Saturday 15 November 2008

KOMEN PASAL KUOTA TANAH KEDAH

Berikut merupakan komen saya dalam blog Nobisa. bila baca baca balik, elok juga saya 'copy' dan 'paste' disini sebagai rujukan.

TUAN

1. adakah pernah kajian yang teliti dibuat bahawa melayu tidak mampu memenuhi kuota 30% apatah lagi 50%.

2. isu di sini ialah pemaju yang menguruskan proses penjualan rumah. apabila pembeli melayu ingin membeli rumah, pemaju mengatakan kuota melayu telah habis. apabila tempoh tawaran telah tamat pemaju pun melaporkan kepada kerajaan bahawa kuota melayu tidak ada pembeli dan dibuka kepada orang lain.

3. sepatutnya kerajaan negeri menguruskan penjualan kuota melayu bersama dengan pemaju. barulah situasi sebenar dapat diketahui.

4. kenapa tanah rezab melayu yang dibangunkan, tidak menghadapi masalah pembeli. bukankah semua pembelinya melayu.

5. untuk pengetahuan pihak tuan saya ambil contoh dua kawasan 'elit' baru yang wujud. taman mutiara dialor setar, kesemuanya orang melayu. djitra disekitar padang golf darulaman heights, majoritinya melayu. kenapa melayu mampu beli, jawapannya kerana pemajunya 'melayu'.

6. jika kuota 30% melayu dan 70% bukan melayu. situasi ini tidak mendorong orang melayu membeli rumah disitu kerana faktor anjing terutamanya yang akan mendominasi kawasan tersebut. tentu ini juga pertimbangan tuan bila membeli rumah.

7. bukankah kuota sekurang kurangnya 50% melayu ini merupakan usaha yang murni bagi memalaysiakan bangsa malaysia. tidak akan ada lagi kawasan yang dikatakan kawasan cina dan sebagainya suatu hari nanti.

8. saya bercakap disini atas pengalaman saya berurusan dengan satu pemaju yang menjual rumah 'free hold'. situasinya seperti dinyatakan diatas. ....berbeza pula apabila saya berurusan dengan pemaju bukan melayu yang menguruskan rezab melayu, layanan mereka sangat baik sedangkan harganya sama.

9. saya kecewa apabila bangsa kita sendiri percaya bahawa kita tidak mampu, sedangkan pendapat tersebut merupakan tanggapan yang belum dibuat kajian mendalam.

10. untuk pengetahuan tuan saya merupakan peniaga yang mempunyai beberapa rangkaian. pejabat utama saya terletak disatu kawasan deretan kedai yang kesemuanya melayu. dan kawasan ini menjadi kebanggaan orang melayu alor setar. ini membuktikan bahawa orang kita boleh memilikinya kerana pemajunya melayu.

11. satu lagi yang menyebabkan pemaju berat hati menjual kuota melayu adalah kerana diskaun yang terpaksa diberi. sebagai peniaga lebih baik mereka menjualnya pada harga penuh.

12. satu lagi yang menyebabkan orang melayu tidak mahu membeli kuota melayu baik kedai mahupun rumah ialah kerana kedudukannya yang tersorok dan tidak strategik. tak percaya pergi intai intai dekat pemaju.

13. dalam situasi yang berlaku ini saya langsung tidak menyalahkan orang bukan melayu jelasnya orang cina. boleh dikatakan 100% pembekal saya adalah orang cina dan mereka banyak membantu dari segala segi.....apa yang saya persoalkan adalah kita orang melayu yang mempunyai kuasa membuat polisi, tetapi membuat polisi yang menjahanamkan orang melayu sendiri.

http://nobisha.blogspot.com/2008/11/mampukah-melayu-beli-rumah-kuota-50.html#comments

No comments: