Monday 2 March 2009

REMAJA RUNSING

Saya cuba perpanjangkan kerisauan seorang remaja dalam ruangan kaunseling Harian Metro hari ini, dan adakah ia juga merupakan kerisauan remaja, orang dewasa dan seluruh manusia lain di bumi Malaysia?

Saya berumur 22 tahun. Setiap hari, ada saja berita mengenai senario politik di Malaysia. Ada yang dituduh rasuah, kes saman menyaman dan salah guna kuasa.

Saya sangat sedih kerana sepatutnya pemimpin menunjukkan contoh teladan yang baik. Tetapi apa yang sebaliknya berlaku, merekalah yang memporak perandakan negara.

Jika ini berterusan, apakah yang akan berlaku kepada orang muda seperti saya? Kami sepatutnya mendapat tunjuk ajar. Tetapi sebaliknya, banyak perkara buruk berlaku.

Saya sering kali berasa jengkel dengan politik Malaysia.

No comments: