Wednesday 25 February 2009

PAS VS DAP

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya.

Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.

Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.

Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar.

Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan.

Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam.

Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak.

Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.

Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan.

Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar.

Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita.

Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India.

Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

Penceritaan pengalaman oleh Misbahul Munir, Setiausaha politik DS Nizar DISINI

Monday 23 February 2009

PEMIMPIN VS RAKYAT

1. Diawal merdeka, rakyat masih kurang ilmunya, rata ratanya masih tidak berpeluang menimba ilmu yang sewajarnya. Pada ketika itu, rakyat perlukan pemimpin yang boleh memimpin. Kalau pemimpin kata 'putih', maka 'putih'lah pada rakyat.

2. Setelah lebih 50 tahun merdeka, rakyat telah cerdik berilmu, sumber maklumat sangat banyak, rakyat telah sedikit sebanyak berkebolehan untuk menilai.

3. Kesannya apabila rakyat telah berilmu ialah mereka tidak boleh dipaksa samada secara langsung atau tidak untuk menerima sesuatu keputusan pemimpin.

4. Rakyat tidak lagi bergantung kepada pemimpin untuk membimbing mereka, kerana mereka logiknya telah boleh berdikari dalam berfikir.

5. Apabila ilmu dan maklumat ini telah merakyat, maka rakyat lebih berkehendakkan pemimpin yang jujur, setidak tidaknya pun nampak jujur. Keperluan pemimpin sebegini diingini rakyat melebihi kebolehan lain. Pemimpin dianggap sekadar 'mereka yang menjalankan amanah rakyat' sahaja. Bahasa yang lebih mudah ialah 'pencacai' rakyat.

6. Ini yang nampaknya gagal difahami pemimpin ataupun mereka sengaja tidak mahu faham kerana bidang politik telah dianggap sebagai kerjaya yang tiada bezanya dengan kerjaya kerjaya yang lain. Apatah lagi dengan persepsi yang mengangap bidang politik merupakan lubuk mengaut kekayaan.

7. Sebagai rakyat biasa, terimalah realiti kehidupan, kita tidak perlu terlalu terkejut dengan pendekatan politik terkini dan apa yang sedang berlaku. Dengan 'bertafakur', melihat apa yang sedang berlaku, mungkin sedikit sebanyak dapat memudahkan lena kita, disamping memanjat doa kepadaNya agar diberi petunjuk.

Thursday 19 February 2009

KAPITALISMA VS SOSIALISMA

Kelihatan masih ramai warga Malaysia yang masih belum sedar bahawa satu tiupan sangkakala ekonomi akan sampai tidak lama lagi. Dunia TIDAK menghadapi krisis ekonomi. Adalah salah untuk mengatakan apa yang berlaku ini sebagai krisis ekonomi. Krisis yang berlaku sekarang adalah KRISIS KAPITALISMA.

Umur dan nasib kapitalisma telah sampai ke hujung. Sila lihat majalah Newsweek terbaru dalam pasaran : WE ARE ALL SOCIALIST NOW - KITA SEMUA ADALAH SOSIALIS SEKARANG.

Ini adalah hakikat ekonomi dunia hari ini yang tidak dapat menyelamatkan sistem ekonomi kapitalis melainkan menggunakan kaedah sistem ekonomi sosialis.

Sosialisma ada sistem ekonomi yang berkiblatkan keuntungan ramai. Kapitalisma ada sistem ekonomi yang berkiblat keuntungan kaum pemodal dan para cukong.

Berjuta warga di Eropah telah kehilangan kerja. Hampir ke semua bank di Amerika telah jatuh muflis. Russian sedang tenat. Seramai 26 juta kaum buruh di Tanah Besar China telah kehilangan kerja.

Dubai, Kuwait, Saudi Arabia yang dulunya melimpah ruah dengan duit dolar minyak kini sedang mengalami kekecutan ekonomi.

Justeru semakin banyak negara sedang mengambil pendekatan ekonomi sistem sosialis walau pun enggan mengakuinya. Nama tidak penting. Yang penting ialah mentalkinkan kapitalisma.

Ciri-ciri sistem ekonomi sosialis:-

-Memilik negarakan harta dan punca-punca ekonomi yang stratejik.
-Bank di milik negarakan.
-Punca punca ekonomi seperti air, api, lombong arang batu, telaga minyak dirakyatkan.
-Kerajaan mengelurkan dana/modal untuk mula menjalankan perancangan ekonomi yang terancang.
-Mentalkinkan dan mengawal pasaran bebas.

