Sunday 22 March 2009

DR ASRI: ORANG POLITIK! BERBALOIKAH SEMUA INI

Atas sebab yang tidak dapat dipastikan, pihak Mingguan Malaysia tidak menyiarkan artikel Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada minggu ini yang bertajuk:

Orang Politik! Berbaloikah Ini Semua.

Artikel ini sebenarnya mustahak dibaca terutama menjelang pemilihan dalam perhimpunan agong UMNO kali ini. Dinasihati para pemimpin UMNO dan perwakilan membaca artikel ini sebelum meneruskan perjuangan atau membuat pemilihan mereka.

Pihak DRMAZA.COM amat berdukacita kerana artikel ini tidak dapat dibaca melalui Mingguan Malaysia, maka dengan itu mereka yang melayari internet tidak memperolehinya. Pohon jasa baik pembaca mengedarkan artikel tersebut.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan.
Kadang-kadang nak cakap salah, tak cakap rasa bersalah pulak. Artikal dari Dr Asri sangat bagus dan berterus terang sesuai untuk semua orang yang mencari berita-berita untuk di nilai bersama. Tapi biasalah kita di Malaysia ni, mentaliti kelas ketiga yang tidak suka mendengar benda-benda yang berbeza dengan fahaman sendiri. Mingguan Malaysia ingat sekarang ni rakyat kita masih mendiami pondok atas pokok-pokok kayu lagi dimana berita boleh di sorok, dan hanya menyajikan berita yang seronok dan gembirakan pihak berkepentingan saja. Itu sebablah sekarang rakyat dah kurang beli akhbar perdana kerana mereka dah bosan dengan berita yang sehala.

Pandangan saya, artikal oleh Dr Asri ni patut di bincangkan dan dinilaikan bersama untuk diambil yang baik dan yang buruk tu jadikan sempadan. Beri pilehan pada rakyat untuk buat tafsiran. Dunia semakin maju tapi tahap pemikiran kita rupanya masih di takuk 60an lagi. Maaf sekadar pandangan ikhlas.

Anonymous said...

Begitu juga dengan saya apabila yang benar itu disorok atas kepentingan sesetengah yang masih ingin ditutup kebodohan yang tidak boleh dipertikaikan...
saya tidaklah berpelajaran tinggi dan masih menuntut di Ikbn Rembau..kebanyakanya orang akan memandang rendah kebolehan penuntut disini..saya pernah mengadukan surat kepada KBS tentang pembelajaran di Ikbn yang masih berada ditahap yang lemah(atas angin) tidak seperti ikrar aku janji yang mana pegajar akan melaksanakan segara tugasan untuk berbakti kepada negara anak-anak didik yang suatu hari akan memjadi penunggak negara pada masa hadapan...pada akar umbinya sudah berada tahap yang teruk bagaimana pulak pengurusanya dipuncaknya...aduan itu bagai lenyap seperti artikal seperti yang DR Asri ingin celikan mata masyarakat yang masih dihalang rintangan...bagaimana hendak berubah jika macam ini???...fikir-fikirkanlah....