Tuesday, 3 March 2009

KERAJAAN PERPADUAN


Berserabut dengan politik negara. Sampai otak yang sememangnya tak berapa rajin ni pun, segan dah nak proses pasal politik lagi. Tak larat dan menyampah, bak kata orang utara 'cemuih tak tau nak habaq'. ...di bawah ni aku 'copy and paste' tulisan Khalid Samat yang otak aku kata ianya idea yang baik.

Kita baru-baru ini dikejutkan oleh cadangan DS Presiden PAS supaya difikirkan penyelesaian melalui ‘Unity Government’ atau Kerajaan Perpaduan. Oleh kerana konsep Kerajaan Perpaduan ini adalah satu konsep yang baru, maka ramai yang tidak begitu jelas dengan apa yang dimaksudkan.

Ada yang menganggap ianya sebagai pergabungan di antara PAS dan UMNO atau PAS dan BN. Walaubagaimanapun, apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR.

Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa.

Cadangan ini dikemukakan hasil dari suasana politik yang semakin tegang dan kegawatan ekonomi yang sedang menimpa. DS Presiden khuatir persengketaan politik yang sedang dialami sekarang ini, disebabkan persaingan yang begitu sengit di antara PR dan BN akan menyebabkan ketegangan semakin meruncing sehingga menjerumuskan negara ini ke dalam suatu suasana yang tidak terkawal.

Politik perkauman berserta pendekatan pihak berkuasa secara kuku besi akan menyebabkan pertelagahan yang tiada kesudahan sehingga masalah kegawatan ekonomi tidak terurus. Ini akan menyebabkan semua pihak, bukan sekadar parti-parti politik tetapi juga rakyat jelata mengalami kerugian yang amat besar.

Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi.

Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN. Untuk cadangan ini berjaya, semua pihak yang terlibat mesti sanggup mementingkan negara lebih dari kepentingan parti atau diri sendiri.

Secara umumnya ia satu cadangan yang baik, sekiranya syarat-syarat ini dapat dipenuhi. Malangnya BN masih lagi istiqamah dengan budaya politik pergelutan kekayaannya dan adalah amat sukar untuk saya membayangkan BN akan bersetuju.

Mereka tidak mungkin sanggup berkongsi kuasa dengan PR sedangkan mereka masih menganggap mereka mampu kekal berkuasa sepenuhnya secara bersendirian. Kedua, mereka tidak pernah mampu meletakan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan diri dan parti mereka. Lihat sahaja rompakan kuasa yang mereka lakukan di Perak.

Ketiga, mereka juga menyedari bahawa sekiranya mereka membenarkan PR memerintah bersama, PR akan tambah berpengaruh dan semakin diterima rakyat. Pendedahan rakyat kepada kemampuan PR akan menyebabkan kuasa akan hilang dari genggaman mereka sedikit demi sedikit.

Walaupun idea ini merupakan penyelesaian yang paling ‘ideal’ untuk Negara kita buat ketika ini, di mana kita boleh elak daripada satu suasana persengketaan yang mampu memusnahkan segala-galanya, tetapi pepatah Melayu ada berkata ‘Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi’.

Namun, kita boleh mencadangkan dan kita lihat bersama. Mana tahu, mungkin mereka juga sudah serik dengan suasana ini dan akan membuang jenis pemimpin yang mementingkan diri. Tanpa pemimpin yang sebegini mereka akan mula menyedari betapa baiknya cadangan ini.

1 comment:

Ibnu Zaim said...

SAlam Tuan.

Saya sangat setuju atas cadangan ini sekira benar-benar akan berlaku.. TAPI saya berpendapat hampir mustahil perkara ini akan berlaku sebab PR kata buat apa lagi nak kerajaan perpaduan... We are the next goverment... hehehee