Wednesday, 15 October 2008

KE MANA ARAH EKONOMI KAPITALIS

Hari ini ekonomi kapitalis sedang menghadapi satu krisis yang amat besar. Kemungkinan dunia kita hari ini di bawa kembali ke zaman meleset sama seperti tahun 1929 dahulu cukup cerah.

Ahli-ahli Dewan Congress Amerika telah meluluskan dana negara sebanyak 700 bilion dolar untuk membantu lembaga-lembaga bank yang berkemungkinan jatuh muflis. Di Britain Gordon Brown telah juga meluluskan 500 bilion sterling pound untuk tujuan yang sama. Sebuah lembaga penyimpan/peminjam dana – Northern Rocks – telah di hak miliknegarakan oleh kerajaan Parti Buruh Gordon Brown.

Dari mana asal usul krisis yang menghimpit ekonomi kapitalis ini ?Semua ini berpunca dari asas ekonomi kapitalis yang mengajukan dasar neoliberalisma. Ertinya ekonomi kapitalis yang mengenepikan peranan daulah/state dan membuka pasaran bebas. Amerika Syarikat negara kapitalis terunggul di dunia telah mengenepikan sistem wang yang bersandarkan emas. Ini berlaku pada tahun 1971 apabila Presiden Nixon memansuhkan Bretton Woods Agreements.

Perjanjian ini dimansuhkan ketika kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial terhadap Vietnam, Laos dan Kamboja. Perang Indo-China ini telah membocorkan dan mengkoyak rabakkan ekonomi Amerika. Berbilion dolar telah digunakan dalam usaha sia-sia untuk mengalahkan gerakan nasionalis di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Perang memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi – nyawa dan harta benda. Yang menjadi ganti Bretton Woods Agreements ialah Dolar Amerika.

Negara-negara kapitalis terutamanya negara di Asia, Afrika dan Latin Amerika telah di paksa menerima pakai ‘fiat money’ yang hanya bersandarkan kepada kekuatan ekonomi Amerika. Justeru semua jual beli diantara negara-negara kapitalis terutama jual beli bahan bakar petrolium wajib menggunakan dolar Amerika.

Hasil awal dari tindakan dasar ekonomi ini telah menyelamat ekonomi Amerika yang mula merundum pada tahun-tahun 70’an. Ekonomi kapitalis Amerika dapat bernafas semula dan berkembang. Rupa-rupa langkah Presiden Nixon itu hanya untuk membeli masa.

Tiga puluh tahun kemudian semuanya berulang kembali. Amerika kini sedang melancarkan perang kolonial terhadap Iraq dan Afgahnistan. Kalau pada tahun 1971 Perang Vietnam melimpah ke Laos dan Kamboja, kini tahun 2008 Perang Iraq/Afghanistan telah melimpah ke Iran dan Pakistan.

Sebelum serangan ke atas Iraq bermula, Rumah Putih secara ‘romantik ‘ telah memberi anggaran 50 bilion dolar sebagai belanja perang. Hari ini angka resminya telah mencecah hampir 600 bilion dolar. Perang di Iraq memerlukan 300 juta dolar sehari. Ada yang menganggarkan diantara 1 hingga 2 bilion dolar seminggu akan digunakan di Iraq.

Seorang pakar ekonomi Linda Bilmes dari Kennedy School of Government di Harvard, dan Joseph Stiglitz pemenang hadiah Nobel laureate Ekonomi yang juga bekas penasihat ekonomi Bill Clinton telah meletakkan harga 2 trilion dolar sebagai belanja perang di Iraq hingga ke hari ini.

Justeru peperangan di Iraq dan Afghanistan ini sedang mengancam ekonomi Amerika dan ekonomi dunia kapitalis – sama seperti ancaman di zaman Perang Vietnam dahulu.

Dalam masa yang sama dasar neoliberal juga telah memberi ancaman yang sama. Banyak peraturan jual beli, peraturan urus niaga yang menjaga kepentingan negara-negara kecil telah di lupuskan atas paksaan perjanjian World Trade Organisation ((WTO ) atau atas nasihat Bank Dunia. WTO dan Bank Dunia adalah dua lembaga yang di wujudkan oleh kuasa imperial Amerika untuk memastikan kepentingan ekonomi Amerika berjalan lancar tanpa ganguan.

Dua lembaga ini mengajukan dasar-dasar neoliberal dan memastikan pasaran dibuka seluas mungkin untuk kaum pemodal. Peraturan dan perjanjian yang dilihat tidak menguntungkan kaum pemodal akan dihapuskan. Negara-negara Dunia Ketiga tidak dapat bertahan dari serangan dasar PENSWASTAAN yang dipaksakan ke atas mereka oleh WTO dan Bank Dunia.

Selain dari belanja perang dan dasar neoliberal ini - ekonomi kapitalis juga sedang berhadapan dengan masaalah struktur sistem kapitalis ini sendiri. Di zaman meleset tahun 1929 dahulu, Amerika tidak berperang tetapi berhadapan dengan masaalah keyakinan terhadap lembaga-lembaga bank. Kali ini keyakinan terhadap lembaga bank datang kembali bersama bencana perang – dua-dua datang sekali harung.

Memang betul jika diperhatikan ekonomi kapitalis ini ada putaran jatuh/bangun setiap sepuluh tahun – 1974 – 1988, 1997, 2008 - tetapi kali ini bebeza. Ini bukan pusingan krisis sepuluh tahun sekali lagi. Ianya lebih dari itu.

Dunia kapitalis bukan sahaja berhadapan dengan pengeluaran yang berlebihan (surplus production) malah strukturnya telah hampir hancur. Rakyat dunia tidak lagi mahu menerima dolar sebagai wang tukaran. Apabila dolar tidak lagi di yakini, maka nilai dolar jatuh. Dalam suasana nilai dolar jatuh, Federal Reserve – badan swasta yang berhak mengeluarkan dolar – mengambil jalan pintas. Federal Reserve terus mencetak dolar untuk dijadikan bahan export utama Amerika. Hasilnya ada lambakan dolar di pasaran dunia.

Bila dolar melambak maka nilainya semakin merosot. Ini samalah seperti apa yang pernah terjadi kepada ibu dan ayah kita dengan Duit Batang Pisang di zaman Jepun menjajah Tanah Melayu pada tahun 1941-1945 dahulu. Untuk memastikan dolar terus di terima pakai, kuasa imperial telah menggunakan ancaman kekuatan tentera untuk memastikan jual beli terutama bahan bakar petrol akan terus dinilai dengan dolar.

Harus dingati salah satu sebab kenapa Saddam Hussein dijatuhkan ialah kerana Saddam telah meninggalkan dolar dalam hal jual beli minyak. Iran, yang kini dianggap musuh, telah juga meninggalkan dolar dan beralih kepada Euro dalam hal jual beli minyak petrol. Langkah yang sama juga sedang diambil oleh Russia. Langkah meninggalkan dolar negara-negara ini terus membantu penurunan nilai dolar.

Satu lagi musibah yang sedang menyerang sistem ekonomi kapitalis ialah munculnya – perniagaan bentuk baru. Perniagaan ini bukan membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu barangan. Kalau kita memotong getah, hasilnya ialah getah. Kalau kita memburuh menanam padi hasilnya ialah beras. Perniagaan bentuk baru- tidak membuat apa-apa barangan - ianya hanya membuat spekulasi tentang tentang harga barangan masa depan dan nilai mata wang dari sebuah negara ke sebuah negara.

George Soros, nama yang dikenali di Malaysia hanya salah seorang dari beratus-ratus peniaga bentuk ini. Perniagaan ini lebih tepat kalau kita kenali sebagai – berjudi/betting. Berniaga mata wang ini tidak produktif. Ianya tidak menghasilkan apa-apa barangan/products. Jenis perniagaan ini muncul hasil dari dasar neoliberalisma. Perniaga jenis ini akan berbondong ke hulu ke hilir dalam dunia global mencari pasaran untuk berjudi. Kita tidak nampak mereka kerana mereka semuanya bersarang di Wall Street New York dan di City of London.

Mereka bebondong-bondong tetapi tidak bergerak. Mereka hanya mengalihkan angka dana mereka melalui internet. Tidak ada wang ringgit yang masuk, tetapi jika mereka menang ‘judi’ maka harta dan titik peluh kita ke kantung mereka. Inilah yang berlaku pada tahun 1997 dahulu. Dalam masa kurang lebih 6 bulan krisis ekonomi kapitalis ini akan sampai kepada kita.

Di Amerika dan Eropah pada masa ini sedang berhadapan dengan zaman meleset. Rakan niaga kita di Amerika Utara dan di Eropah akan mengurangkan permintaan. Apabila ini berlaku maka banyak pabrik dan kilang akan ditutup. Banyak yang akan hilang pekerjaan. Inilah hakikat krisis ekonomi global kapitalisma.

Sekarang para pemimpin kita wajib membuat satu dasar ekonomi baru yang bersandarkan kepada ekonomi pertanian. Bumi Hijau seharusnya dijadikan dasar oleh Pakatan Rakyat. Bumi Hijau bermakna kita mengajukan penanaman bahan-bahan makanan dan bukan pembuatan barangan.

Apabila zaman meleset sampai kita memiliki beras yang cukup. Kita memiliki sayuran, ikan, daging, bijirin dan buah-buahan yang cukup. Kita pasti tidak dapat makan Proton. Kita tidak dapat makan komputer chips kerana ianya bukan potato chips. Dengan asas ekonomi pertanian yang kukuh pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu orang ramai dari dilanggar zaman meleset yang akan sampai tidal lama lagi.

Tuesday, 14 October 2008

NOTA UCAPAN PERBAHASAN DSAI



Keadaan tambah meruncing – membahaskan belanjawan yang tidak realistik· Tidak mampu mengangkat ekonomi dan mengangkat ekonomi yang meruncing· Kegawatan sekarang sudah jauh berbeza· Pasaran kredit hampir lumpuh- Freddie Mac, Fannie Mae, Lehman Brothers, Merill Lynch, AIG·

Bukan lagi isu berkenaan US sahaja, tetapi kesan serius melanda negara kita. Singapura secara relatif mempunyai kekuatan ekonomi yang lebih kuat daripada kita. Pertumbuhan negatif 2 suku berturut-turut. Mengalami kesan kemelesetan· Harga keperluan melambung, pertumbuhan menguncup· Sarawak dan Sabah – harga jauh lebih tinggi daripada yang dialami di sini· Pakar ekonomi tidak menyanggah:

Frederick Hayek – If man is not to do more harm than good in his efforts to improve the social order, he will have to learn that in this, as in all other fields where essential complexity of an organized kind prevails, he cannot acquire the full knowledge which would make mastery of the events possible. He will therefore have to use what knowledge he can achieve, not to shape the results as the craftsman shapes his handiwork, but rather to cultivate a growth by providing the appropriate environment, in the manner in which the gardener does this for his plants.( The Pretence of Knowledge)· Tanpa kecuali mengatakan bahawa dalam keadaan sekarang – tidak ada ekonomi yang mungkin akan selamat. Justeru itu harus ada pendekatan yang lebih kreatif, yang dapat membendung serangan yang hebat ini·

Joseph Schumpeter mengatakan, Amerika sekarang berdepan dengan akibat tiupan taufan "creative destruction." Lebih sepuluh tahun yang lalu, ketika kita berdepan dengan kegawatan ekonomi, saya juga menyebut bahawa Asia berdepan dengan "the perennial gale of creative destruction" - suatu perkara yang perlu berlaku dalam sistem ekonomi terbuka.·

Creative destruction itu menjadi pedih kerana kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi. Apabila ekonomi kita memasuki tahap baru maka kita perlu melakukan banyak penyesuaian. Kalau kita tidak mahu melakukan pembaharuan atau reformasi struktural maka creative destruction itu akan menjadi pedih dan menyakitkan.· Oleh itu pengurusan ekonomi negara harus telus lebih bertanggungjawab·

Pembaharuan “reform” perlu dibuat; Mengangkut pengurusan yang lebih baik, sistem politik lebih munasabah, persekitaran yang membantu mengangkat pertumbuhan ekonomi.· Mutu pendidikan, harga barang, kesusahan mereka mendapat peluang dan kemudahan yang baik, perbelanjaan – memberi kesan kepada rakyat jelata.·

Lebih dua ribu tahun yang lalu Brutus yang menentang kediktatoran Julius Caeser bertanya kepada orang-orang Romawi:"Who is here is so base that would be a bondman?" - siapakah yang begitu jelik hingga mahu menjadi abdi?· Bagaimana membahaskan bajet sedangkan duit tidak cukup? Harus mengemukakan belanjawan baru.·

Yang tekankan di sini : mendesak menteri kewangan menjawab soalan ini dulu. Semuanya sudah meleset. Tidak mungkin kita membahaskan belanjawan yang fakta dan angka yang sudah tidak relevan. Bergantung kepada minyak. 44% pendapatan bergantung kepada minyak, $125 turun kepada $77dollar setong. Kita mampu membuat perkiraan bahawa pendapatan negara akan merosot· sewaktu harga minyak $135 dolar harga petrol tempatan naik 70 sen. Apabila turun kepada RM2. Tidak pula memberikan kesan penurunan harga barang. ·

Untuk menampung ini, daripada kajian penganalisis kewangan – kerajaan terpaksa mengeluarkan bon baru RM60 bilion· Eropah, Jepun, kita khuatir tidak dapat menampung defisit sebesar itu.

Perbelanjaan harus dirombak dengan segera· CPO (harga minyak sawit mentah)- RM4486. Sekarang, RM1773 Jumaat lepas. Malaysia masih bergantung kepada eksport. 26% eksport kepada AS. Selain daripada AS yang mengimport, 13%, 13.2% Singapura. Sudah mengalami kemelesetan. Tekanan aliran wang keluar meningkat RM125 bilion. 4 bilion keluar pada Bulan Ogos sahaja.·

Menuduh saya mimpi di siang hari – tetapi PM yang tidur di siang hari. Sudah unjuran 4.8% defisit RM34.5 biliono Kalau defisit terlalu membengkak – ia akan mengakibatkan hilang keyakinan atas sistem kita· 2009 – Penurunan defisit kepada 3.6% pada tahun 2009. Ini tidak benar.

Tidak mungkin pakar ekonomi dapat menyelesaikannya· Apakah wajar membahaskan sekarang· Dalam keadaan, apakah fokus belanjawan. Lebih fokus kepada projek mega dan belanjawan berbilion ringgit·

Cadangan baru dalam belanjawan. Keprihatinan rakyat· Kita kesal kerana projek-projek mega yang menelan belanja berbillion ringgit diberikan kepad syarikat-syarikat tertentu tanpa melalui proses tender terbuka. Pada 16 September tahun ini, projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed BroadBand) yang bernilai RM11.31bilion diluluskan oleh kerajaan kepada Telekom Malaysia tanpa proses tender terbuka.·

Akibat tiadanya persaingan negara kita masih jauh tertinggal ke belakang dari sudut penetrasi internet kepada rakyat. Kita jauh tertinggal ke belakang jika dibandingkan dengan Korea Selatan, yang mencatatkan lebih dari 90 peratus isi rumahnya menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi berbanding negara ini hanya 16.6 peratus.

Projek mega terbaru kerajaan barisan nasional ini mensasarkan 50 peratus isi rumah di Malaysia akan menggunakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi hanya pada tahun 2010!· Sudah tentu yang menimbulkan persoalan, selain dari pemberian projek tanpa tender terbuka, ialah kewajaran bagi kerajaan untuk turut sama melabur RM 2.4billion di dalam projek tersebut Pengumuman tersebut dibuat oleh YB Pekan ( Datuk Seri Najib Razak) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Untuk Jalur Lebar, sehari sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan yang baru. ·

Satu lagi pembelian besar – scandal· 30 September telah membeli BII 4.2 times dari nilai yang sebenar. Kos pembelian Tahun 2000, Temasek Holding membeli 3 kali ganda. Tentu ada udang di sebalik batu. Sewajarnya lebih rendah – tiada yang menganggap pembelian itu munasabah.

Oktober 2007, Tun Daim Zainudin menjual 11% BII kepada Temasek – nilai BII Oktober 2007 RM4.7 bilion. Maybank membeli dengan nilai RM8 bilion. Banding dengan jual Affin Bank 20% kepada David Lee, Bank of East Asia dengan book value 2 times dalam keadaan ekonomi kukuh, keadaan kepentingan bumiputra dijual dengan mudah dengan harga yang murah. Dalam ekonomi meleset, dijual dengan harga yang begitu tinggi. Inilah kepintaran BN·

Siapa Nominee HSBB & BII – pendedahan baru yang lebih menyedihkan. Keputusan menteri kewangan membeli 12 helipkopter baru. Bedasarkan surat oleh Ketua Bahagian PJ Selatan – Menulis kepada Menteri Kewangan membuat tuduhan yang cukup membimbangkan. Proses penilaian belum selesai, LOI(letter of intent) dikeluarkan. LOI ditandatangani 15 September. Apa yang luar biasa keputusan yang tergesa-gesa menteri kewangan.

Anehnya, dipanggil oleh pasukan bernilai menenai tawaran tersebut. Tetapi pembuat tidak dihubungi sama sekali. Soalnya, apakah negara kita boleh terus menelan dan menerima kecurangan-kecurangan sedemikian yang cukut mengaibkan. Sebelum ini pembelian scorpion belum selesai. Kapal salam – kes pembunuhan wanita Mongolia. Ada kaitan dengan pembelian. Tidak ada tender terbuka, Menteri Kewangan akan meminta kementerian lain memberi penjelasan. Tetapi itu bukan cara menyelesaikan.

sumber MSO.

Monday, 13 October 2008

SEMUA CALON KETUA PEMUDA CACAT

Dalam gambaran barisan Ketua Pemuda UMNO hari ini cukup membimbangkan kerana calon yang menawarkan diri amat terhad. Dan untuk Pemuda Bahagian membuat pencalonan pun juga terhad jadinya. Setakat ini hanya empat orang yang berani menonjol – Khairy Jamaluddin, Datuk Seri Mohd Khir Toyo @ Joyo dan Datuk Zahidi Zainul Abidin sahaja.

Ini menunjukkan Pemuda sedang menghadapi sindrom ketandusan personaliti untuk ke hadapan menonjolkan diri atau yang hendak ditonjolkan. Perkara ini adalah sesuatu yang dianggap malang bagi Pemuda UMNO di zaman ini. Ia berlaku berkemungkinan besar kalangan Pemuda sudah mengecut dan ramai yang jadi pengecut. Tidak terkecuali mereka yang dikecutkan.

Selain calon yang ada hari ini yang menawarkan diri pastinya lebih ramai yang berkelibar tetapi kurang keyakinan diri lantas untuk bahagian dan perwakilan nanti akan membuat pilihan dalam keadaan agak sempit dan serba salah kerana mereka terpaksa memilih itulah sahaja kerat yang ada. Sama ada Khairy Jamaluddin, Khir Toyo, Mukhriz Mahathir dan Zahidi Zainul Abidin sahaja. Sedangkan keempat-empat orang ini mempunyai masalah tersendiri untuk meraih pencalonan dan kemudiannya undi.

Khairy Jamaluddin yang popular dengan tidak sengaja diberi nama ringkasnya KJ, dikaitkan dengan menantu Perdana Menteri sehingga Mac tahun hadapan. Selepas pemilihan, KJ akan jadi menantu bekas Perdana Menteri. Sejak mula Pak Lah jadi Perdana Menteri, nama KJ dijejeh dengan macam-macam cerita yang lahir dari pereka cerita orang UMNO khasnya yang iri hati KJ mendapat tempat Naib Ketua Pemuda.

Itu pun dia dipilih oleh Pemuda sendiri dan bukan dilantik oleh sesiapa seperti payung terjun. Pada hal, KJ menjadi menantu Pak Lah ketika Pak Lah masih Timbalan Perdana Menteri lagi yang pada masa itu, tidak siapa tahu apakah Pak Lah akan jadi Perdana Menteri lagi. Naib Pemuda itu kemudiannya mendapat kepercayaan ketuanya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk menyelaraskan banyak perkara menggerakkan pemuda.

Namun, oleh kerana Pak Lah dilantik Perdana Menteri, KJ dilihat berjaya dari segi perniagaan dan karier politiknya hingga menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pemuda Rembau serta dikenali dan tentunya juga berpengaruh, KJ tetap menjadi bahan serangan ramai yang juga terbit dari sifat cemburu dengan peningkatannya yang berusia begitu muda lagi. Itu belum lagi KJ dianugerah bintang kebesaran Datuk, Datuk Seri atau Tan Sri.

Kemudian diikuti dengan Mohd Khir Toyo yang juga mempunyai buruknya yang tersendiri. Beliau dikatakan telah menyebabkan Barisan Nasional tercemar begitu trajis sekali kerana menggagalkan Negeri Selangor ke tangan pembangkang. Tidak siapa boleh menafikan terlepasnya Selangor berpunca dari diri tingkah laku Khir sendiri.

Tiba-tiba orang Selangor benci dengan Khir kerana sikap Khir semakin lama jadi Menteri Besar, dia semakin bongkak dan memberikan kesan buruk kepada sebuah negeri yang kaya di bawah pimpinannya apabila mengubah wajahnya melalui botok yang didakwanya kerana makan banyak tempe dan memberi penyapu kepada pegawai tinggi dalam kerajaan.

Kalau Khir sanggup beri penyapu sebagai anugerah kepada pegawai tinggi Kerajaan Selangor kononnya mendakwa cara itu cara simbolik memberi pengajaran, bagaimanalah pegawai dan kaki tangan di pejabatnya menerima penangan Khir sebagai ketua. Entah-entah dimaki hamun saban hari agaknya. Ternyata tindakannya yang tersebar dalam media telah membawa sial kepada dirinya dan Selangor.

Kisah kumpul harta dan wang ringgit tak usah ceritalah. Kalau tidak, masakan hidupnya selama jadi Menteri Besar Selangor amat luar biasa. Kerana itulah juga beliau menjadi semakin hari semakin lupa diri dan asal usulnya, semakin sombong, semakin riak dan semakin menunjukkan kuasanya yang secara tidak langsung telah banyak menyalahgunakan kuasa.

Mukhriz pula tidak kurang kekayaannya. Bila mahu bertanding Ketua Pemuda ni baru dia kongsi sebahagian kecil dari kekayaannya menabur umpan pada yang bakal menyokongnya. Nak dikira jasa, Mukhriz belum ada jasa besar lagi dalam UMNO dan pemuda. Menderhaka dengan pemimpin ada. Dialah satu-satunya ahli UMNO yang sebaik sahaja menang Ahli Parlimen Jerlun, terus buat kenyataan meminta Pak Lah letak jawatan. Ternyata itu kerja biadap bagi orang muda mengatakan perkara itu. Kalau ayahnya kata begitu, boleh lagi diterima. Tetapi bukan sepatutnya dari pemimpin muda yang mahu memimpin Pemuda UMNO.

Sekali dia biadap, dia boleh terus biadap kerana kebiadabannya dirasakan mendapat restu terutama ayahnya dan menjemput orang lain turut biadap sama dalam kancah politiknya. Permulaan politik Mukhriz tidak begitu baik untuk dijadikan role model generasi hari ini dan akan datang. Nescaya generasi akan datang akan lebih biadap kepada orang senior yang biadap lebih dulu dari mereka.

Zahidi pula tidak begitu terkenal sebelum beliau menawarkan diri untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapa pun kalau menawarkan diri untuk jawatan-jawatan penting, gambar dan ungkapannya dipetik media. Maka tidak syaklah beliau baru mula dikenali ramai. Seorang Datuk muda dari Utara, beliau pasti tidak meyakinkan Pemuda untuk menolaknya naik. Jasanya belum pernah dapat dibaca dengan jelas lagi. Perjuangannya samar-samar. Yang jelas, beliau lebih sibuk memperjuangkan dirinya untuk menduduki satu tempat penting dalam parti. Tidak lebih dari itu.

Seluruh Jentera Pemuda Bahagian tahu akan semua kecacatan ini. Oleh yang demikian, apa lagi pilihan pemuda. Tentulah dari empat calon cacat ini, mereka terpaksa memilih seorang daripada mereka. Cuma cara pemikiran dan pertimbangan waras pemuda sahaja yang boleh menentukan siapa calon cacat hendak dipilih. Seorang tiada apa-apa title, iaitu Khairy. Cuma beliau ada YB sahaja. Khir berDatuk Seri bekas YAB. Zahidi ada Datuk.

Sekarang nak pilih YB, Bekas YAB bergelar Datuk Seri atau Datuk sahaja? Kalau pilih yang dah tentu cacat dalam barisan keempat-empat orang ini, Khir Toyo sendiri telah mencacatkan mukanya dengan suntikan tempe dan penyapu. Kalau pilih Khairy, dia kaya dengan umpatan, cemuhan dan mitos akan dijadi perdana menteri termuda di dunia suatu masa nanti. Pilih Mukhriz, akan jadi macam pilih biskut rangup tetapi akan jadi lemau bila Tun Mahathir sudah tiada nanti - pastinya Tun Mahathir tidak akan menongkat langit, tetapi mungkin akan berjalan mengguna tongkat.

