Monday 16 March 2009

PETIKAN PIDATO PPSMI - DATO' A SAMAD SAID

1. Ketika saya berteleku di hadapan Kaabah musim Haji yang lalu, tiba-tiba air mata saya mencurah keluar apabila mengenangkan diri saya. Lalu saya yakini:
“Manusia yang paling bernilai di sisi Allah SWT ialah manusia yang benar-benar jujur terhadap dirinya, ikhlas, bertanggung jawab.”

2. “Saya menulis bermula dengan Salina, kisah dunia pelacur yang kotor dan jijik dan berakhir dengan menulis puisi panjang Al Amin, kisah seorang hamba bernama Muhamad yang sangat agung.”

3. "Memang wang bukan segala-galanya bagi saya. Walaupun di dunia memerlukan wang, tapi saya tetap berkehendakkan maruah mertabatkan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik itu dilaksanakan segera disekolah-sekolah sebagai keutamaan mutlak daripada wang.

4. "Walaupun kedua-dua belah mata saya pedih, tapi saya rasa "enak dan puas" kerana dapat bersama mempertahankan untuk memansuhkan segera PPSMI itu,"

5. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"

6. "Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,"

7. "Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,"

8. "Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkan bahasa saya."

9. "Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah / ceramahlah dalam bahasa Inggeris,"

Petikan dari pidato tentang PPSMI, di Dewan INSPIN Masjid Sultanah Alor Setar pada 16 Mac 2009 jam 10-30 pagi.

No comments: