakan sekarang, lambat atau cepat, Umno-BN hanya menanti ketukan paku terakhir di kerandanya.

GANTUNG SEMINGGU TENDANG CIKGU



Hari Khamis lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan tayangan secara live dua budak sekolah perempuan menengking, menepis tangan dan menendang perut guru mereka. Lebih mengejutkan, budak sekolah tersebut baru tingkatan dua.Lebih mengejutkan lagi, budak sekolah tersebut adalah betina dan cikgu yang ditendang juga seorang guru perempuan.

Pelbagai pihak memberi pandangan terhadap insiden ini. Bagi saya inilah contoh bahawa tahap disiplin, akhlak dan moral murid sekolah di negara kita yang berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Bagi saya, inilah contoh kegagalan sistem pendidikan kita.

Peristiwa ini adalah penerusan kepada rentetan panjang paparan kebejatan disiplin murid sekolah. Ini adalah penerusan kepada seks bebas dalam kalangan murid, mat dan minah rempit, bohsia dan bohjan, pertarungan ala samurai dan pelbagai kebobrokan tingkah laku murid yang pernah dipaparkan oleh media.

Ini adalah buah yang telah masak daripada pokok 'kemanjaan melampau' yang diberikan kepada murid. Atas desakan pelbagai pihak khususnya ibu bapa yang kononnya sayang pada anak, sistem dendaan hampir pupus di sekolah.

Usahkan merotan murid, guru yang cubit telinga murid pun dianggap menyalahi prosedur kerja. Ibu bapa berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap guru ini. Guru ini juga boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar prosedur perkhidmatan yang dibenarkan. Akhirnya murid-murid sekolah jadi mual. Ibu bapa murid juga jadi manggok.

Guru sekolah berada pada kedudukan yang sangat defensif, tersempit antara keperluan mendidik murid dan kekangan perundangan yang melingkari mereka. Apabila keluar isu-isu seumpama yang berlaku di SMK Perlis minggu lepas, barulah semua pihak melatah itu dan ini. Tuduh menuduh dan kata mengata.

Usahlah tuduh menuduh, kata mengata. Perbetulkan sistem yang pincang. Banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam sistem pendidikan kita. Bukti kerosakan ini adalah apabila Badan Disiplin SMK Perlis yang bersidang pada keesokan harinya hanya menggantung persekolahan pelajar yang menendang guru tersebut selama seminggu. Sekolah pun tidak berani mengambil tindakan lebih dari itu.

Bagi saya, itulah contoh keputusan yang betul-betul tidak sesuai. Pelajar yang cabar, tengking dan tendang guru dalam bilik darjah hanya digantung persekolahan seminggu? Bagi saya pelajar seumpama ini perlu diajar di dalam dan di luar sekolah.

Dalam konteks pendidikan, pelajar ini perlu dibuang sekolah secara mandatori. Barah ini perlu dinyahkan segera daripada sekolah supaya tidak mempengaruhi orang lain. Kalau mereka nak sekolah lagi, hantar sahaja ke Sekolah Tunas Bakti. Di sana mereka boleh asah lagi bakat pergaduhan yang telah mereka ada.

Di luar sekolah, pelajar ini perlu diajar secukup-cukupnya. Pelajar seperti ini perlu diajar tinggi rendahnya langit. Dengan kata lain, budak ini perlu dilempang cukup-cukup di luar sekolah (dalam sekolah salah peraturan).

Kalaulah saya salah seorang guru kat SMK Perlis, budak ni pasti akan mendapat hadiah yang paling menarik atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Kalau ayah mak dia campur tangan, lagi baik. Kita juga mesti bagi hadiah atas kejayaan dia mendidik anaknya hingga jadi secemerlang itu di sekolah. "











Saturday 18 October 2008

DAULAT TUANKU

"Syahadan maka dipukul gendang nobat lagu Ibrahim Khalilullah.
Maka menjunjung duli betara tiga kali, iaitu mengatakan
DAULAT TUANKU".
petikan muka surat 33. buku undang-undang kedah. diselenggara oleh mariyam salim. buku undang-undang kedah merupakan himpunan manuskrip yang dikembalikan oleh kerajaan british kepada malaysia atas permintaan tun dr mahathir sebelum persaraan beliau. ianya membongkar sejarah kerajaan melayu yang sebenarnya.

http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

ISU LOMPAT PARTI: MINGGU PERTAMA SIDANG PARLIMEN BERLALU SEPI



Mereka yang berminat dengan isu pembangkang nak tawan Putrajaya menerusi lompat parti Ahli Parlimen Barisan Nasional mungkin akan dapat ‘ feel ‘ suasana semasa jika berada di Parlimen sepanjang minggu lalu. Pada waktu ada yang merasakan tentunya timbul excitement bila Dewan Rakyat mula bersidang balik pada Isnin 13 Oktober suasananya hingga ke hari Khamis bila sidang ditangguhkan untuk sambung ke minggu depan boleh kata biasa-biasa saja.

Ini mengenangkan kehangatan cerita Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri supaya adakan sidang tergempar Parlimen kerana pembangkang macam dah tak sempat-sempat nak buat usul tidak percaya terhadap kerajaan atas dakwaan ‘ sudah ada jumlahnya ‘ Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak melompat.

Malah sebilangan pemerhati yang berkunjung ke Parlimen dan para wartawan yang membuat liputan hairan melihat senario relaks dan tak wujud keadaan resah gelisah di kalangan para Ahli Parlimen BN serta tanda-tanda red alert macam kerajaan nak terbalik bila-bila masa saja disambar oleh pembangkang.

Lebih menarik dari tinjauan Agendadaily isu lompat parti ini semacam tidak diambil peduli dan tidak diperbualkan sangat oleh kalangan ahli parlimen baik BN maupun pembangkang. “Hairan juga tengok isu yang sebelum 16 September dulu macam nak meletup dunia punya riuh dah sejuk macam tak ada apa-apa,”kata seorang aktivis politik yang dua tiga kali melawat parlimen untuk melihat suasananya.

Katanya mungkin mereka yang di luar sana menduga macam-macam tetapi suasana di parlimen nyata adalah sebaliknya. Hakikatnya kalau nak tahu isu itu tengah mengelegak atau tidak suasana di Parlimen dimana semua Ahli Parlimen berkumpul dan bersidang adalah penentu suhunya.

Apakah gambar ‘ penghulu’ Parlimen yakni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz boleh duduk bersembang dan bergelak ketawa dengan Anwar yang juga Ketua Pembangkang sambil kena teh tarik di ruang rehat para Ahli Parlimen petang Khamis ini dapat memberi indikasi kepada senario itu.
Turut sama menyertai mereka ialah ahli Majlis Tertinggi UMNO yang bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang datang melawat beberapa rakan di Parlimen petang itu. Lain-lain yang ada di situ ialah Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution dan Ahli Parlimen PKR Subang N Sivarasah dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali.

Friday 17 October 2008

JOM KE RUMAH USTAZ HADI



pengunjung budiman.........selain dari lim kit siang, lim guan eng, cikgu pa dan ustaz hadi sendiri, siapa lagi yang kita nampak. mata manusia biasa samada berkaca mata atau tidak hanya manusia itu sahajalah yang kita nampak.

cuma disebelah lim kit siang ada nampak tangan manusia lain, firasatnya tentu ada juga manusia lain yang bertandang ke rumah hadi disamping tentunya sijurufoto ini sendiri. ringkasnya selayaknya sepenuh sekadar ruang tamu. mungkin begitu.

pengunjung budiman.........lihatlah dengan mata kasar kita, selain manusia lain tadi, apa yang hadir dipandangan, dilingkungan ruang tamu ini, yang sedia menanti manusia-manusia tadi.

yang menangkap mata kita.....bakul sampah yang tersedia plastik 'recycle' didalamnya. setia menjadi pengawal kepada pintu plastik 'toilet' tentunya. tidak susah mengenal pintu plastik ini, ia hadir dihampir setiap rumah rakyat marhain. kalau dirumah kita bukan pintu 'toilet' jenis ini, tentunya jiran marhain kita kenal. tanyalah mereka.

yang menangkap mata ini, kenapa empunya rumah membiarkan pintu jenis ini hadir kerumahnya, di bulan raya pula, berdiri 'gah' diruang tamu. tentunya menjadi santapan kaca mata dua beranak ini. tentunya juga santapan mata hati mereka juga. mungkin biasa pada cikgu pa.

perabutnya, bukan jenis jati dari negara jiran seberang, apatah lagi dari itali tentunya. juga tentunya bukan perabot 'trend' raya tahun ini. 'towkey' perabot pun tentu dah lupa 'trend' ini menjadi kegilaan tahun bila. cikgu pa pun duduk 'tersenget', mungkin jenis ini 'sangat selesa' bagi menampung berat badannya. tuan rumah sangat selesa nampaknya, mungkin sebab itu masih digunapakai, tentu dengan bangganya.

lagi.......tirai, tikar getah, karpet, penyelak 'toilet'. anggaran harganya tak payah tanya 'towkey' kedai, rakyat marhain pun tentunya tanpa ragu-ragu dapat memberi harga tepatnya.

lagi......apa ye....er. baju empunya semua barangan tadi. rasanya yang sama, mungkin mata ini rabun warna. tapi hari dan bulan antara kedua potret tersebut tentunya berbeza. lihatlah mangkuk kuih muih yang tak sama. mungkin kuih tersebut membuat dua kali persalinan. entahlah.

inilah ruangan tamu rumah salah seorang pimpinan tertinggi parti politik malaysia. tentunya tidak banyak beza dengan rumah kita, apatah lagi dengan rumah pimpinan parti lain dan umno tentunya...........apa kata mata hati kita.


p/s:.........teringat kenangan 10 tahun dulu semasa masih bertugas sebagai pensyarah. berkunjung kerumah anak murid di negeri pahang (telah lupa nama tempatnya). keluarganya menukar sofa baru, menyediakan bilik persalinan, tak kalah macam bilik pengantin baru.

Thursday 16 October 2008

PERPADUAN: DARIPADA METOS KEPADA KENYATAAN




Bolehkah kita mewujudkan perpaduan bangsa di kalangan Melayu, Cina , India dan lain-lain keturunan? Tetapi sebelum itu apakah ada perpaduan dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri, masyarakat Cina atau masyarakat India ?Apakah maknanya perpaduan? Bergabung menjadi satu dan bersebati; bersatu hati dan sehidup semati apabila menghadapi setiap masalah; bersetiakawan dan searah sehaluan? Menyeragamkan pelbagai kebudayaan kebendaan dan rohaniah menjadi sama untuk semua?

Kalau ini yang kita maksudkan, maka perpaduan bangsa itu adalah satu angan-angan, satu idealisme tinggi yang tak tercapai, dan satu metos. Jangan kelirukan fikiran dan lidah kita.

Kalau kita memandu kereta dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Plus dan berhenti di tempat istirihat di Tapah, kita akan melihat kereta-kereta Produa, BMW, Mercedes, VW, Toyota, Honda, KIA dan lain-lainnya. Semua jenis kereta ini baik di bawah 2000 cc, atau yang berkuasa lebih tinggi di miliki oleh pelbagai kaum baik Melayu, Jawa, Hakka, Jaffna atau lain-lainnya, dan tak ada satu-satu keturunan memonopoli sesuatu jenis kenderaan atau sesuatu kelas kereta.

Jadi dalam setiap kaum ( Melayu, Cina atau India) terdapat beberapa lapisan, kumpulan, dan profesion yang berbeza-beza: miskin kaya , berpendidikan tinggi dan rendah; yang tradisi atau yang moden, dan dari bandar atau luar bandar.

Kalau pun ada yang sama pekerjaan profesionalnya ( seperti peguam, doktor, dan ilmuwan), tetapi dari segi adat resam budaya, agama dan stail kehidupan , tidak mesti sama. Pendek kata kira-kira 26 juta penduduk Malaysia ini hidup dalam pelbagai kebudayaan. Inilah hakikat kaum dan kebudayaan Malaysia: ada bangsa Melayu dengan kebudayaan dan agamanya, ada bangsa Cina dengan kebudayaan dan kepercayaannya, ada bangsa India dengan kepercayaan dan agama Hindunya, dan ada kaum-kaum lain lagi yang menganut agama Buddha, Kristian, Sikh, animisme dan lain-lain.

