Apa yang berlaku dalam politik terkini di Perak sangat pantas. 'Klimak'nya telah pun sampai, mungkin selepas ini apa yang bakal berlaku makin menurun grafnya.
Dirasakan persepsi rakyat makin cerah lagi bersuluh, yang terang lagi menderang, yang kabur telah jelas lagi menjelaskan.
Setakat 11 bulan Nizar menjadi MB Perak, beliau berjaya mengubah persepsi yang sangat ditakuti rakyat terutamanya bukan melayu sekiranya orang PAS menjadi pemerentah. PAS pada pandangan bukan melayu hanya tahu tentang hudud dan potong tangan.
Melalui Nizar, mungkin DAP sendiri tidak percaya itulah pimpinan dari seorang PAS. Saya tidak mahu bercakap panjang apa yang Nizar telah buat.
Sebelum ini sokongan bukan melayu terhadap PAS bukan kerana mereka menyukai PAS sepenuhnya, tetapi lebih kepada rasa ketidakpuasan terhadap BN. Sekiranya BN berjaya meredakan ketidakpuasan tersebut saya percaya undi bukan melayu tidak mustahil akan kembali kepada BN.
Selepas apa yang berlaku hari ini, saya percaya sokongan bukan melayu terhadap PAS adalah tulin. Nizar telah berjaya dengan jayanya menggambarkan bahawa itulah pimpinan seorang PAS walaupun terhadap bukan Islam.
Sebelum ini cerita cerita tentang Nik Aziz di Kelantan memang didengari oleh bukan melayu dari orang bukan melayu Kelantan. Ianya positif. Tetapi Nik Aziz hanya membawa imej pimpinan PAS yang baik untuk semua rakyat, dilihat jujur. Cerita tersebut sebenarnya belum menyemarak sepenuhnya kerana bukan melayu hanyalah minoriti di Kelantan, sebaliknya di Perak.
Nizar terserlah dengan imej seorang profesional PAS, berkelulusan, boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua bangsa, jujur, ditambahkan lagi dengan kebolehannya bercakap dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dengan baik.
Sukar rasanya untuk mencari pemimpin yang ada pakej seperti ini dalam PAS, hatta dalam UMNO sekalipun, apatah lagi dalam parti parti lain.
Peristiwa hari ini sebenarnya merupakan kemenangan moral yang sangat besar bagi PR amnya dan PAS khususnya dalam jangka panjang. PR pun dilihat ragu ragu, apakah undi bukan melayu akan terus bersamanya dalam PRU akan datang.
Dengan peristiwa ini saya yakin sokongan bukan melayu terhadap PAS akan makin jelas dan besar. Percayalah. Kecualilah ada persitiwa besar lain yang bakal merubah persepsi tersebut berjaya dilakukan BN. Tetapi berdasarkan senario mutakhir ini rasanya sukar untuk BN lakukan.
Orang bukan melayu terutama Cina menjadi kecewa terhadap DAP dengan tindakan adun Jelapangnya. DAP yang sebelum ini dilihat tegar dengan prinsip yang diperjuangnya telah dinafikan dengan tindakan ini. Orang cina pun menjadi tenggelam punca dengan tindakan adun ini. Merekapun terkeliru, apa yang sebenarnya berlaku. Tidak mustahil, melalui peristiwa ini orang cina akan lebih percaya PAS dari DAP selepas ini.
Sesungguhnya peristiwa hari ini akan memberikan kesan dan gambaran yang lebih jelas akan keputusan PRU akan datang.
Bersedialah PAS untuk hari itu bagi memikul tanggungjawab yang besar yang mereka pun mungkin tak terjangka. PAS bukan saja perlu dengan imej jujurnya tetapi juga penting dengan imej bijak, berkarisma, berkaliber, selayaknya sebagai pimpinan sebuah negara.
Percayalah.
12 comments:
yolah.. mana nak citer pasal hudud kalau kiri kanan diapit ngeh & nga yang jadi penekan remote control nizar. bagi aku pas kalah teruk kat perak sebab jadi boneka saja. Bagi aku nizar tiada apa nak pas banggakan. Lebih baik Azizan di Kedah yang takbir negeri dengan baik tanpa pengaruh sesiapa!
Takbir!!
Banyak pengajaran yang dapat bila UMNO TAK DAK TELOQ rampas Perak.
Antaranya Anuar Ibrahim tok sah dok rebut nak letak calun banyak2 tempah hinggakan posmen cabuk pun ambil jadi calon. Jika tak calon, bagi aja kat PAS.
DAP pula kena faham, jangan cuba dok usik orang Melayu dan Istana. Jangan juga dok sibuk soal hudud. Ini soal orang Islam.
Lastly, pimpinan PAS ambillah peluang ini untuk menjadi peneraju. Anuar Ibrahim tak boleh pakai lah. Kelam kabut tak tentu hala.
Saya rasa satu analisis yg baik. Nizar telah membuktikan bahawa PAS adanya yg progresif dan mampu membawa perubahan yg diperlukan.
MB Nizar telah mentadbir Perak dgn begitu mengkagumkan. Dgn YB Ngeh, beliau disokong ke kiri dan kanan. Saya orang cina pun sokong kerajaan walaupun ada kisah tentang Hudud dan semua itu.
Cuma PR buat malu ada yg kurang moral sampai nak lompat kepada BN yg ditentang mereka sekian lama. Sleep with the Enemy inilah katanya. Kena bakar masih nak main api.
Kita harus berkompromi demi membawa perubahan di Malaysia.
Nak kata Nizar boneka Ngeh adalah propaganda BN dan hanya mereka yg sokong mempercayai nya
TUAN Mesin Taip Buruk
Tentulah tak sama,
Nizar janggutnya masih hitam, Azizan misainya telah putih.
ANON
Betul tu.
Semua kena muhasabah, lebih lebih lagi lepas ni kat Sabah pulak.
TUAN CT Hanmin
'Kita anak semua bangsa', kata Pramoedya Ananta Toer
Akm...masa anuar nak kononya 'menjemput' MP BN untuk tubuhkan kerajaan baru-tidak pula dikatakan sebagai perbuatan yang tidak demokratik, malahan dipuji pula kerana kononnya BN perlu ditumbangkan. Rakyat lagi memberi mandat kepada BN untuk memerintah jadi kenapa perlu adanya proses menumbangkan kerajaan BN.
Salam Tuan.
Satu artikal yang amat baik dan cukup rational yang pernah saya jumpa dalam blog. Saya amat bersetuju dgn pendapat tuan, kini cabaran yang amat tinggi menanti BN/umno untuk menarik kembali kepercayaan bukan melayu dari PAS.
Rata-rata bukan melayu amat senang dengan pendekatan yang di bawa oleh DS Nizar dan ada kekawan saya bukan melayu dari Perak yang mengatakan DS Nizar adalah jelmaan Dato' Nik Aziz. Tengok contoh lain spt CT Hanmin juga memberikan pendapat yang hampir sama. Dengan perkembangan yang positif ini, sudah tentu kerajaan yang memerintah akan menjaga kebajikan rakyat tanpa menyakitkan hati mana-mana kaum. Semua rakyat beroleh keuntongan hasil dari mainan politik yang baik ini. Oh alangkah indahnya harapanku, Malaysia..
Dunia semakin canggih dan bermaklumat. Rakyat mendapat sumber dari pelbagai alternatif, jadi, media yang keterlaluan condong kesatu arah saja tidak akan kemana, mereka lebih gemar media yang menjana pemikiran yang kreatif. Rakyat zaman ciber ini sudah matang berpolitik. Langkah tuan ini amat baik. Keep up a good job sir.
TUAN MnasBes
Kita bertuah menjadi warga Malaysia. Sedang dipertontonkan dengan drama politik yang hebat.
Marilah kita belajar dan menpelajari dari sesuatu itu
TUAM Sam
Percayalah, 'benih yang baik akan tumbuh dengan baik juga'. InsyaAllah.
salam tuan..
Pkr xley pakai..... PAS kene Kuat... YB nizar ni bkn xbgus... bagus..
aku bangga dengan pencapaian Nizar setakat ni..dia berjaya menjadi contoh kpd golongan muda utk tidak bersyukur..bak kata pepatah "menolong buaya yg kesepitan, sudah terlepas digigit pula"...faham2 je la k..semua org dah tahu Nizar ni jenis apa..
Allah SWT dah tentukan qada dan qadar dgn tarik balik kuasa yg diberi pada nizar selama 11 bulan tempoh percubaan..Knp jadi mcm ni?..apa yg nizar buat untuk ISLAM?..mana tanah untuk sekolah agama yg dia nak kasi tu?..senyap je..Kita tgk sape yg kena di bukit gantang nanti!..sabar ye..Allah dah tentukan qada dan qadar setiap hamba2-Nya..
Post a Comment