Tuesday, 17 February 2009

PILIHLAH KHIR TOYO

1. Telah selesai mengadap 'HUJAH' ditv9 tadi.

2. Pada saya Khir Toyo telah berjaya menjelaskan visi dan misinya sebagai bakal ketua pemuda. Rasanya elok peluang diberikan kepada beliau. Semoga bangun jatuhnya dalam politik sebelum ini, bakal mengajarnya untuk menjadi pemimpin yang tidak hanya mendongak kelangit tetapi juga menunduk kebawah.

3. Sayangnya Khairi gagal menggunakan kelebihannya berhujah dengan sebaik-baiknya. Aset tersebut sepatutnya digunakan sepenuh penuhnya. Nampaknya kurang persediaan. Khairi juga rasanya tidak sewajarnya membuka gelanggang secara terbuka bagi perwakilan memilihnya. Sedikit 'paksaan' kepada bakal perwakilan rasanya perlu.

4. Mukhriz, biasa-biasa sahaja. Harap sangat supaya beliau tidak terpilih. Sebagai pemimpin beliau sewajarnya ada ciri 'luar biasa'. Maaf cakap, sebagai pemuda, malu rasanya kalau beliau terpilih sebagai ketuanya.

5. Elok rasanya Ketua Pemuda dipegang Khir Toyo yang lebih berpengalaman dan dibantu oleh Khairi tenaga muda dibelakangnya. Kemudiaanya dibantu pula Mukhriz yang ada ciri-ciri pendesak itu sebagai exconya. Barulah 'kapal' pemuda UMNO dapat belayar dengan elok dan pantas rasanya.

6. Juga tahniah kepada pengerusi majlis yang pada saya cukup cemerlang (A+++). Berjaya membuat 'provokasi' bagi melihat sejauh mana bakal ketua pemuda UMNO menyerap situasi tersebut.

7. Kepada perwakilan yang bakal mengundi, jangan salah pilih; ketua pemuda merupakan bayangan awal kepimpinan masa depan.

8. Ingat tu... (kenapalah saya bukan perwakilan).

6 comments:

akusayangumno said...

Dengan Liabilti yang ada pada kj terhadap UMNO, maka kj bukanlah pilihan yang wajar...

Tetapi khir toyo sendiri ada masaalah yang berat diselangor. Betul dia pandai bercakap, tetapi bebannya juga adalah besar.

Memilih Mukhriz pada saya adalah tepat kerana visinya juga jelas dan dia begitu berjaya sehingga kini mengetuai Biro antrabangsa dan Aman Malaysia, walaupun tujuan asal kj adalah untuk memencilkan mukhriz melalui biro ini, manakala Mukhriz juga ada potensi yang kalau digilap akan membanggakan Pemuda dan UMNO.

Khir toyo dulupun sapa yang kenal kalau tak diangkat keatas. Siapa yang mengangkat??

TDMpun bukannay pemidato yang hebat, tetapi setiap kata-kata beliau ringkas dan padat. Ciri-ciri itu ada juga pada Dato' Mukhriz....

Maaflah, kerana kita berlainan citarasa tetapi satu tujuan....

Malaysian Makcik said...

tiga-tiga ada record... yikes!

donmny said...

TUAN Akusayangumno

1. Sebenarnya saya kecewa pada Khairy yang tidak menggunakan kebolehannya berhujah yang saya kira sangat baik. Saya suka bila beliau berhujah tentang masa depan dan generasi baru pemuda. Sayangnya semalam, ianya entah kemana. Ini menggambarkan beliau tidak 'serius'.

2. Saya melihat potensi Khairy sangat besar sebagai pemimpin masa depan. Agak sukar untuk melihat manusia muda yang sebegitu dalam umno sekarang.

3. Masalahnya, Khairy belum teruji jatuh bangunnya lagi.

4. Melihat keadaan itu eloklah kiranya 'transit'kan jawatan ini kepada Khir Toyo dulu.

5. Mukhriz, minta maaf, hati ini belum terbuka lagi.

donmny said...

Malaysian Makcik

....tidak ada rotan, akarpun jadilah.

Jai said...

Salam Tuan Don.
Saya sangat bersetuju dengan ulasan tuan dan memang perkara seperti inilah yang saya bincang dengan kekawan. Cuma ada sikit bezanya, iaitu zaman Dr Khir Toyo dah berlalu, hujan dah turun baru nak sediakan payong... Khir tak perlu katakan TDM pernah kalah, Pak Lah tewas pada Naib President dan Nabi pun tewas pada perang Uhud... Itu betul juga untuk merationalkan alasan dia..

Saya nak tanya satu jer: Tsunami politik landa Penang, Perak, Kedah, Selangor, Wilayah dan Kelantan sudah tentu... TAPI KENAPA tak kena Terengganu, Perlis, Johor.. Nak tahu sebabnya?.. Sebab pengerusi perhubungan dia kerja keras, bersemangat dan bersedia menghadapi krisis dan pembangkang.. Selangor bukan isu nasional jer, dia created isu pulok... hehhee

syaza. said...

boleh. akan di link ke blog saya juga ye. :)

mmg hujah semalam sgt menarikk. rasanya bagi pendapat saya, khir toyo pandai bercakap berbanding yg lain. mungkin sbb lebih berpengalaman