Ciri-ciri ini sedang berjalan sekarang.

Dalam masa yang sama apabila krisis melimpah – bahaya perang akan juga sampai. Sila perhatikan bagaimana perang di Afghanistan kini sedang melimpah ke Pakistan.

Warga Malaysia wajib berwaspada. Pesta Pink Form telah tamat. Pesta sub con akan berakhir. Pesta cari projek akan berkurangan.

Kita wajib kembali ke bumi. Siapa bekerja siapa makan. Siapa ke laut dia dapat ikan. Siapa ke sawah dia dapat padi. Siapa pilihara ayam dia dapat telor. Siapa tidak bekerja dia pelesit zaman.

Jangan jadi dedalu makan atas angin. Jangan jadi parasit.Jangan jadi pijat siang malam hisap darah.

oleh Hishamudin Rais DISINI

Tuesday 17 February 2009

PILIHLAH KHIR TOYO

1. Telah selesai mengadap 'HUJAH' ditv9 tadi.

2. Pada saya Khir Toyo telah berjaya menjelaskan visi dan misinya sebagai bakal ketua pemuda. Rasanya elok peluang diberikan kepada beliau. Semoga bangun jatuhnya dalam politik sebelum ini, bakal mengajarnya untuk menjadi pemimpin yang tidak hanya mendongak kelangit tetapi juga menunduk kebawah.

3. Sayangnya Khairi gagal menggunakan kelebihannya berhujah dengan sebaik-baiknya. Aset tersebut sepatutnya digunakan sepenuh penuhnya. Nampaknya kurang persediaan. Khairi juga rasanya tidak sewajarnya membuka gelanggang secara terbuka bagi perwakilan memilihnya. Sedikit 'paksaan' kepada bakal perwakilan rasanya perlu.

4. Mukhriz, biasa-biasa sahaja. Harap sangat supaya beliau tidak terpilih. Sebagai pemimpin beliau sewajarnya ada ciri 'luar biasa'. Maaf cakap, sebagai pemuda, malu rasanya kalau beliau terpilih sebagai ketuanya.

5. Elok rasanya Ketua Pemuda dipegang Khir Toyo yang lebih berpengalaman dan dibantu oleh Khairi tenaga muda dibelakangnya. Kemudiaanya dibantu pula Mukhriz yang ada ciri-ciri pendesak itu sebagai exconya. Barulah 'kapal' pemuda UMNO dapat belayar dengan elok dan pantas rasanya.

6. Juga tahniah kepada pengerusi majlis yang pada saya cukup cemerlang (A+++). Berjaya membuat 'provokasi' bagi melihat sejauh mana bakal ketua pemuda UMNO menyerap situasi tersebut.

7. Kepada perwakilan yang bakal mengundi, jangan salah pilih; ketua pemuda merupakan bayangan awal kepimpinan masa depan.

8. Ingat tu... (kenapalah saya bukan perwakilan).

Monday 16 February 2009

MAI BUKIT SELAMBAU BUANG 'SPEK' HITAM

Tadi masa dok 'pekena' teh tarik dengan kawan kawan, kami pun bersembang sehinggalah masuk cerita pilihanraya, khususnya bagi kawasan Bukit Selambau. Kebetulan salah seorang dari kami berasal dari kawasan tersebut.

"Aku menyampah betuoi kalau tengok orang politik masuk kampung pakai cermin mata hitam, lebih lebih lagi yang besaq macam tapak tangan"'

Aku pun saja tanya,

"Pasai pa nak menyampah pulak, mungkin dia takut cahaya matahari kut, maklumlah dia selalu duduk dalam 'air cond".

Dia kata lagi,

"Tu la, tak 'reti' bahasa, kata nak menjiwai rakyat, cuba hang bayangkan depa mai dok berkempen dekat Bukit Selambau, masuk dalam kebun getah, felda, kampung kampung, pakai 'spek' hitam macamtu, alasan takut kena cahaya matahari la konon".

"hang cuba bayangkan", dia tambah lagi,

"orang kampung yang dia pi dok kempen tu tak takut cahaya matahari pun, jangan kata pakai 'spek' hitam, depa tu kadang kadang pakai kain saja, baju pun tak pakai, yang pemimpin kita takut sangat cahaya matahari ni pasai pa pulak, aku menyampah sungguh".

Bila balik rumah sambil baring baring terfikir nak 'posting' pasal cermin mata hitam ni. Memang pun menyampah sungguh tengok pemimpin kita pakai 'spek hitam' apatah lagi bila masuk kampung kampung. Nampak janggal sesangat.

Sesekali nampak pemimpin bercermin mata hitam ni macam ejen KGB nak tangkap orang kampung je, bukan macam nak kempen.

Sesekali nampak macam 'ultraman' dalam cerita budak budak tiap tiap petang kat tv je, apatah lagi kalau cermin mata tersebut yang besar seperti kata kawan saya yang sebesar tapak tangan.

Bagi pemimpin yang nak mai berkempen di Bukit Selambau ni, fikir fikir kanlah perkara ini yang mungkin remeh sahaja, tapi kawan saya tadi dah menyampah, saya pun begitu, apakata yang lain. Kalau yang menyampah lebih ramai dari yang suka macamana.

Jangan pula pasai 'spek mata' hitam ini undi boleh berubah arah, lebih lebih lagi di Bukit Selambau yang ramai pengundinya memang dah 'tak berapa cerah'.

Sunday 15 February 2009

CALON BUKIT SELAMBAU - INDIA MUSLIM


Komposisi pengundi bagi kawasan Bukit Selambau ini seperti yang termaklum adalah seperti berikut:
Melayu 50.2%,
India 29.5%,
cina 19.3% dan
kaum-kaum lain 1%.
Berdasarkan pecahan pengundi ini, rasanya mana mana parti yang mencalonkan tokoh daripada golongan india muslim adalah sangat sangat berpotensi untuk menang.
Rasionalnya, boleh difikirkan sendiri....... Apa pandangan anda?

Saturday 14 February 2009

BUKIT GANTANG, SIAPA PANGLIMANYA?

Sebelum kita berkampung beramai ramai di Bukit Gantang, eloklah kiranya kita mengenali asal usul panglimanya.

Namun begitu, terdapatnya 'versi' lain berhubung dengan panglima ini yang tidak diajar disekolah. Molek rasanya bila kita berkampung disana nanti kita menghalusi persoalan ini untuk faedah anak cucu kita.

"Berikutan dari pengunduran itu terjadi pula perang Siam-Thai 1821-1839 yang diketuai oleh cucu Khalifah Shariff, iaitu Syed Alang Alaudin yang mendapat gelaran Panglima Bukit Gantang kerana mempertahankan kedaulatan sebuah Empayar Islam Benua Siam-Kedah bagi menghalang kemaraan tentera jutmajut kafir buddha Thai. Peranan itu kemudiannya diambil oleh Long Jaafar anaknya sebelum berjaya dibunuh oleh puak-puak Thai dibantu oleh puak-puak Freemason dan agennya seorang Siam yang menjadi Melayu iaitu Sir. SAH KCMG. "

Makumat lanjutnya DISINI

"The initiative of the Perak state government in preserving this name through naming schools, streets and buildings further helps to maintain its historical heritage. However, civil society today does not really know the origin of this historical name in Perak. Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin or Nai Lang, the Raja Siam of Songkhala is the first holder to this title. He is also the Bendahara, next in line to the Raja of Ligor throne. Ban Nai Lang in Thailand today is named after him. "

Maklumat lanjutnya DISINI
"Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang ialah Raja Siam Songkhla merangkap Bendahara Empayar Islam Benua Siam Kedah pada tahun 1821. Menurut Undang-Undang Kedah jawatan Bendahara pada zaman dahulu adalah setaraf dengan jawatan Raja Muda. Sebelum pada itu pada tahun 1801, Paduka Seri Sultan Syed Alang Alauddin, Panglima Bukit Gantang @ Nai Lang pernah bersemayam di Istana Kota Bukit Gantang, Perak Darul Ridzuan. Pada zaman dahulu wilayah ini adalah sebahagian dari wilayah Kedah. Nai Lang Sultan Syed Alang Alauddin ialah anakanda kepada Raja Kamboja Cempakasari iaitu Pho Chan Koya Long bergelar Sultan Mudzafar Syah III Kedah".

Maklumat lanjutnya DISINI

SEMOGA ADA FAEDAH, SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN DEMANG LEBAR DAUN HENDAKNYA.


Wednesday 11 February 2009

APA SEBENARNYA?


ADUN Changkat Jering tidak dimasukkan ke HKL - Pengarah

KUALA LUMPUR: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.

"Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL," katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

Menurut Norliza, abangnya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin.

Bagaimanapun, Norliza gagal menunjukkan sijil cuti sakit dengan mendakwa abangnya berada di bawah pengawasan doktor.

Majistret Sharmila Abdul Samad mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohd Osman selepas Norliza memberitahu mahkamah bahawa abangnya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung. BERNAMA
Rujuk disini dan disini untuk maklumat berkaitan.

Monday 9 February 2009

NIZAR CALON P59 PARLIMEN BUKIT GANTANG

Pilihanraya lagi. ..... Siapa bakal calon PAS bagi menggantikan Allahyarham Ruslan Shahrum bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang. Parlimen ini mempunyai tiga kawasan DUN, Kuala Sepetang dimenangi oleh DAP, Changkat Jering, Mohd Othman Jailu (bekas PKR) dan Terong, Rosli Husin dari BN. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen berkenaan sebanyak 55,471 dengan Melayu 63.48%, Cina 26.77%, India 9.71%, lain-lain 0.04%.

Blog ini tanpa ragu ragu lagi mencadangkan dengan sepenuh hati, tulus ikhlas, harap sesangat supaya DATO SERI NIZAR JAMALUDIN sebagai calonnya. Berikut biodata beliau seperti yang termaklum;

YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin (Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)
Biodata :-
Date of Birth : 17 March 1957
Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin

Education :-
Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.
University :- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.

Professional Career :-
Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant

Politics :-
Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008
Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)

Community Activity :-
Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak)
Coordinator of BERSIH Perak
Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak)

Language Proficiency :-
Malay- English- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)- Arabic

State Assembly :-
State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :-
Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

Family :-
Wife : Datin Seri Hajah Fatimah bt. Taat
Children : 5 boys, 3 girls
Semoga kebolehannya dapat digandingkan bersama dengan DS Anwar di peringkat Parlimen pula demi kebaikan semua. Sila baca disini

Saturday 7 February 2009

WARKAH BUAT MB KEDAH


YANG DIMULIAKAN TUAN MB

1. 'Politik adalah perniagaan'.

2. Fauzi Muda mendakwa tahun lepas beliau ditawarkan 50 juta.

3. Exco tuan, Adun Bukit Selambau, V Arumugam khabarnya telah dirisik dengan ghairahnya untuk dikahwinkan segera dengan BN tanpa perlu dipinang lagi. Tentu nilainya lebih 50 juta, mengambilkira peminangan Fauzi Muda dahulu, barang belum naik harga.

4. Apakata semua exco Kedah letak jawatan masuk BN. Seorang 50 juta. Kalau 10 orang dah dapat 500 juta. Lepas tu istihar masuk PR pula. Perintah Kedah balik.

5. Jumlah 500 juta dapat belanja negeri 2 tahun. Tak susah susah nak sibuk sibuk pening kepala nak 'pikiaq' potong balak.

6. UMNO bijak, PR kena la lagi bijak. Bijak putar belit yang membelit.... Ambik contoh Ezam, dengan berfikir diluar kotak, beliau berjaya dengan jaya sejaya jayanya melalui projek Peraknya.
7. Amacam, mustahil...... dalam politik Malaysia apa yang nak dimustahilkan. Belum cuba belum tahu.

8. Lupa.... tolong rahsiakan perkara ini dulu, lepas Selangor kena serang nanti baru guna 'modus operandi' ini.

Thursday 5 February 2009

PAS MENANG BESAR DI PERAK

Apa yang berlaku dalam politik terkini di Perak sangat pantas. 'Klimak'nya telah pun sampai, mungkin selepas ini apa yang bakal berlaku makin menurun grafnya.

Dirasakan persepsi rakyat makin cerah lagi bersuluh, yang terang lagi menderang, yang kabur telah jelas lagi menjelaskan.

Setakat 11 bulan Nizar menjadi MB Perak, beliau berjaya mengubah persepsi yang sangat ditakuti rakyat terutamanya bukan melayu sekiranya orang PAS menjadi pemerentah. PAS pada pandangan bukan melayu hanya tahu tentang hudud dan potong tangan.

Melalui Nizar, mungkin DAP sendiri tidak percaya itulah pimpinan dari seorang PAS. Saya tidak mahu bercakap panjang apa yang Nizar telah buat.