Soalnya pemuda harus cari Ketua dari kalangan yang cacat-cacat ini yang mampu berdepan dengan situasi sekarang dan akan datang di mana kita sudah mula diserang oleh kumpulan-kumpulan jahat seperti Hindraf, Sique, Kumpulan Anwar Ibrahim dan generasi muda yang akan merasakan perlu kurang ajar dengan orang yang terdahulu dari mereka supaya nampak hebat, perlu mengganas kalau tidak dapat apa yang mereka mahu, perlu biadap dan gertak apabila menuntut sesuatu.

Siapa yang paling mampu untuk menangani gejala ini semua sambil membentuk generasi akan datang bagaimana persediaan lapisan muda untuk dijadikan benar-benar eset sebagai tiang negara adalah terserah kepada Pemuda Bahagian memilih calon dan memberi undi pada mereka dengan penuh ikhlas dan jujur.

Harap tidak salah kalau dikatakan cacat yang ada pada Khairy masih mempunyai martabat lebih tinggi dari yang lain. Beliau masih muda untuk menjadi pemimpin pemuda. Mempunyai pengalaman dari kedudukannya sekarang sebagai naib ketua pemuda yang dikira berjaya membantu Hishamuddin menguruskan pemuda. Dari situ beliau tentunya sudah dapat melihat jelas apa yang harus dilakukan terhadap generasi sekarang dan akandatang dan apa keperluan-keperluan untuk bekalan mereka. Beliau berkemungkinan besar lebih tahu bagaimana membimbing mereka kembali ke trak yang betul dan membetulkan arah tuju yang lebih jitu.

Kecacatan pada Khir amat terserlah. Dia lebih pentingkan 'make-up' dirinya daripada membimbing pemuda. Kalau dia membimbing, dia akan terbawa-bawa cara mengajar pemuda menggunakan benda-benda simbolik seperti kisah penyapu. Bila Khir jadi ketua, secara simboliknya juga Khir akan 'belasah' pemuda dengan penyapu kerana Khir nampak pemuda macam budak-budak yang boleh diumpan dengan gula-gula sahaja untuk menawan mereka.

Uppppp! Hampir terlupa pula pada Zahidi. Jangan lupakan beliau. Bibit-bibit keberanian beliau sudah dapat dilihat dari sekarang. Di kemaskan sedikit, diberikan tempat membantu ketua, nescaya Zahidi akan jadi pemimpin terpimpin sepertimana Hishamuddin memimpin Khairy sebagai naibnya. Pemimpin yang baik adalah dari kalangan pemimpin yang pernah dipimpin oleh pemimpin terpimpin.

Saturday, 11 October 2008

KRISIS HARGA GETAH DIJANGKA CETUS 'KRISIS SOSIAL' DI KALANGAN PEKEBUN

Basiron Abdul Wahab Sat Oct 11, 08 11:04:35 am MYT BANDAR JENGKA, 11 Okt (Hrkh).

Aktivis peneroka, Aris Fizul Ismail menjangkakan krisis harga getah akan mencetuskan 'krisis sosial' di kalangan pekebun kecil khususnya peneroka Felda yang bergantung kepada hasil komoditi itu.

Beliau yang juga aktivis Persatuan Anak Peneroka Se-Malaysia (Anak), menyifatkan krisis harga getah kali adalah yang paling buruk dalam sejarah. Katanya sejak lima tahun lalu harga getah dianggap stabil dan memberi kemewahan kepada masyarakat peneroka tetapi dengan kejatuhan mendadak tanpa dijangka akan memberi kesan sebaliknya.

Katanya, peneroka yang tidak menguasai teknologi maklumat tidak mengetahui harga bahan itu sedang mengalami penurunan, dan mereka yang tidak sempat menjual getah sebelum hari raya mengalami kerugian besar apabila menjualnya selepas berhari raya pada harga yang lebih rendah. "Mereka terkejut kerana tidak menjangka sama sekali harga komoditi itu jatuh begitu cepat menyebabkan mereka mengalami kerugian besar," ujarnya.

Sementara itu seorang peniaga getah, Roslan Mohamad 40, mendakwa beliau turut mengalami kerugian akibat kejatuhan mendadak komoditi itu di pasaran. Ini kerana, sebelum hari raya beliau membeli getah dengan harga melebihi RM4.00 sekilogram, bagaimanapun harga menjunam kepada RM3.65 selepas hari raya menyebabkan beliau mengalami kerugian besar. Roslan berkata, sepanjang melibatkan diri di dalam perniagaan getah, inilah kali pertama krisis harga seperti ini berlaku. "Jika begini nampaknya peniaga dan mereka yang mencari rezeki melalui komoditi ini akan menghadapi laluan sukar," ujarnya.

Sementara itu semakan di Laman Web Risda mendapati harga getah memang turun mendadak. Harga komoditi itu pada 24 September ialah RM4.20 manakala pada 30 September harganya jatuh kepada RM3.97. Pada 3 Oktober pula harga getah menjunam lagi kepada RM 3.91 dan pada 6 Oktober jatuh lagi kepada RM3.63 dan pada 10 Oktober getah jatuh kepada RM2.91 sekilogram.

Adalah dijangka harga komoditi tu akan bertambah jatuh pada hari-hari mendatang. Ini disebabkan krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah - Amerika adalah kuasa ekonomi dunia.

Masalah yang melanda negara-negara terbabit menyebabkan permintaan terhadap komoditi itu berkurangan, mengakibatkan kejatuhan harga. Aris berkata, selain getah, kelapa sawit juga mengalami masalah sama yang pastinya akan memberi kesan besar kepada peneroka yang bergantung kepada kedua-dua komoditi itu. - mns_

Friday, 10 October 2008

TINGKAT 4 BERPINDAH TUAN KE DS NAJIB

Artikel ini diperturunkan daripada satu blog. adakah lojik dan betul telahannya. sama-sama kita kaji dan fikirkan dalam kita gembira menolak Abdullah dan berbangga menerima Najib.

Bagi anak-anak muda, bukan sahaja dalam UMNO, malah di seluruh negara, perkembangan inilah yang paling menimbulkan kerunsingan di antara gerak percaturan sekitar peralihan kuasa awal ini. Rancangan melantik mentor Khairy Jamaluddin di Oxford dahulu, yakni Omar Mustapha Ong, sebagai Setiausaha Politik ataupun Penasihat Ekonomi DS Najib di Kementerian Kewangan membawa petanda jelas akan adanya rancangan ini.

Malah Omar Mustapha Ong terlihat sudah pun mengatur langkah membawa ahli tingkat 4 lain masuk ke pejabat baru mereka, walaupun sebelum perlantikan beliau diisytiharkan rasmi lagi! Di antara mereka yang sudah mula disusup masuk adalah 'penasihat media', Hardev Kaur, yang berbau perisik Singapura ala Brendan Pareira.

Bagaimanakah mungkin Omar Mustapha Ong ini berjaya menyelinap masuk ke pejabat DS Najib? Mungkin kerana beliaulah antara ahli Tingkat 4 yang paling licik sekali. Pada masa ahli Tingkat 4 berebut-rebut mencari tenggek di pejabat Pak Lah, Omar dengan sabar memohon tempat di sisi DS Najib, dengan bantuan teman-temannya Abdul Razak Baginda dan Rohana Tan Sri Mahmood. Dengan cara tersebut, beliau berjaya mendapatkan label 'orang Najib'.

Namun hubungan Omar dengan Tingkat 4 tidak dapat disembunyikan, memandangkan beliaulah bekas ketua kumpulan ini sejak masa di Universiti lagi. Omarlah yang menjadi 'Tok Guru' KJ di Oxford sebagai senior beliau sehingga KJ diberi kepercayaan menjadi penyunting majalah Ethos edaran kumpulan pelajar Malaysia elitis tersebut di England.

Sempena nama majalah inilah Omar kemudian menamakan syarikat pakar perunding beliau, Ethos Consulting, yang ditubuhkan bersama rakan akrab beliau Datuk Zaki Zahid, yakni agen utama KJ di Tingkat 4 Pak Lah. Ternyata sepanjang zaman Pak Lah berkuasa, Ethos Consulting merupakan pakar perunding projek kerajaan yang paling digemari, terlibat dengan pelbagai kegagalan Pak Lah, termasuklah koridor-koridor dan peranapan industri otomotif negara.

Pembaca yang ingin tahu bolehlah melawat sendiri pejabat syarikat Omar Mustapha Ong yang kini bernama Ethos & Co, di bangunan TSH Group, syarikat berkait dengan Datuk Kalimullah Hassan. Menarik sekali, bangunan TSH ini juga menempatkan pejabat Koridor Utara atau NCER, pimpinan orang setia Pak Lah dan penghubungnya dengan Tan Sri Vincent Tan, Datuk Anuar Zaini. Ia juga merupakan pejabat Tune Money yang dipimpin Tengku Zafrul al-Avenue Capital.

Tuesday, 7 October 2008

UMNO: WAJARKAH ABDULLAH PASRAH?



KUALA LUMPUR, 7 Okt. Siasah.

Para penyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kini sedang berusaha buat kali terakhirnya bagi memastikan Abdullah tidak pasrah dengan tekanan yang dibuat oleh para timbalannya dalam Umno.

Ini kerana, jika dibiarkan, Abdullah akan membuat pengumuman esok untuk melepaskan jawatan perdana menteri dan Presiden Umnokepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak Mac ini.

Keputusan ini diambil Abdullah selepas ditekan begitu hebat oleh rakan-rakannya dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini. Sebagai permulaan, Abdullah dikatakan akan membuat pengumuman dia tidak akan bertanding mempertahankan jawatan presiden Umno esok.

"Pak Lah diberikan gambaran oleh rakan-rakannya bahawa akar umbi Umno sudah tidak mahu kepada dia lagi. Kalau dia bertandingpun, dia besar kemungkinan tidak akan mendapat pencalonan yang cukup. Jadi, bagi mengelakkan dia malu, baik berundur. Ini gambaran yang diberikan Abdullah.

"Padahal, selepas disiasat, semua gambaran ini rupanya direkacipta oleh timbalan beliau sendiri untuk menekan Pak Lah agar berundur," kata satu sumber kepada Siasah. Namun, apabila dimaklumkan perkara ini oleh rakan-rakannya, Abdullah sudah berada dalam keadaan pasrah dan sangat sedih dengan apa yang berlaku.

"Dia sangat terkejut dengan apa yang berlaku kerana dia sangat percaya kepada timbalannya selama ini. Dia pasrah kini. Biarlah apa orang hendak buat, dan dia mengambil pendirian kepentingan parti adalah segala-galanya," beritahu sumber yang rapat dengan Abdullah itu.

Bagi penyokong Abdullah, adalah tidak wajar untuk membebankan semua kesalahan kepada beliau. "Pengarah pilihan raya BN 2008 adalah timbalan beliau. Takkan jeneral perang pulang ke ibu negeri beritahu punca kekalahan ini adalah raja. Dialah yang patut bertanggungjawab. Pak Lah kena tukar jeneral ini bukan dia yang kena berundur.

"Begitu juga dengan pilihan raya Permatang Pauh. Pengarah pilihan raya ini adalah timbalan beliau. Pengarah inilah juga yang meyakinkan Umno bahawa mereka boleh kalahkan Anwar di Permatang Pauh.

"Tiba-tiba, bila Anwar menang besar, sekali lagi Pak Lah dipersalahkan. Oleh itu kuasa perlu diserahkan kepada timbalannya. Betul ke ni?" kata seorang lagi penyokong Abdullah. Beliau mengesyaki, semacam ada usaha untuk mengalahkan Umno dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh itu untuk memalukan Abdullah kerana dia adalah Pengerusi Umno Pulau Pinang.

"Siapa di belakang sumpah liwat di masjid Wilayah? Siapa yang menyebar dan memasang tape sumpah ini di merata-rata tempat di sepanjang kempen pilihan raya ini? Siapa pula yang turut bersumpah di sebuah masjid di Permatang Pauh bahawa dia tidak ada kaitan dengan Altantuya?
"Selepas pilihan raya baru semua tahu bahawa kedua-dua sumpah itu back fire kepada Umno dan Anwar menang besar kerananya. Apakah semua itu wajar dipersalahkan kepada Abdullah," katanya.

Bagi beliau dan ramai lagi pemimpin Umno, yang menjadi senjata Anwar sepanjang kempen itu adalah timbalan beliau bukannya Abdullah. "Kes Altantuya, kes pembelian kapal selam, kes pembelian senjata dan sebagainya. Semuanya timbalan beliau, bukannya Pak Lah yang menjadi modal serangan Anwar," tambahnya.

Ekoran itu, mereka kini bimbang jika timbalan beliau yang naik menjadi presiden Umno dan Perdana Menteri, pembangkang akan lebih cepat mendapat kuasa tidak sebagaimana yang dibimbangi Abdullah.

