Monday 23 February 2009

PEMIMPIN VS RAKYAT

1. Diawal merdeka, rakyat masih kurang ilmunya, rata ratanya masih tidak berpeluang menimba ilmu yang sewajarnya. Pada ketika itu, rakyat perlukan pemimpin yang boleh memimpin. Kalau pemimpin kata 'putih', maka 'putih'lah pada rakyat.

2. Setelah lebih 50 tahun merdeka, rakyat telah cerdik berilmu, sumber maklumat sangat banyak, rakyat telah sedikit sebanyak berkebolehan untuk menilai.

3. Kesannya apabila rakyat telah berilmu ialah mereka tidak boleh dipaksa samada secara langsung atau tidak untuk menerima sesuatu keputusan pemimpin.

4. Rakyat tidak lagi bergantung kepada pemimpin untuk membimbing mereka, kerana mereka logiknya telah boleh berdikari dalam berfikir.

5. Apabila ilmu dan maklumat ini telah merakyat, maka rakyat lebih berkehendakkan pemimpin yang jujur, setidak tidaknya pun nampak jujur. Keperluan pemimpin sebegini diingini rakyat melebihi kebolehan lain. Pemimpin dianggap sekadar 'mereka yang menjalankan amanah rakyat' sahaja. Bahasa yang lebih mudah ialah 'pencacai' rakyat.

6. Ini yang nampaknya gagal difahami pemimpin ataupun mereka sengaja tidak mahu faham kerana bidang politik telah dianggap sebagai kerjaya yang tiada bezanya dengan kerjaya kerjaya yang lain. Apatah lagi dengan persepsi yang mengangap bidang politik merupakan lubuk mengaut kekayaan.

7. Sebagai rakyat biasa, terimalah realiti kehidupan, kita tidak perlu terlalu terkejut dengan pendekatan politik terkini dan apa yang sedang berlaku. Dengan 'bertafakur', melihat apa yang sedang berlaku, mungkin sedikit sebanyak dapat memudahkan lena kita, disamping memanjat doa kepadaNya agar diberi petunjuk.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan.
Para pemimpin kita barangkali masih lagi merasakan bahawa pemikiran rakyat kita ni setaraf dengan mereka yang tinggal dalam pondok atas-atas pokok kayu. Kenapa?. Sebab masih banyak lagi alasan-alasan dan ulasan yang diberikan oleh Menteri dan pemimpin parti politik dalam sesuatu isu bertaraf tadika.. Malu saya pada anak-anak saya yang berani komen hal-hal ni.. Tapi apa kita nak buat..

Dalam isu PPSMI pun menteri buat dak jer... Kalau nak improve BI pun bukan cara tu, banyak cara lain lagi... Keberkesanan PPSMI tu buat survey baik-baik, tengok pencapaian keseluruhan subjek Sains dan Metamatik tu.. Memanglah BI sendiri tu ada improvement tapi Sains dan matematik secara keseluruhan kiokk. Tapi seperti biasa apa kita boleh buat...

donmny said...

TUAN Ibnu Zaim

betul... kita pun kabur fungsi pemimpin dan kepemimpinan itu sendiri