Sebelum ini sokongan bukan melayu terhadap PAS bukan kerana mereka menyukai PAS sepenuhnya, tetapi lebih kepada rasa ketidakpuasan terhadap BN. Sekiranya BN berjaya meredakan ketidakpuasan tersebut saya percaya undi bukan melayu tidak mustahil akan kembali kepada BN.

Selepas apa yang berlaku hari ini, saya percaya sokongan bukan melayu terhadap PAS adalah tulin. Nizar telah berjaya dengan jayanya menggambarkan bahawa itulah pimpinan seorang PAS walaupun terhadap bukan Islam.

Sebelum ini cerita cerita tentang Nik Aziz di Kelantan memang didengari oleh bukan melayu dari orang bukan melayu Kelantan. Ianya positif. Tetapi Nik Aziz hanya membawa imej pimpinan PAS yang baik untuk semua rakyat, dilihat jujur. Cerita tersebut sebenarnya belum menyemarak sepenuhnya kerana bukan melayu hanyalah minoriti di Kelantan, sebaliknya di Perak.

Nizar terserlah dengan imej seorang profesional PAS, berkelulusan, boleh berkomunikasi dengan baik dengan semua bangsa, jujur, ditambahkan lagi dengan kebolehannya bercakap dalam bahasa Inggeris dan Mandarin dengan baik.

Sukar rasanya untuk mencari pemimpin yang ada pakej seperti ini dalam PAS, hatta dalam UMNO sekalipun, apatah lagi dalam parti parti lain.

Peristiwa hari ini sebenarnya merupakan kemenangan moral yang sangat besar bagi PR amnya dan PAS khususnya dalam jangka panjang. PR pun dilihat ragu ragu, apakah undi bukan melayu akan terus bersamanya dalam PRU akan datang.

Dengan peristiwa ini saya yakin sokongan bukan melayu terhadap PAS akan makin jelas dan besar. Percayalah. Kecualilah ada persitiwa besar lain yang bakal merubah persepsi tersebut berjaya dilakukan BN. Tetapi berdasarkan senario mutakhir ini rasanya sukar untuk BN lakukan.

Orang bukan melayu terutama Cina menjadi kecewa terhadap DAP dengan tindakan adun Jelapangnya. DAP yang sebelum ini dilihat tegar dengan prinsip yang diperjuangnya telah dinafikan dengan tindakan ini. Orang cina pun menjadi tenggelam punca dengan tindakan adun ini. Merekapun terkeliru, apa yang sebenarnya berlaku. Tidak mustahil, melalui peristiwa ini orang cina akan lebih percaya PAS dari DAP selepas ini.

Sesungguhnya peristiwa hari ini akan memberikan kesan dan gambaran yang lebih jelas akan keputusan PRU akan datang.

Bersedialah PAS untuk hari itu bagi memikul tanggungjawab yang besar yang mereka pun mungkin tak terjangka. PAS bukan saja perlu dengan imej jujurnya tetapi juga penting dengan imej bijak, berkarisma, berkaliber, selayaknya sebagai pimpinan sebuah negara.

Percayalah.

Tuesday 3 February 2009

USTAZ AZIZAN VS KEDAH

Tak ada ceta apa pun. Hari ni Nobisha dalam blognya 'ceta' pasal Kedah dan MBnya. Dia orang Kedah, dia kata MBnya 'cenge'. Betul ke......... Saja 'copy and paste' balik, komen saya dalam blognya berhubung dengan isu tersebut sebagai rujukan.

TUAN

Saya orang Kedah, rumah lepas tol Alor Setar utara, 100 meter dari rumah Utz Azizan. Nak mengadu dekat dia, tuan kata dia cenge, pikiaq pikiaq balik mengadu dekat tuan la. Harap sangat sangat tuan dapat ulas dan kupas pasal perkara ni. Bukan paksa, tapi harap sangat sangat.

PERTAMAnya pasal SAMPAH

La ni orang dah pakat dok bersembang pasal PAS tak kutip sampah. Kita kata keja kutip sampah bukan keja PAS tapi keja MBAS. Depa kata betuoi la keja MBAS tapi pasal pa PAS tak bagi tau dekat MBAS. Depa kata lagi PAS duk di bawah MBAS ka, atau MBAS duk bawah PAS.

Betuoi juga depa kata tu. Bukan betuoi jugak, betuoi sungguh.

Rakyat bukan peduli pun pasal ekonomi ka, pentadbiran ka, kalau depa dengaq, depa angguk belum tentu depa paham. Depa tak kisah, janji benda elok...... Tapi bila sampah tak kutip, lebih teruk dari dulu, tak kan depa nak kata PAS ok, UMNO tak ok berkait dengan sampah ni.

