Umno dan kepemimpinannya. Siapa dalangnya yang menyebabkan parti berusia lebih 50 tahun itu makin mereput. Pandangan bahawa ianya makin mereput tidak boleh dipandang sepi. Faktor pengukuhnya dilihat dalam pilihanraya Kuala Trengganu lalu. Analisa menunjukkan sokongan golongan muda sangat kurang terhadap umno. Tanpa golongan muda yang merupakan kelangsungan masa depan makanya proses pereputan tentunya bakal menjadi kenyataan tanpa ragu ragu lagi.
Ramai mengatakan masalah umno adalah disebabkan pemimpinnya. Untuk menyelesaikan masalah tersebut maka cantaslah pemimpin yang dilihat bermasalah itu. Maka masalah umno pun selesai. Saya kurang gemar atas pendapat sebegitu.
Memang betul masalah umno adalah dimenifestasikan dari kepemimpinan pemimpinnya. Itu merupakan satu proses yang dilalui oleh semua parti dan bukannya umno sahaja. Parti parti lain pun akan diihat dan dinilai rakyat melalui kepemimpinan pemimpinnya. Tetapi kenapa hasilnya berbeza.
Pada saya masalah umno adalah disebabkan SISTEM yang diamalkan yang telah mendarah daging dalam umno dari dahulu lagi. SISTEM yang dimaksudkan adalah sistem yang membolehkan seseorang ahli umno tersebut mendaki hieraki kepimpinannya sehinggalah ketahap tertinggi.
Pemimpin yang ada hari ini bakal melalui proses yang sama kecualilah seorang dua golongan bangsawannya yang telah dibidan terjunkan.
Kita bayangkan proses mendaki dalam umno ini ibarat naik tangga. Mereka yang ada diatas akan pijak tangga yang paling bawah dulu untuk mendakinya.......Disinilah dilihat punca yang BESAR dan UTAMA kepada masalah umno hari ini.
Pada tahap untuk mendaki tangga pertama ini dilihat umno telah membuat kesilapan yang cukup besar, KENAPA;
1. Cerdik pandai melayu dihalang aktif dalam kepemimpinannya. Boleh dikatakan melayu paling bijak lulusan universiti akan menyertai kerajaan. Tetapi melayu yang paling cerdik ini dihalang aktif dalam kepemimpinan umno. Sepatutnya insentif dan galakan yang cukup kuat di beri supaya mereka aktif.
2. Kakitangan kerajaan yang ingin aktif dalam politik kena letak jawatan. Polisi yang mewajibkan mereka menterbalikkan periuk nasi sendiri demi berkhidmat kepada umno. Bayang anda ditempatnya, apa pilihan anda.
3. Mereka yang pandai bercakap tetapi kurang cerdik lebih dipentingkan daripada mereka yang agak kurang pandai bercakap tetapi bijak. Sepatutnya faktor pendidikan dan kelulusan dipentingkan.
4. Agihan projek melalui jawatankuasa kampung. Polisi ini menjadikan politik di kampung kampung sangat meruncing. Persaingan menjadi perkara biasa demi mengejar jawatan yang akhirnya diberi projek ini. Jaguh jaguh kampung yang tidak bekerja akan bertungkus lumus mengejar jawatan ini dengan apa cara sekalipun. Bayangkan mereka inilah yang akan menjadi pemimpin besar nanti.
5. Usaha mendekatkan golongan muda kedalam umno yang tidak dilakukan dengan teliti. Faktor sokongan golongan muda yang lemah kerana tiadanya faktor 'ummph...'. Fikirkan, jangan meyalahkan golongan muda yang sifatnya memberontak dan mahukan kesegaran yang baru.
6. Dan lain lain lagi. Masalahnya harus dilihat dan dihalusi pada peringkat asas ini.
Pemimpin umno yang ada hari ini adalah hasil daripada SISTEM ini. Dilihat masalah kepemimpinan bukan sahaja diperingkat tertinggi tetapi disemua peringkat termasuk bahagian, cawangan, kampung dan sebagainya. Selamilah dengan jujur, tanpanya jangan cuba menafikan yang umno itu sedang mereput menjadi sejarah.
3 comments:
Betul kata tuan bahawa sistem yang digunakan yang menyebabkan UMNO jadi seperti sekarang. Saya setuju jika masalahnya hanya terhenti setakat itu. Namun apabila pemimpin tidak ada daya usaha untuk mengubah sistem itu, dan kekal dengan status quo yang ada sedangkan ia tahu dari sistem itulah segalanya berakar umbi pemimpin itu juga menjadi masalah kepada UMNO.
betul laa tuu apa yang di cakap oleh tuan-tuan semua ... cuma sekarang kita perlu cari root cause kenapa rakyat lari dan tidak menyokong umno...... Guna kaedah Ishikawa dari Jepun, tackle 20% dan dapat selesaikan 80%... umno dah kesuntukan masa, jgn tunggu nazak baru nak cari penawar..
CIKGU BASHID
Entahlah....apa kesudahan akhirnya. semoga ada hikmah atas aturanNya itu.
Post a Comment