Thursday, 5 March 2009

PPSMI, APAKAH PERSOALAN SEBENARNYA?


Rasanya persoalan disini ialah memartabatkan bahasa melayu. PPSMI merupakan duri dalam daging yang boleh menjejaskan niat dan cita cita ini dalam jangka panjang. Saya mengharap sesangat ianya dihapuskan, biarpun perit keputusan ini.

Apakah nilai kepada seorang rakyat yang boleh berbahasa melayu. Berdasarkan situasi sekarang, rakyat terutamanya bukan melayu melihat berkebolehan berbahasa melayu bukanlah satu keperluan yang total dan wajib dipelajari. Ini kerana ianya bukan satu keperluan terutamanya dalam dunia pekerjaan.

Ianya sekadar untuk bualan di kedai kopi tetapi tidak dibilik mesyuarat. Setakat kempen pemerentah untuk memartabatkannya belum cukup tetapi perlukan tindakkan 'memaksa' semua rakyat menguasainya.

Disinilah dilihat penguatkuasaan 'paksaan' oleh pemerentah secara tidak langsung sangat sangat perlu bagi menjayakan usaha memartabatkan bahasa melayu. Contoh yang sangat jelas ialah dengan mewajibkan semua dokumen, mesyuarat, perbincangan dan sebagainya dalam bahasa melayu, mencakupi segala bidang. Kaedahnya boleh diperhalusi kemudian. Sekarang ini, kesungguhan kerajaan dalam hal ini sangat lemah.

Rakyat, terutamanya orang melayu menjadi serba salah. Lemah berbahasa inggeris akan bermasalah dalam dunia pekerjaan. Lemah berbahasa melayu akan dikatakan hilang jatidiri.

Tidak semua rakyat boleh menguasai kedua dua bahasa tersebut dengan baik. Fitrahnya mesti ada satu yang 'dominen' dan lainnya sebagai sokongan.

Saya kurang bersetuju ada pendapat mengatakan di Jepun, Indon, Thailand menggunakan bahasa ibunda masing masing, mereka boleh maju dengan sendirinya, dan rasionalnya boleh digunapakai dinegara kita. Dinegara kita persoalannya lebih daripada itu.

Persoalan di negara kita sangat berbeza kerana terdapatnya dua bangsa yang utama dan mereka bersaing secara tidak langsung dalam semua perkara. Kemahiran berbahasa menggambarkan kemajuan bangsa mencakupi segala hal.

Risikonya adalah pada orang melayu. Mereka yang lemah berbahasa Inggeris akan menghadapi masalah dalam dunia pekerjaan terutamanya.

Apa pilihan yang orang melayu ada selain terpaksa memperkasakan bahasa Inggeris mereka dan tentunya bahasa melayunya ditahap biasa biasa dan akhirnya di'makan' oleh bahasa Inggeris.

Hayatilah bahasa melayu yang digunapakai oleh golongan muda hari ini, sangat merisaukan. Hendak dikatakan bahasa melayu pun tidak, bahasa Inggeris pun tidak.

Disinilah peranan pemerentah sangat penting untuk 'MEMAKSA' rakyat dengan keperluan berbahasa melayu melalui contoh dan kaedah yang telah dinyatakan.

Melaluinya bangsa lain terpaksa berlumba lumba menguasai bahasa melayu kerana ianya menjadi keperluan. Tanpanya mereka akan menghadapi kesukaran dalam dunia pekerjaan. Realiti sekarang sebaliknya yang memberi 'kredit' kepada bangsa lain dan tekanan kepada bangsa melayu.

Bayangkan ahli parlimen yang tidak mahir berbahasa melayu berhujah diparlimen. Keadaan ini memaksa mereka melihat bahasa melayu sebagai keperluan dan wajib dipelajari. Begitulah juga sepatutnya yang dilakukan oleh kerajaan dalam 'sektor' lain.

Realiti dilihat kini, yang betul betul memperjuangkan bahasa melayu adalah golongan pembantu rumah warga Indon. Mereka sendiripun tidak tahu rasanya. Tak percaya, cuba cubalah perhalusinya.

6 comments:

wak-labu said...

Yang wak hairan, mengapa semasa ianya hendak dilaksanakan semua tikus2 ini diam membisu seribu bahasa?
wak-labu

donmny said...

Tn WAK LABU

....masa tu ada kucing besar dok tunggu kot. la ni kucing tu tak dak dah

Pyanhabib said...

tikus membaiki bahasa, hah ha!

Sam said...

Hahahahaa... Betul apa yang tuan-tuan kata tuu... Inilah realiti puak-puak kita ni.. Depan bos semua kata ok walaupun masuk parit dan longkang, hatta terjun dalam najis sekali pun. Bila bos dah kiok, mula lah kata bos tu sewel la, nyanyok la, biol la.. hahaha.. wawawaaaaaaaaaaa..

Ibnu Zaim said...

Elee.. Orang politik & Pegawai mereka semua sama, kaki bodek dan kaki pulon.... Jangan mare sebab itu yang rakyat tengok dan saksi sendiri. Masa perkenal PPSMI tu diorang ni tukang lobi & tukang syarah tanpa pikir panjang dan kaji masak-masak. Biasanya kalau ada bantahan baru nak buat kajian tapi kenapa dengan PPSMI ini degil sangat nak batalkan atau buat pindaan. Ada apa-apa ker... hehehe

Anonymous said...

tahukah anda, tangga gaji anak2 melayu lebih rendah (terlalu berbeza) berbanding kaum lain di sektor swasta disebabkan kelebihan bahasa walaupun mereka mempunyai kelayakan akademik yang sama!... kesian anak-anak muda bangsa kita! (bahasa di sini bukan bermaksud BI, tapi kerana bahasa ibunda mereka. Jika sekalipun dapat berbahasa china, entah ya @ tidak boleh mendapat tangga gaji seperti anak2 bangsa lainnya! fikir-fikirkan...

Berbalik kepada PPSMI, ini bukan atas pandang politik, tetapi idea ini sebenarnya sampah!. seharusnya BI harus dipelajari untuk menguasai melalui pertambahan masa untuk subjek BI contohnya. Bukan melalui subjek Sains dan Matematik!.. yang akibatnya, pelajar yang lemah berbahasa inggeris akan terus ketinggalan dalam kedua-dua subjek, bahkan BI itu sendiri sebenarnya. Terdapat pelbagai lagi cara untuk mempertingkatkan penguasan BI dan PPSMI bukanlah penyelesaian yang sebaiknya! Tanya pakar dan rumus kaedah terbaik. Bukan belasah semata hingga anak bangsa ini yang akan menjadi korban polulis golongan politik yang tak pernah ikhlas untuk bangsanya.

- PEMERHATI BEBAS