Jangan main main pasal sampah ni, dia merupakan penilaian oleh rakyat secara langsung dan jelas. Budak sekolah pun nampak masalah ni..... Takut takut isu ni jadi duri dalam daging PRU akan datang. Kita dok pulun pasal benda lain yang kita anggap besar, tapi kita lupa pasal isu sampah yang kita anggap kecik.

KEDUAnya pasal KUARI TANAH DEKAT GUNUNG JERAI

Saya sungguh sungguh sensitif pasal alam sekitar, habag betuoi. Kalau pi mandi dekat Gunung Jerai pun saya bawa plastik sampah banyak banyak, semua suku sakat yang ikut saya suruh kutip sampah dulu sebelum mandi. Saya tak faham orang kita boleh mandi dengan sampah keliling depa.

Balik pasal kuari.... bila lalu dekat Gunung Jerai dibahagian hujungnya dekat simpang nak pi Tanjung Dawai terpampang didepan mata kuari tanah. Heran sungguh macamana depa lulus kuari ni.

Sedangkan Gunung Jerai merupakan nadi pelancongan kepada tanah besar Kedah. makin lama kuari ni makin besar, ibarat gigi yang kena makan ulat. Hodoh sungguh. Berserabut kita tengok.

Kalau mana mana calon nak bertanding pilihanraya kawasan ni, dan berjanji nak tutup kuari ni, saya sokong dan saya sponser setakat mampu. Sungguh. Saya tak peduli parti apa pun.

Tolongla, tutup kuari ni.... Tak kan kita tak faham, keliling Gunung Jerai merupakan kawasan air terjun dan kawasan bersejarah. Saya tak mau cakap lebih lebih. Tolongla tutup... Saya jadi makin tak 'berasa' nak lalu kawasan tu.

KETIGA pasal BALAK.

Walaupun ni cerita lama, saya nak cakap pi la. Kenapa balak kita tak berazam untuk haramkan terus. Utz Azizan kata dia nak tebang juga kalau tak dak duit. Ya la kita kata dia ugut saja, tapi kalau tak dak duit jugak, saya nampak dia tebang sungguh.

Utz Azizan kata, tak tebang balak nak makan apa. Bila dia kata macam tu saya rasa bersalah pulak pasai sokong PAS. Sebab pa, sebab PAS 2 x 5 dengan UMNO. UMNO tebang balak, PAS pun tebang balak. Nak beza sikit pun mungkin sapa tebang banyak, sapa tebang tak banyak.

Saya nak cadang pi la, depa nak dengaq tak mau dengaq depa punya pasai, janji depa baca... Apa kata hutan ni kita jadikan 'hutan angkat' kepada syarikat korporat.

Katala kita nak 200 juta, kita cari 200 syarikat, satu syarikat 1 juta. Syarikat ni kita bagi guna semua kemudahan milikan negeri seperti stadium, hotel dll secara 'free' ataupun macamana kita sama sama pikiaq.

Ni contoh saja, banyak lagi kita boleh buat, dari dok pikiaq siang malam nak potong balak je. Kalaula Utz Azizan boleh buat perkara ni barulah hebat sungguh. Sungguh, barula nampak PAS cerdik, UMNO tak berapa cerdik. Setakat la ni nampak lebih kurang saja.

Kerajaan persekutuan pun KENAPA tak haramkan terus pembalakan.

Memang nampak mustahil kerana kita nampak macamtu. Tapi pernah dak kita terpikiaq nak balak hutan ni sampai bila. Tak kan nak tunggu habis kot. Ianya merupakan produk pelancongan yang negara lain tak dak. Kena pikiaq tu.

Ada lagi ni, tapi tak pa la.

Baguih Utz Azizan cenge, tapi kena bertempat. Biaq kita cenge lepas dengaq pendapat, takut kita cenge bila orang nak mula bagi pendapat. Kita 'off' awai awai lagi. Lama lama orang cemuih. Kita dok syok sendiri kata pentadbiran kita baguih.

Walau apapun setakat ni nampaknya Kedah Ok lagi, tak tau la esok esoknya KO pula. Yang penting setakat hari ni kita nampak depa jujur, tu yang penting.

http://nobisha.blogspot.com/2009/02/menteri-besar-kedah-yang-cenge.html