Sunday, 19 October 2008

GANTUNG SEMINGGU TENDANG CIKGU



Hari Khamis lepas masyarakat Malaysia dikejutkan dengan tayangan secara live dua budak sekolah perempuan menengking, menepis tangan dan menendang perut guru mereka. Lebih mengejutkan, budak sekolah tersebut baru tingkatan dua.Lebih mengejutkan lagi, budak sekolah tersebut adalah betina dan cikgu yang ditendang juga seorang guru perempuan.

Pelbagai pihak memberi pandangan terhadap insiden ini. Bagi saya inilah contoh bahawa tahap disiplin, akhlak dan moral murid sekolah di negara kita yang berada pada tahap yang sangat membimbangkan. Bagi saya, inilah contoh kegagalan sistem pendidikan kita.

Peristiwa ini adalah penerusan kepada rentetan panjang paparan kebejatan disiplin murid sekolah. Ini adalah penerusan kepada seks bebas dalam kalangan murid, mat dan minah rempit, bohsia dan bohjan, pertarungan ala samurai dan pelbagai kebobrokan tingkah laku murid yang pernah dipaparkan oleh media.

Ini adalah buah yang telah masak daripada pokok 'kemanjaan melampau' yang diberikan kepada murid. Atas desakan pelbagai pihak khususnya ibu bapa yang kononnya sayang pada anak, sistem dendaan hampir pupus di sekolah.

Usahkan merotan murid, guru yang cubit telinga murid pun dianggap menyalahi prosedur kerja. Ibu bapa berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap guru ini. Guru ini juga boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar prosedur perkhidmatan yang dibenarkan. Akhirnya murid-murid sekolah jadi mual. Ibu bapa murid juga jadi manggok.

Guru sekolah berada pada kedudukan yang sangat defensif, tersempit antara keperluan mendidik murid dan kekangan perundangan yang melingkari mereka. Apabila keluar isu-isu seumpama yang berlaku di SMK Perlis minggu lepas, barulah semua pihak melatah itu dan ini. Tuduh menuduh dan kata mengata.

Usahlah tuduh menuduh, kata mengata. Perbetulkan sistem yang pincang. Banyak perkara yang perlu diperbetulkan dalam sistem pendidikan kita. Bukti kerosakan ini adalah apabila Badan Disiplin SMK Perlis yang bersidang pada keesokan harinya hanya menggantung persekolahan pelajar yang menendang guru tersebut selama seminggu. Sekolah pun tidak berani mengambil tindakan lebih dari itu.

Bagi saya, itulah contoh keputusan yang betul-betul tidak sesuai. Pelajar yang cabar, tengking dan tendang guru dalam bilik darjah hanya digantung persekolahan seminggu? Bagi saya pelajar seumpama ini perlu diajar di dalam dan di luar sekolah.

Dalam konteks pendidikan, pelajar ini perlu dibuang sekolah secara mandatori. Barah ini perlu dinyahkan segera daripada sekolah supaya tidak mempengaruhi orang lain. Kalau mereka nak sekolah lagi, hantar sahaja ke Sekolah Tunas Bakti. Di sana mereka boleh asah lagi bakat pergaduhan yang telah mereka ada.

Di luar sekolah, pelajar ini perlu diajar secukup-cukupnya. Pelajar seperti ini perlu diajar tinggi rendahnya langit. Dengan kata lain, budak ini perlu dilempang cukup-cukup di luar sekolah (dalam sekolah salah peraturan).

Kalaulah saya salah seorang guru kat SMK Perlis, budak ni pasti akan mendapat hadiah yang paling menarik atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Kalau ayah mak dia campur tangan, lagi baik. Kita juga mesti bagi hadiah atas kejayaan dia mendidik anaknya hingga jadi secemerlang itu di sekolah. "











4 comments:

Demang Lebar Daun said...

Assalamualaikum,
Gantung seminggu? Kejamnya..! Saya rasa baik kita arahkan guru tu pergi melutut mohon ampun & maaf zahir bathin atas keterlanjurannya yang telah menyinggung perasaan pelajar tersebut.

Kemudian kita umumkan ibu bapa pelajar tersebut sebagai tokoh ibu bapa mithali 2008. Kita siarkan dalm TV pada waktu perdana temubual bagaimana mereka mendidik anak-anak mereka.

Saya percaya, "tanam lalang takkan tumbuh padi"

(Maaf, tumpang lepas GERAM kat sini!!! Kalau sdra Donmy ada peluang utk lempang diorg, jgn lupa ajak saya sama).

Saya amat setuju sistem pendidikan kita memerlukan satu rombakan segera. (sebenarnya sedang diusahakan oleh kementerian berkenaan dan sekarang sudah di peringkat akhir).

donmny said...

TUAN demang lebar daun,

1. ya...'tanam lalang takkan tumbuh padi'

2. yang merisaukan hamba ialah kawasan sekitar tanaman yang makin tidak subur. takut-takut suatu hari nanti benih 'gred' A pun tak mau tumbuh. takut kita sudah terlewat untuk segalanya.

Demang Lebar Daun said...

Assalamualaikum,
1. Guru Demang bgtau, benih yg baik jatuh ke laut menjadi pulau.
2. Rasulullah pernah menegur petani yg 'mengahwinkan' pokok tetapi kemudian membenarkannya setelah ditegur Allah SWT.
3. Pegawai pertanian mencadangkan baja yg baik agar tumbuhan lebih subur.
4. Ada petani yg sanggup memusnahkan semua sayur kerana masalah ulat yg tidak lagi mampu dibendung sebelum menanam semula.

Budak2 tu 'kan anak kita, rakyat kita. Takkan lah kita tak mampu nak buat sesuatu?

Rasulullah pesan: "Jagalah dirimu dan ahli keluargamu drpd api neraka."

Demang setuju persekitaran main peranan penting.

en_me said...

sodeyy kannns..