Tentu ada juga anggota masyarakat yang atheis dan tak percaya kepada tuhan atau mana-mana agama. Dalam masing-masing bangsa juga ada kumpulan-kumpulan mempunyai keutamaan terhadap falsafah, ideologi, aliran, fahaman dan rukun tertentu yang berbeza daripada anggota masyarakat sebangsanya.

Latarbelakang kemasyarakatan, kepercayaan, dan intelektual yang berbeza ini, diperkuatkan pula dalam beberapa hal oleh jarak atau sempadan alam seperti antara Kelantan dengan Johor, dan Timur Malaysia dengan Semenanjung Malaysia, maka semakin beragam dan pelbagailah nilai-nilai, unsur-unsur dan amalan sosial-budaya di negara persekutuan ini.

Kepelbagaian di atas barangkali jelas ditunjukkan oleh adanya sangat banyak parti politik baik di kalangan Bumiputera, Cina atau India seperti PBS, UMNO, PAS, Keadilan, DAP, MCA, Gerakan, SAPP, MIC , Progresif dan banyak lagi.

Penduduk kita kena menerima hakikat ini, dan hidup dalam kepelbagaian ini, dan situasi yang bernama perpaduan itu adalah satu konsep yang idealis, satu metos, dan bukan kenyataan. Ini fakta kehidupan yang harus kita hadapi dengan objektif dan rasional, dan jangan dikelirukan oleh retorik politik yang tidak berdiri tegak di atas muka bumi yang nyata.

Kalau kita berani menghadapi kenyataan itu, selanjutnya kita harus dengan fikiran yang jelas memahami masalah-masalah dan cabarannya bagi memupuk kehidupan yang sivil, adil, berakal budi dan harmoni. Kita harus sedar dan insaf akan sejarah masa lalu, dan memeta kehidupan bernegara masa depan. Dialog dan perbincangan ini harus terbuka kepada rakyat yang bertanggungjawab, dan bukan diarah , dipaksa, diakta dan diperundangkan sebagai jalan pintas ke depan.

CERITA LUCU DAN ANEH PEMIMPIN UMNO


Tulisan kali ini akan memaparkan kisah-kisah lucu dan pelik yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di negara ini.

Mari kita mulakan dengan gelagat pemimpin UMNO Melaka. Siapa lagi kalau bukan Ketua Menterinya sendiri iaitu Mohd Ali Rustam. Pihak akhbar melaporkan kata-kata Mohd Ali Rustam ketika beliau menjustifikasi pengurniaan gelaran Datuk kepada pelakon Bollywood Shah Rukh Khan setelah aktor tersebut dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka ( DMSM ).

“Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata keputusan mengurniakan gelaran ( Datuk ) telah dicadangkan kepada Yang Di-Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob oleh mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin baru-baru ini. Daim berkata ini adalah cara untuk mempromosi Melaka dan aktor tersebut telah merakam penggambaraan filem di negeri itu beberapa tahun yang lepas.

Berapa adegan filem One 2 Ka 4 telah difilemkan di A Famosa Resort di Alor Gajah pada tahun 2001. Ini, kata Ali Rustam telah mengakibatkan ramai orang melawat Melaka. Gelaran ini diberikan di atas penghargaan kepada perkara tersebut” ( Terjemahan dari laporan akhbar the Star )Lucu dan anehnya cara pemimpin UMNO Melaka ini berfikir .

Hanya kerana ada satu adegan dalam filem Bollywood yang melibatkan Shah Rukh Khan di Melaka maka aktor tersebut layak mendapat gelaran Datuk. Kalau ini hujahnya betullah kata Y.B Lim Kit Siang kenapa tidak beri sahaja gelaran Datuk kepada pelakon Hollywood iaitu Sean Connery dan Catherine Zeta-Jones yang juga ada melakukan adegan di dalam filem Entrapment berlatar belakang Twin Towers di Kuala Lumpur pada tahun 1999.

Kalau inilah taraf pemikiran pemimpin UMNO bagaimana pula agaknya taraf pemikiran ahli-ahli UMNO di peringkat bawah yang telah mencalonkan Mohd Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO ? Apabila melihat cara Ali Rustam memberikan alasan bagi menjustifikasi tindakannya saya teringat alasan bodoh yang diberikan oleh pemimpin Babylon, Namrud yang berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s.

Apabila Nabi Ibrahim berhujah bahawa Tuhan Nabi Ibrahim ( Allah s.w.t ) adalah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan maka Namrud mengatakan kalau itu hujahnya maka beliau juga adalah Tuhan. Lalu Namrud memanggil dua orang maka dibunuh seorang dan dibiarkan seorang lagi hidup ( tidak dibunuh ) .

Lihatlah betapa dangkalnya hujah seorang pemimpin yang jauh dari nur Islam. Maka sebab itulah apabila Nabi Ibrahim mengatakan bahawa Tuhan beliau ( Allah s.w.t ) menerbitkan matahari di sebelah timur, silalah wahai “Tuhan Namrud” benamkan matahari tersebut di sebelah barat !! Maka tercenganglah Namrud yang bodoh dan angkuh tersebut !

Amat malang pemimpin UMNO Melaka ini tidak menyedari ( atau sengaja tidak mahu sedar ) betapa rapuhnya dan tidak betulnya menjadikan Shah Rukh Khan sebagai model yang harus dihargai dan dimanifestasi penghargaan tersebut dengan gelaran Datuk.

Hujah pemimpin UMNO ini hanya berdasarkan prinsip madiyyah ( kebendaan ) semata-mata. Di dalam teori pemikiran , pemikiran sebegini dinamakan pemikiran “hedonistic utilitarianism” –pemikiran yang hanya memikirkan kesenangan duniawi semata-mata.

Sebagai seorang Islam apa yang boleh dan wajar kita hargai dari seorang aktor yang hanya mengaku Islam pada namanya tetapi tidak pada amalan sehariannya. Bukankah aktor tersebut berkhawin dengan seorang gadis yang bukan Islam ( yang bukan tergolong ahlul kitab ) dan melangsungkan perkahwinan tersebut mengikut upacara yang tidak selari dengan Syariat Islam ?

Bukankah banyak filem Bollywood yang menyiarkan lakonan aktor tersebut sering memaparkan adegan-adegan yang tidak sihat dan tidak bermoral yang bukan sahaja betentangan dengan Islam tetapi juga budaya orang-orang timur. Kalau inilah aktor yang harus kita sanjung tunggulah saat kehancuran kamu wahai UMNO !!!

Sekarang kita berpindah pula ke adegan lucu dan pelik yang kedua. Kali ini kita berpindah ke Daerah Gombak di Selangor. Barisan Bertindak Gombak yang dinaungi oleh UMNO telah melancarkan kempen menandatangani sokongan supaya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terus dikekalkan. Turut hadir di dalam pelancaran tersebut ialah Naib Ketua UMNO Bahagian Gombak, Said Anuar Said Ahmad dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor, Mohamad Mustafa Latif.

Penasihatnya, Datuk Ahmad Bujang berkata, ISA yang merupakan asas kepada pembinaan negara serta penting dalam memastikan keamanan tidak sepatutnya dihapuskan."Kami akan pastikan akta ini terus dikekalkan dan dalam tempoh sebulan ini, kami akan dapatkan seberapa banyak tandatangan daripada rakyat Malaysia untuk meraih sokongan supaya akta ini dikekalkan.

Seterusnya, banner dan buku tandatangan ini akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar," katanya selepas melancarkan kempen berkenaan pada majlis hari raya di sini hari ini.

Lihatlah betapa pelik dan anehnya cara pemimpin UMNO berfikir ! Akta yang membenarkan seorang itu ditahan tanpa bicara selama enam puluh hari dan seterusnya penahanan tersebut boleh dilanjutkan tanpa sebarang tempoh masa dengan orang yang ditahan tersebut tidak dibenarkan sama sekali mencabar budibicara Menteri yang memutuskan penahanan tersebut masih mahu terus dikekalkan.

Bukan sahaja para pemimpin UMNO ini gagal membantah kezaliman Akta ini malahan ia mahu ia dikekalkan . Bukan sahaja mereka mahu mengekalkan Akta jahanam tersebut malahan sanggup pula berkempen untuk Akta zalim itu terus kekal. Mengekalkan Akta yang zalim hanya membawa satu makna iaitu kami ( baca pemimpin UMNO ) mahu mengekalkan kezaliman !!!

Mari lihat pula kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang memberitahu bahawa badan itu menerima banyak aduan politik wang sepanjang mesyuarat cawangan parti tersebut baru-baru ini. Katanya, sehingga kini, sebanyak 521 aduan direkodkan di mana 116 telah disiasat, manakala 54 kes pula sedang disiasat yang kebanyakannya kerana politik wang.

Politik wang adalah rasuah. Ia adalah haram di sisi Islam. Pemberi rasuah ( Al-Rashi ) dan Penerima rasuah ( Al-Murtasyi ) akan berada di Neraka seperti mana maksud sebuah hadith Rasulullah s.a.w. .Rasuah juga satu kesalahan di sisi undang-undang .

Kepimpinan pula menurut Islam adalah satu amanah. Ia adalah satu perkara yang besar . Dalam sebuah hadith diriwayatkan antara lain bahawa Imam ( pemimpin ) itu adalah penggembala dan bertanggungjawab di atas gembalaannya. Bagaimanakah mereka yang bersedia untuk menawarkan diri memegang amanah sanggup menggunakan kaedah yang haram ( rasuah ) untuk berjaya memegang amanah tersebut .

Hujah di atas mungkin berharga bagi seorang Islam di dalam parti Islam. Tetapi bagi UMNO ini pula hujah mereka :-Politik wang adalah satu umpan, manakala kepimpinan adalah hadiah yang lumayan. Tidak kisah habis sedikit wang untuk membeli umpan asalkan umpan boleh membawa kepada hadiah yang lumayan. Persetan politik wang itu rasuah yang penting kami ingin menang meskipun menang dengan tidak bermaruah !

Lihatlah meskipun telah kehilangan lima negeri yang mereka kuasai sebelum ini, hubungan intim pemimpin UMNO dengan rasuah tidak pernah berubah baik dulu, kini dan tidak tahu sampai bila !!!.

Wednesday 15 October 2008

KE MANA ARAH EKONOMI KAPITALIS

Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini di bawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah.

Ahli-ahli Dewan Congress Amerika telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion sterling pound untuk tujuan yang sama. Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah di hak miliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown.

Dari mana asal usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini ?Semua ini berpunca dari asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state dan membuka pasaran bebas. Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengenepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila Presiden Nixon memansuhkan Bretton Woods Agreements.

Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengkoyak rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda. Yang menjadi ganti Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika.

Negara-negara kapitalis terutamanya negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika telah di paksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika. Justeru semua jual beli diantara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petrolium wajib menggunakan dolar Amerika.

Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 70’an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang. Rupa-rupa langkah Presiden Nixon itu hanya untuk membeli masa.

Tiga puluh tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.

Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik ‘ telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka resminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan diantara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.

Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel laureate Ekonomi yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.

Justeru peperangan di Iraq dan Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.

Dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah memberi ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah di lupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation ((WTO ) atau atas nasihat Bank Dunia. WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa ganguan.

Dua lembaga ini mengajukan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal. Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan dasar PENSWASTAAN yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.

Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini - ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masaalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank. Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – dua-dua datang sekali harung.

Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh/bangun setiap sepuluh tahun – 1974 – 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini bebeza. Ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi. Ianya lebih dari itu.

Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan (surplus production) malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh. Dalam suasana nilai dolar jatuh, Federal Reserve – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Federal Reserve terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan export utama Amerika. Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia.

Bila dolar melambak maka nilainya semakin merosot. Ini samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941-1945 dahulu. Untuk memastikan dolar terus di terima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar.

Harus dingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana Saddam telah meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai dolar.

Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya – perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh menanam padi hasilnya ialah beras. Perniagaan bentuk baru- tidak membuat apa-apa barangan - ianya hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara.

George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang dari beratus-ratus peniaga bentuk ini. Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai – berjudi/betting. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ianya tidak menghasilkan apa-apa barangan/products. Jenis perniagaan ini muncul hasil dari dasar neoliberalisma. Perniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi. Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan di City of London.

Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’ maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu. Dalam masa kurang lebih 6 bulan krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita.

Di Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku maka banyak pabrik dan kilang akan ditutup. Banyak yang akan hilang pekerjaan. Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.

Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat. Bumi Hijau bermakna kita mengajukan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan.

Apabila zaman meleset sampai kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup. Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan komputer chips kerana ianya bukan potato chips. Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dari dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidal lama lagi.

Tuesday 14 October 2008

NOTA UCAPAN PERBAHASAN DSAI



Keadaan tambah meruncing – membahaskan belanjawan yang tidak realistik· Tidak mampu mengangkat ekonomi dan mengangkat ekonomi yang meruncing· Kegawatan sekarang sudah jauh berbeza· Pasaran kredit hampir lumpuh- Freddie Mac, Fannie Mae, Lehman Brothers, Merill Lynch, AIG·

Bukan lagi isu berkenaan US sahaja, tetapi kesan serius melanda negara kita. Singapura secara relatif mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat daripada kita. Pertumbuhan negatif 2 suku berturut-turut. Mengalami kesan kemelesetan· Harga keperluan melambung, pertumbuhan menguncup· Sarawak dan Sabah – harga jauh lebih tinggi daripada yang dialami di sini· Pakar ekonomi tidak menyanggah:

Frederick Hayek – If man is not to do more harm than good in his efforts to improve the social order, he will have to learn that in this, as in all other fields where essential complexity of an organized kind prevails, he cannot acquire the full knowledge which would make mastery of the events possible. He will therefore have to use what knowledge he can achieve, not to shape the results as the craftsman shapes his handiwork, but rather to cultivate a growth by providing the appropriate environment, in the manner in which the gardener does this for his plants.( The Pretence of Knowledge)· Tanpa kecuali mengatakan bahawa dalam keadaan sekarang – tidak ada ekonomi yang mungkin akan selamat. Justeru itu harus ada pendekatan yang lebih kreatif, yang dapat membendung serangan yang hebat ini·

Joseph Schumpeter mengatakan, Amerika sekarang berdepan dengan akibat tiupan taufan "creative destruction." Lebih sepuluh tahun yang lalu, ketika kita berdepan dengan kegawatan ekonomi, saya juga menyebut bahawa Asia berdepan dengan "the perennial gale of creative destruction" - suatu perkara yang perlu berlaku dalam sistem ekonomi terbuka.·

Creative destruction itu menjadi pedih kerana kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi. Apabila ekonomi kita memasuki tahap baru maka kita perlu melakukan banyak penyesuaian. Kalau kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi struktural maka creative destruction itu akan menjadi pedih dan menyakitkan.· Oleh itu pengurusan ekonomi negara harus telus lebih bertanggungjawab·

Pembaharuan “reform” perlu dibuat; Mengangkut pengurusan yang lebih baik, sistem politik lebih munasabah, persekitaran yang membantu mengangkat pertumbuhan ekonomi.· Mutu pendidikan, harga barang, kesusahan mereka mendapat peluang dan kemudahan yang baik, perbelanjaan – memberi kesan kepada rakyat jelata.·

Lebih dua ribu tahun yang lalu Brutus yang menentang kediktatoran Julius Caeser bertanya kepada orang-orang Romawi:"Who is here is so base that would be a bondman?" - siapakah yang begitu jelik hingga mahu menjadi abdi?· Bagaimana membahaskan bajet sedangkan duit tidak cukup? Harus mengemukakan belanjawan baru.·

Yang tekankan di sini : mendesak menteri kewangan menjawab soalan ini dulu. Semuanya sudah meleset. Tidak mungkin kita membahaskan belanjawan yang fakta dan angka yang sudah tidak relevan. Bergantung kepada minyak. 44% pendapatan bergantung kepada minyak, $125 turun kepada $77dollar setong. Kita mampu membuat perkiraan bahawa pendapatan negara akan merosot· sewaktu harga minyak $135 dolar harga petrol tempatan naik 70 sen. Apabila turun kepada RM2. Tidak pula memberikan kesan penurunan harga barang. ·

Untuk menampung ini, daripada kajian penganalisis kewangan – kerajaan terpaksa mengeluarkan bon baru RM60 bilion· Eropah, Jepun, kita khuatir tidak dapat menampung defisit sebesar itu.

Perbelanjaan harus dirombak dengan segera· CPO (harga minyak sawit mentah)- RM4486. Sekarang, RM1773 Jumaat lepas. Malaysia masih bergantung kepada eksport. 26% eksport kepada AS. Selain daripada AS yang mengimport, 13%, 13.2% Singapura. Sudah mengalami kemelesetan. Tekanan aliran wang keluar meningkat RM125 bilion. 4 bilion keluar pada Bulan Ogos sahaja.·

Menuduh saya mimpi di siang hari – tetapi PM yang tidur di siang hari. Sudah unjuran 4.8% defisit RM34.5 biliono Kalau defisit terlalu membengkak – ia akan mengakibatkan hilang keyakinan atas sistem kita· 2009 – Penurunan defisit kepada 3.6% pada tahun 2009. Ini tidak benar.

Tidak mungkin pakar ekonomi dapat menyelesaikannya· Apakah wajar membahaskan sekarang· Dalam keadaan, apakah fokus belanjawan. Lebih fokus kepada projek mega dan belanjawan berbilion ringgit·

Cadangan baru dalam belanjawan. Keprihatinan rakyat· Kita kesal kerana projek-projek mega yang menelan belanja berbillion ringgit diberikan kepad syarikat-syarikat tertentu tanpa melalui proses tender terbuka. Pada 16 September tahun ini, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed BroadBand) yang bernilai RM11.31bilion diluluskan oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia tanpa proses tender terbuka.·

Akibat tiadanya persaingan negara kita masih jauh tertinggal ke belakang dari sudut penetrasi internet kepada rakyat. Kita jauh tertinggal ke belakang jika dibandingkan dengan Korea Selatan, yang mencatatkan lebih dari 90 peratus isi rumahnya menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi berbanding negara ini hanya 16.6 peratus.

Projek mega terbaru kerajaan barisan nasional ini mensasarkan 50 peratus isi rumah di Malaysia akan menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi hanya pada tahun 2010!· Sudah tentu yang menimbulkan persoalan, selain dari pemberian projek tanpa tender terbuka, ialah kewajaran bagi kerajaan untuk turut sama melabur RM 2.4billion di dalam projek tersebut Pengumuman tersebut dibuat oleh YB Pekan ( Datuk Seri Najib Razak) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Untuk Jalur Lebar, sehari sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru. ·

Satu lagi pembelian besar – scandal· 30 September telah membeli BII 4.2 times dari nilai yang sebenar. Kos pembelian Tahun 2000, Temasek Holding membeli 3 kali ganda. Tentu ada udang di sebalik batu. Sewajarnya lebih rendah – tiada yang menganggap pembelian itu munasabah.

Oktober 2007, Tun Daim Zainudin menjual 11% BII kepada Temasek – nilai BII Oktober 2007 RM4.7 bilion. Maybank membeli dengan nilai RM8 bilion. Banding dengan jual Affin Bank 20% kepada David Lee, Bank of East Asia dengan book value 2 times dalam keadaan ekonomi kukuh, keadaan kepentingan bumiputra dijual dengan mudah dengan harga yang murah. Dalam ekonomi meleset, dijual dengan harga yang begitu tinggi. Inilah kepintaran BN·

Siapa Nominee HSBB & BII – pendedahan baru yang lebih menyedihkan. Keputusan menteri kewangan membeli 12 helipkopter baru. Bedasarkan surat oleh Ketua Bahagian PJ Selatan – Menulis kepada Menteri Kewangan membuat tuduhan yang cukup membimbangkan. Proses penilaian belum selesai, LOI(letter of intent) dikeluarkan. LOI ditandatangani 15 September. Apa yang luar biasa keputusan yang tergesa-gesa menteri kewangan.

Anehnya, dipanggil oleh pasukan bernilai menenai tawaran tersebut. Tetapi pembuat tidak dihubungi sama sekali. Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukut mengaibkan. Sebelum ini pembelian scorpion belum selesai. Kapal salam – kes pembunuhan wanita Mongolia. Ada kaitan dengan pembelian. Tidak ada tender terbuka, Menteri Kewangan akan meminta kementerian lain memberi penjelasan. Tetapi itu bukan cara menyelesaikan.

sumber MSO.

Monday 13 October 2008

SEMUA CALON KETUA PEMUDA CACAT

Dalam gambaran barisan Ketua Pemuda UMNO hari ini cukup membimbangkan kerana calon yang menawarkan diri amat terhad. Dan untuk Pemuda Bahagian membuat pencalonan pun juga terhad jadinya. Setakat ini hanya empat orang yang berani menonjol – Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Mohd Khir Toyo @ Joyo dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sahaja.

Ini menunjukkan Pemuda sedang menghadapi sindrom ketandusan personaliti untuk ke hadapan menonjolkan diri atau yang hendak ditonjolkan. Perkara ini adalah sesuatu yang dianggap malang bagi Pemuda UMNO di zaman ini. Ia berlaku berkemungkinan besar kalangan Pemuda sudah mengecut dan ramai yang jadi pengecut. Tidak terkecuali mereka yang dikecutkan.

Selain calon yang ada hari ini yang menawarkan diri pastinya lebih ramai yang berkelibar tetapi kurang keyakinan diri lantas untuk bahagian dan perwakilan nanti akan membuat pilihan dalam keadaan agak sempit dan serba salah kerana mereka terpaksa memilih itulah sahaja kerat yang ada. Sama ada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Zahidi Zainul Abidin sahaja. Sedangkan keempat-empat orang ini mempunyai masalah tersendiri untuk meraih pencalonan dan kemudiannya undi.

Khairy Jamaluddin yang popular dengan tidak sengaja diberi nama ringkasnya KJ, dikaitkan dengan menantu Perdana Menteri sehingga Mac tahun hadapan. Selepas pemilihan, KJ akan jadi menantu bekas Perdana Menteri. Sejak mula Pak Lah jadi Perdana Menteri, nama KJ dijejeh dengan macam-macam cerita yang lahir dari pereka cerita orang UMNO khasnya yang iri hati KJ mendapat tempat Naib Ketua Pemuda.

Itu pun dia dipilih oleh Pemuda sendiri dan bukan dilantik oleh sesiapa seperti payung terjun. Pada hal, KJ menjadi menantu Pak Lah ketika Pak Lah masih Timbalan Perdana Menteri lagi yang pada masa itu, tidak siapa tahu apakah Pak Lah akan jadi Perdana Menteri lagi. Naib Pemuda itu kemudiannya mendapat kepercayaan ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menyelaraskan banyak perkara menggerakkan pemuda.

Namun, oleh kerana Pak Lah dilantik Perdana Menteri, KJ dilihat berjaya dari segi perniagaan dan karier politiknya hingga menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda Rembau serta dikenali dan tentunya juga berpengaruh, KJ tetap menjadi bahan serangan ramai yang juga terbit dari sifat cemburu dengan peningkatannya yang berusia begitu muda lagi. Itu belum lagi KJ dianugerah bintang kebesaran Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri.

Kemudian diikuti dengan Mohd Khir Toyo yang juga mempunyai buruknya yang tersendiri. Beliau dikatakan telah menyebabkan Barisan Nasional tercemar begitu trajis sekali kerana menggagalkan Negeri Selangor ke tangan pembangkang. Tidak siapa boleh menafikan terlepasnya Selangor berpunca dari diri tingkah laku Khir sendiri.

Tiba-tiba orang Selangor benci dengan Khir kerana sikap Khir semakin lama jadi Menteri Besar, dia semakin bongkak dan memberikan kesan buruk kepada sebuah negeri yang kaya di bawah pimpinannya apabila mengubah wajahnya melalui botok yang didakwanya kerana makan banyak tempe dan memberi penyapu kepada pegawai tinggi dalam kerajaan.

Kalau Khir sanggup beri penyapu sebagai anugerah kepada pegawai tinggi Kerajaan Selangor kononnya mendakwa cara itu cara simbolik memberi pengajaran, bagaimanalah pegawai dan kaki tangan di pejabatnya menerima penangan Khir sebagai ketua. Entah-entah dimaki hamun saban hari agaknya. Ternyata tindakannya yang tersebar dalam media telah membawa sial kepada dirinya dan Selangor.

Kisah kumpul harta dan wang ringgit tak usah ceritalah. Kalau tidak, masakan hidupnya selama jadi Menteri Besar Selangor amat luar biasa. Kerana itulah juga beliau menjadi semakin hari semakin lupa diri dan asal usulnya, semakin sombong, semakin riak dan semakin menunjukkan kuasanya yang secara tidak langsung telah banyak menyalahgunakan kuasa.

Mukhriz pula tidak kurang kekayaannya. Bila mahu bertanding Ketua Pemuda ni baru dia kongsi sebahagian kecil dari kekayaannya menabur umpan pada yang bakal menyokongnya. Nak dikira jasa, Mukhriz belum ada jasa besar lagi dalam UMNO dan pemuda. Menderhaka dengan pemimpin ada. Dialah satu-satunya ahli UMNO yang sebaik sahaja menang Ahli Parlimen Jerlun, terus buat kenyataan meminta Pak Lah letak jawatan. Ternyata itu kerja biadap bagi orang muda mengatakan perkara itu. Kalau ayahnya kata begitu, boleh lagi diterima. Tetapi bukan sepatutnya dari pemimpin muda yang mahu memimpin Pemuda UMNO.

Sekali dia biadap, dia boleh terus biadap kerana kebiadabannya dirasakan mendapat restu terutama ayahnya dan menjemput orang lain turut biadap sama dalam kancah politiknya. Permulaan politik Mukhriz tidak begitu baik untuk dijadikan role model generasi hari ini dan akan datang. Nescaya generasi akan datang akan lebih biadap kepada orang senior yang biadap lebih dulu dari mereka.

Zahidi pula tidak begitu terkenal sebelum beliau menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa pun kalau menawarkan diri untuk jawatan-jawatan penting, gambar dan ungkapannya dipetik media. Maka tidak syaklah beliau baru mula dikenali ramai. Seorang Datuk muda dari Utara, beliau pasti tidak meyakinkan Pemuda untuk menolaknya naik. Jasanya belum pernah dapat dibaca dengan jelas lagi. Perjuangannya samar-samar. Yang jelas, beliau lebih sibuk memperjuangkan dirinya untuk menduduki satu tempat penting dalam parti. Tidak lebih dari itu.

Seluruh Jentera Pemuda Bahagian tahu akan semua kecacatan ini. Oleh yang demikian, apa lagi pilihan pemuda. Tentulah dari empat calon cacat ini, mereka terpaksa memilih seorang daripada mereka. Cuma cara pemikiran dan pertimbangan waras pemuda sahaja yang boleh menentukan siapa calon cacat hendak dipilih. Seorang tiada apa-apa title, iaitu Khairy. Cuma beliau ada YB sahaja. Khir berDatuk Seri bekas YAB. Zahidi ada Datuk.

Sekarang nak pilih YB, Bekas YAB bergelar Datuk Seri atau Datuk sahaja? Kalau pilih yang dah tentu cacat dalam barisan keempat-empat orang ini, Khir Toyo sendiri telah mencacatkan mukanya dengan suntikan tempe dan penyapu. Kalau pilih Khairy, dia kaya dengan umpatan, cemuhan dan mitos akan dijadi perdana menteri termuda di dunia suatu masa nanti. Pilih Mukhriz, akan jadi macam pilih biskut rangup tetapi akan jadi lemau bila Tun Mahathir sudah tiada nanti - pastinya Tun Mahathir tidak akan menongkat langit, tetapi mungkin akan berjalan mengguna tongkat.

Soalnya pemuda harus cari Ketua dari kalangan yang cacat-cacat ini yang mampu berdepan dengan situasi sekarang dan akan datang di mana kita sudah mula diserang oleh kumpulan-kumpulan jahat seperti Hindraf, Sique, Kumpulan Anwar Ibrahim dan generasi muda yang akan merasakan perlu kurang ajar dengan orang yang terdahulu dari mereka supaya nampak hebat, perlu mengganas kalau tidak dapat apa yang mereka mahu, perlu biadap dan gertak apabila menuntut sesuatu.

Siapa yang paling mampu untuk menangani gejala ini semua sambil membentuk generasi akan datang bagaimana persediaan lapisan muda untuk dijadikan benar-benar eset sebagai tiang negara adalah terserah kepada Pemuda Bahagian memilih calon dan memberi undi pada mereka dengan penuh ikhlas dan jujur.

Harap tidak salah kalau dikatakan cacat yang ada pada Khairy masih mempunyai martabat lebih tinggi dari yang lain. Beliau masih muda untuk menjadi pemimpin pemuda. Mempunyai pengalaman dari kedudukannya sekarang sebagai naib ketua pemuda yang dikira berjaya membantu Hishamuddin menguruskan pemuda. Dari situ beliau tentunya sudah dapat melihat jelas apa yang harus dilakukan terhadap generasi sekarang dan akandatang dan apa keperluan-keperluan untuk bekalan mereka. Beliau berkemungkinan besar lebih tahu bagaimana membimbing mereka kembali ke trak yang betul dan membetulkan arah tuju yang lebih jitu.

Kecacatan pada Khir amat terserlah. Dia lebih pentingkan 'make-up' dirinya daripada membimbing pemuda. Kalau dia membimbing, dia akan terbawa-bawa cara mengajar pemuda menggunakan benda-benda simbolik seperti kisah penyapu. Bila Khir jadi ketua, secara simboliknya juga Khir akan 'belasah' pemuda dengan penyapu kerana Khir nampak pemuda macam budak-budak yang boleh diumpan dengan gula-gula sahaja untuk menawan mereka.

Uppppp! Hampir terlupa pula pada Zahidi. Jangan lupakan beliau. Bibit-bibit keberanian beliau sudah dapat dilihat dari sekarang. Di kemaskan sedikit, diberikan tempat membantu ketua, nescaya Zahidi akan jadi pemimpin terpimpin sepertimana Hishamuddin memimpin Khairy sebagai naibnya. Pemimpin yang baik adalah dari kalangan pemimpin yang pernah dipimpin oleh pemimpin terpimpin.

Saturday 11 October 2008

KRISIS HARGA GETAH DIJANGKA CETUS 'KRISIS SOSIAL' DI KALANGAN PEKEBUN

Basiron Abdul Wahab Sat Oct 11, 08 11:04:35 am MYT BANDAR JENGKA, 11 Okt (Hrkh).

Aktivis peneroka, Aris Fizul Ismail menjangkakan krisis harga getah akan mencetuskan 'krisis sosial' di kalangan pekebun kecil khususnya peneroka Felda yang bergantung kepada hasil komoditi itu.

Beliau yang juga aktivis Persatuan Anak Peneroka Se-Malaysia (Anak), menyifatkan krisis harga getah kali adalah yang paling buruk dalam sejarah. Katanya sejak lima tahun lalu harga getah dianggap stabil dan memberi kemewahan kepada masyarakat peneroka tetapi dengan kejatuhan mendadak tanpa dijangka akan memberi kesan sebaliknya.

Katanya, peneroka yang tidak menguasai teknologi maklumat tidak mengetahui harga bahan itu sedang mengalami penurunan, dan mereka yang tidak sempat menjual getah sebelum hari raya mengalami kerugian besar apabila menjualnya selepas berhari raya pada harga yang lebih rendah. "Mereka terkejut kerana tidak menjangka sama sekali harga komoditi itu jatuh begitu cepat menyebabkan mereka mengalami kerugian besar," ujarnya.

Sementara itu seorang peniaga getah, Roslan Mohamad 40, mendakwa beliau turut mengalami kerugian akibat kejatuhan mendadak komoditi itu di pasaran. Ini kerana, sebelum hari raya beliau membeli getah dengan harga melebihi RM4.00 sekilogram, bagaimanapun harga menjunam kepada RM3.65 selepas hari raya menyebabkan beliau mengalami kerugian besar. Roslan berkata, sepanjang melibatkan diri di dalam perniagaan getah, inilah kali pertama krisis harga seperti ini berlaku. "Jika begini nampaknya peniaga dan mereka yang mencari rezeki melalui komoditi ini akan menghadapi laluan sukar," ujarnya.

Sementara itu semakan di Laman Web Risda mendapati harga getah memang turun mendadak. Harga komoditi itu pada 24 September ialah RM4.20 manakala pada 30 September harganya jatuh kepada RM3.97. Pada 3 Oktober pula harga getah menjunam lagi kepada RM 3.91 dan pada 6 Oktober jatuh lagi kepada RM3.63 dan pada 10 Oktober getah jatuh kepada RM2.91 sekilogram.

Adalah dijangka harga komoditi tu akan bertambah jatuh pada hari-hari mendatang. Ini disebabkan krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah - Amerika adalah kuasa ekonomi dunia.

Masalah yang melanda negara-negara terbabit menyebabkan permintaan terhadap komoditi itu berkurangan, mengakibatkan kejatuhan harga. Aris berkata, selain getah, kelapa sawit juga mengalami masalah sama yang pastinya akan memberi kesan besar kepada peneroka yang bergantung kepada kedua-dua komoditi itu. - mns_

Friday 10 October 2008

TINGKAT 4 BERPINDAH TUAN KE DS NAJIB

Artikel ini diperturunkan daripada satu blog. adakah lojik dan betul telahannya. sama-sama kita kaji dan fikirkan dalam kita gembira menolak Abdullah dan berbangga menerima Najib.

Bagi anak-anak muda, bukan sahaja dalam UMNO, malah di seluruh negara, perkembangan inilah yang paling menimbulkan kerunsingan di antara gerak percaturan sekitar peralihan kuasa awal ini. Rancangan melantik mentor Khairy Jamaluddin di Oxford dahulu, yakni Omar Mustapha Ong, sebagai Setiausaha Politik ataupun Penasihat Ekonomi DS Najib di Kementerian Kewangan membawa petanda jelas akan adanya rancangan ini.

Malah Omar Mustapha Ong terlihat sudah pun mengatur langkah membawa ahli tingkat 4 lain masuk ke pejabat baru mereka, walaupun sebelum perlantikan beliau diisytiharkan rasmi lagi! Di antara mereka yang sudah mula disusup masuk adalah 'penasihat media', Hardev Kaur, yang berbau perisik Singapura ala Brendan Pareira.

Bagaimanakah mungkin Omar Mustapha Ong ini berjaya menyelinap masuk ke pejabat DS Najib? Mungkin kerana beliaulah antara ahli Tingkat 4 yang paling licik sekali. Pada masa ahli Tingkat 4 berebut-rebut mencari tenggek di pejabat Pak Lah, Omar dengan sabar memohon tempat di sisi DS Najib, dengan bantuan teman-temannya Abdul Razak Baginda dan Rohana Tan Sri Mahmood. Dengan cara tersebut, beliau berjaya mendapatkan label 'orang Najib'.

Namun hubungan Omar dengan Tingkat 4 tidak dapat disembunyikan, memandangkan beliaulah bekas ketua kumpulan ini sejak masa di Universiti lagi. Omarlah yang menjadi 'Tok Guru' KJ di Oxford sebagai senior beliau sehingga KJ diberi kepercayaan menjadi penyunting majalah Ethos edaran kumpulan pelajar Malaysia elitis tersebut di England.

Sempena nama majalah inilah Omar kemudian menamakan syarikat pakar perunding beliau, Ethos Consulting, yang ditubuhkan bersama rakan akrab beliau Datuk Zaki Zahid, yakni agen utama KJ di Tingkat 4 Pak Lah. Ternyata sepanjang zaman Pak Lah berkuasa, Ethos Consulting merupakan pakar perunding projek kerajaan yang paling digemari, terlibat dengan pelbagai kegagalan Pak Lah, termasuklah koridor-koridor dan peranapan industri otomotif negara.

Pembaca yang ingin tahu bolehlah melawat sendiri pejabat syarikat Omar Mustapha Ong yang kini bernama Ethos & Co, di bangunan TSH Group, syarikat berkait dengan Datuk Kalimullah Hassan. Menarik sekali, bangunan TSH ini juga menempatkan pejabat Koridor Utara atau NCER, pimpinan orang setia Pak Lah dan penghubungnya dengan Tan Sri Vincent Tan, Datuk Anuar Zaini. Ia juga merupakan pejabat Tune Money yang dipimpin Tengku Zafrul al-Avenue Capital.