"Pak Lah bimbang, jika dia membuat keputusan untuk mempertahankan jawatannya sebagai presiden, Umno akan berpecah dan akan menguntungkan pembangkang. "Saya fikir tidak begitu. Jika timbalan beliau yang ada naik, lagi cepat pembangkang akan menang. Memang, dalam Umno timbalan beliau itu kelihatan sangat berpengaruh kerana kerja-kerja yang dia buat selama ini, namun pada mata rakyat, Pak Lah jauh lebih bagus dari timbalannya.

"Jika begitu, boleh jadi timbalan beliau boleh menang dalam Umno kerana kerja belakang tabirnya dan disokong oleh Tun Dr Mahathir pula, tetapi apabila pilihan raya umum datang, rakyat akan menolak Umno kerana tidak boleh menerima timbalannya itu. Ahli Umno kena fikir perkara ini," kata beliau lagi.

Sunday, 5 October 2008

KRISIS SUB-PRIMA SEBENARNYA MERUPAKAN KEJAYAAN KAPITALISME


Wan Saiful Wan Jan Sun Oct 05, 08 11:11:40 am MYT

Mereka yang berhaluan Kiri dan golongan sosialis mungkin beraya besar tahun ini. Apa tidaknya. Amerika Syarikat sedang menghadapi ancaman krisis ekonomi yang hebat.

Amerika Syarikat yang dianggap sebagai lambang kemegahan kapitalisme kini berada diambang keruntuhan ekonomi. Maka tidak pelik jika ramai yang terpengaruh dengan tuduhan golongan Kiri dan puak sosialis bahawa ini juga lambang keruntuhan kapitalisme.

Mereka sebenarnya tersilap. Sosialisme merupakan satu fahaman yang membawa kepada campurtangan kerajaan dalam pelbagai hal termasuklah dalam urusan ekonomi. Golongan sosialis dan mereka yang berhaluan Kiri beranggapan bahawa tidak salah untuk kerajaan menubuhkan dan menjalankan syarikat perniagaan, ataupun menjadikan syarikat korporat sebagai hak milik negara. Mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan (bail-out) syarikat-syarikat tertentu. Mereka menafikan keberkesanan sistem pasaran dalam menghukum dan membuang syarikat yang melakukan kesalahan.

Leon Louw, pengarah Yayasan Pasaran Bebas Afrika Selatan telah menulis satu artikel mengenai hal ini dan beliau menghuraikan dengan cermat latar belakang Freddie Mac dan Fannie Mae. Tulisan Louw boleh membantu kita memahami situasi yang sedang berlaku. Maka saya akan memetik beberapa fakta yang beliau nyatakan.

Fannie Mae dan Freddie Mac, dua syarikat gergasi di Amerika yang menjadi penyebab masalah yang kita hadapi sekarang, sebenarnya ditubuhkan atas dokongan kerajaan Amerika, atau dikenali sebagai 'Government Sponsored Enterprises' (GSE).

Mereka ditubuhkan untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika mendapat pinjaman perumahan. Matlamat utama kerajaan Amerika pada waktu itu ialah untuk membolehkan lebih ramai rakyat Amerika membeli rumah, termasuklah golongan berpendapatan rendah.

Dalam rangka mencapai matlamat mereka, syarikat-syarikat ini telah mendokong kredit dan pinjaman subprima yang jauh melangkaui tahap pinjaman yang munasabah. Tetapi mereka terus disokong oleh pelabur kerana kedua-dua syarikat ini dianggap sebagai dilindungi oleh kerajaan.

Federal National Mortgage Association (Fannie Mae) ditubuhkan pada tahun 1938 oleh kerajaan Presiden Roosevelt di bawah agenda New Deal yang amat banyak dipengaruhi oleh idea-idea sosialisme.

Fannie Mae mencipta satu 'pasaran pinjaman peringkat kedua' dengan cara membeli pakej pinjaman daripada bank secara pukal, lantas menyatukan pakej-pakej itu sebelum dijual semula kepada pelabur domestik dan antarabangsa.

Federal Home Loan Mortgage Association (Freddie Mac) pula ditubuhkan oleh kerajaan Amerika pada tahun 1970 kononnya untuk menjadi persaingan kepada Fannie Mae. Jika digabungkan, aset kedua-dua GSE ini amat besar, iaitu 45 peratus lebih tinggi daripada aset Citicorp, bank terbesar di Amerika.

Jumlah pinjaman yang mereka biayai melebihi USD$5 trilion. Fannie Mae sendiri sahaja membiayai pembelian 55 juta rumah, satu jumlah yang amat banyak. Kedua-dua GSE ini mendapat subsidi kerajaan bernilai USD$6.5 bilion setahun.

Kedua-dua syarikat ini terus menikmati dokongan kerajaan. Bekas Gabernor Federal Reserve Alan Greenspan pernah menyebut bahawa "Pasaran menganggap bahawa kerajaan menjamin operasi syarikat itu".

Vernon Smith, pemenang anugerah Nobel, pula pernah menyatakan bahawa syarikat-syarikat GSE sebenarnya merupakan syarikat yang ditanggung oleh semua pembayar cukai. Maka, walaupun kedua-dua syarikat ini beroperasi dalam 'sistem kapitalis' Amerika Syarikat, mereka sebenarnya menikmati faedah daripada polisi sosialis seperti subsidi dan perlindungan kerajaan.

Malahan, mereka ditubuhkan pun atas prinsip sosialisme! Ini membolehkan mereka terus mendokong penawaran produk yang mungkin tidak dapat bertahan lama dalam sistem pasaran terbuka sebenar ? iaitu pinjaman subprima. Mereka berani mengambil risiko yang terlalu besar, dan pelabur pula terus melabur, kerana mereka dilihat sebagai dilindungi kerajaan.

Kegagalan Freddie Mac dan Fannie Mae sebenarnya mendedahkan betapa bahayanya jika kerajaan masuk campur dalam urusan ekonomi dan perdagangan secara berlebihan.

Apabila kerajaan menubuhkan atau mempertahankan syarikat-syarikat tertentu yang beroperasi dalam pasaran, kerajaan mencipta satu persepsi bahawa walau apa sekalipun yang dilakukan oleh syarikat-syarikat berkenaan, ia tetap selamat.

Pelabur akan berfikiran bahawa kerajaan pasti akan menyelamatkan syarikat itu dan risiko pelaburan mereka rendah walaupun aktiviti syarikat itu berisiko tinggi. Maka tidak ada apa-apa yang menghalang pelabur, dan ekekutif syarikat tersebut daripada meneruskan strategi tidak bertanggungjawab termasuklah memberi pinjaman kepada mereka yang sebenarnya tidak mampu.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat ini memastikan agenda politik kerajaan tercapai, iaitu membolehkan rakyat membeli rumah walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan untuk membayar balik pinjaman.

Gerald Driscoll, pakar ekonomi daripada Cato Institute, mengatakan bahawa apa yang berlaku di Amerika sekarang adalah akibat daripada sistem 'kapitalisme kroni'. Driscoll berpandangan bahawa ahli perniagaan dan ahli politik bersekongkol dalam hal ini. Ahli-ahli politik telah mencipta syarikat gergasi menggunakan wang rakyat dan dengan jaminan perlindungan kerajaan.

Lantas syarikat itu pula kadang kala memberi sumbangan kepada agenda politik tertentu. Jika kita mahu membandingkan dengan Malaysia, ini boleh berlaku apabila syarikat-syarikat yang didokong kerajaan membiayai atau memberi subsidi kepada agenda politik tertentu.

Kita bernasib baik kerana sistem pasaran bebas dan kapitalisme akhirnya mendedahkan salah laku dan ketamakan syarikat-syarikat ini. Sistem pasaran bebas dan kapitalisme telah menghukum syarikat-syarikat yang melakukan kesalahan seperti Freddie Mac, Fannie Mae dan lain-lain lagi.

Jika diturut sistem kapitalisme, maka syarikat-syarikat ini akan terpaksa gulung tikar. Malangnya, elemen-elemen sosialis dan ahli-ahli politik pragmatik dalam pentadbiran Amerika masih mahu melindungi Freddie Mac dan Fannie Mae, mungkin untuk mencapai faedah politik jangka pendek (pilihanraya Amerika akan berlangsung tidak lama lagi).

Keruntuhan Fannie Mae dan Freddie Mac sebenarnya merupakan kejayaan kapitalisme dan pasaran bebas dalam mendedahkan salah laku dua syarikat bantuan kerajaan tersebut. Ia bukan kegagalan kapitalisme. Sebaliknya ia membuktikan keampuhan kapitalisme dan pasaran bebas dalam menghukum salah laku dan ketamakan yang keterlaluan. Jangan pula kita dikelirukan oleh puak sosialis yang cuba menangguk di air keruh.

(Wan Saiful Wan Jan ialah Editor WauBebas.org dan Ketua Pengarah Malaysia Think Tank).

Friday, 3 October 2008

BAGAIMANA SEJARAH KITA?








Baru-baru ini saya ada melawat sebuah makam dipekan Langgar Kedah yang bertarikh 25 januari 904 masehi.

disekitar makam ini juga terdapatnya beberapa makam yang ditandakan dengan batu nesan aceh.

mengikut sejarah kita kedatangan Islam berkemungkinan adalah dengan pengislaman parameswara sekitar 1400 masehi.

satu lagi adalah berdasarkan batu bersurat trengganu bertarikh yang lebih lewat daripada riwayat makam diatas.

apa cerita sebenarnya.

SHEIKH DAKWA PM TERIMA RM200 JUTA DARI ROSMAH

Abdul Aziz Mustafa Thu Oct 02, 08 9:20:01 am MYT .Harakah.
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) -

Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

"Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.

"Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda," dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com

Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.

"Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.

"Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya," dakwa blogger itu.

Blogger itu juga mendakwa bahawa Najib pernah menulis surat kepada beberapa kedutaan asing meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka.

"Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.

"Najib sendiri sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) menandatangani surat tersebut. Pesuruhjaya Tinggi British menolak permohonan itu tetapi beberapa negara menerimanya.

"Beberapa diplomat Malaysia yang ketika itu berkhidmat di kedutaan Malaysia di salah sebuah negara tersebut mengesahkan bahawa mereka pernah melihat Altantuya di dalam rombongan Najib," dakwa Sheih lagi.

Pada 28 Jun 2007 lalu, Bernama melaporkan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah tinggi Shah Alam bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Najib dan Razak Baginda.

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).
Karpal: "Boleh kamu terangkan gambar apa?"
Burmaa: "Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat."
Karpal: "Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?
Burmaa: "Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda)."
Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Lebih buruk lagi, dalam akuan bersumpahnya 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Balasubramaniam pernah mendakwa Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

Akuan bersumpah itu juga menyatakakan Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

Sama dengan keterangan Burmaa di mahkamah, akuan bersumpah Balasubramaniam itu juga menyatakan Razak Baginda dan atau Altantuya ada memberitahu penyiasat persendirian itu bahawa Najib bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris.

Bagaimanapun, Balasubramaniam menafikan apa sahaja akuan bersumpahnya yang berkaitan dengan Najib dan menghilangkan diri selepas penafian itu._

KIT SIANG BERAYA DIRUMAH ABD HADI

Ditulis oleh SNoor & WanKay. Buletinonline.Friday, 03 October 2008


Marang - Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mengunjungi Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Aidil Fitri, di rumahnya di Kampung Rhusila dekat sini semalam.

Kit Siang hadir dengan diiringi oleh rombongan anggota DAP Terengganu tiba di perkarangan rumah Tok Guru pada jam 9.27 malam. Kedua-dua pimpinan parti Pakatan Rakyat itu telah berbincang dan beramah mesra sambil menikmati hidangan juadah dan kuih raya.Antara pokok perbincangan mereka adalah berkisar sekitar isu-isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu Ng Chai Hing.Buletinonline difahamkan Kit Siang akan disertai oleh beberapa pimpinan DAP lain dalam rangka percutian sempena Aidil Fitri.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha DAP Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini. "Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun social, "ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama, "sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Guan Eng dalam perutusan Eidulfitrinya yang dipetik Harakahdaily.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri. Katanya al-Quran menyebut mengenai Amar Ma’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan dan yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua.

Menurutnya bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia. Beliau turut mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan. "Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya. Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

Wednesday, 1 October 2008

TAIB FAMILY'S CMS TO BENEFIT FROM NEW DAM PROJECT

Anil Netto Sep 30, 08 11:30am. malaysiakini


Who will foot the bill for the resettlement of those affected by the new RM3 billion Murum dam?''Is it Sarawak Energy (Berhad) or will it be passed on directly to the state government and hence the taxpayer,'' asked one Sarawak-based activist, who declined to be identified.In the case of Bakun, the mega-dam in central Sarawak which is still under construction, compensation to indigenous people and resettlement cost the Sarawak and federal governments over RM876 million.''But there are still Bakun residents who have not received compensation even though they left the Bakun area 10 years ago,'' noted the auditor-general in his 2007 annual report.
Why so many dams in Sarawak?